Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, November 27, 2017

Masalah bateri kereta Yokohama Gold kering dah lemah belum sampai setahun

  Mohd Shubhi       Monday, November 27, 2017


Ini kali pertama saya hadapi masalah bateri kereta jenis kering yang dah lemah walaupun baru tukar tak sampai setahun. Bateri kering jenama Yokohama Gold tu saya tukar pada bulan March 2017 yang lalu.

Minggu sudah, hari jumaat petang, tengah duk leka berbincang dengan kawan kat pejabat, tiba-tiba dapat panggilan telefon dari isteri kat rumah.

"Bang!, kenapa kereta ni tak boleh nak start ya?", terdengar suara isteri cemas. Dia nak keluar ambil anak-anak balik sekolah tapi tak dapat nak hidupkan enjin kereta. Bila dia pusing kunci, bunyi tersekat-sekat dan enjin tak lekat.

"Biasanya bunyi macam ni macam bateri lemah saja ni bang!", sambung isteri lagi. Dia terpaksa minta tolong adiknya untuk selesaikan urusan ambil anak-anak dari sekolah. Jadi tak ada masalah sangat untuk selesaikan masalah kereta tak hidup tu dengan segera.

"Hish !!, abang baru saja tukar bateri tu bulan 3 lepas, tak sampai setahunpun, takkan bateri dah lemah kot!, nanti abang balik tengoklah..", saya cuba tenangkan isteri yang macam biasa nadanya sentiasa kedengaran panik.

Memang sah bateri kereta lemah

Balik ke rumah malam tu, saya periksa kereta apa yang tak kena. Alat kawal jauh dari kunci kereta itu masih berfungsi dengan baik. Ertinya masih ada sisa kuasa pada bateri tersebut. Tapi untuk elakkan sebarang masalah, saya kunci kereta secara manual saja.

Esok pagi, selesai jogging, saya terus ke kedai kereta kat depan taman sebelah jalan utama. Jumpa taukeh kedai itu dan minta dia pergi ke rumah sebentar untuk periksa keadaan bateri. Saya balik semula ke rumah dan tunggu dia sambil sarapan.

Tak lama kemudian nampak keretanya sampai kar depan rumah. Saya buka pintu pagar dan berikan dia masuk. Bonet depan tu dah siap terbuka dan dia keluarkan alat periksa bateri dan terus pasang dan tengok meter kuasa bateri kering Yokohama Gold itu.

"Ini bateri sudah lemah tak boleh pakai lagi, kena tukar bateri baru" terang pemuda  Cina itu pada saya.

"Tapi saya baru saja tukar bateri ini, tak sampai setahunpun. Takkan dah kong!", terang saya kehairanan.

Bateri Yokohama memang ada masalah

Taukeh itu kata bateri Yokohama memang ada banyak masalah. Sebelum ini dia ada jual bateri kering jenama Yokohama, bila terlalu banyak sangat aduan, dia tak bawa lagi jenama tersebut.

Dakwa taukeh itu lagi, dalam 10 biji bateri yang dia jual kat pelanggan, hampir 7 biji akan ada masalah. Masalah paling ketara adalah cepat kong. Dia terpaksa buat urusan ganti dan claim semula dari pengedar.

Walaupun bateri tersebut memang ada jaminan setahun, tapi bila kes bateri lemah dan kereta tak boleh nak dihidupkan di luar kawasan, ia banyak memberikan masalah dan kesusahan pada pelanggan.

Masalah saya pula adalah, bateri kering Yokohama Gold itu saya beli dari kedai lain. Jadi dia tak dapat nak bantu. Dia suruh saya cuba telefon kedai di mana saya beli bateri itu dan minta pulangkan balik wang.

Kalau taukeh kedai itu setuju, dia boleh tukarkan bataeri baru dari kedainya. Sekarang dia hanya pakai jenama Panasonic. Dah dua tahun dia bawa jenama tersebut dan sampai sekarang tak pernah ada masalah lagi.

Ertinya, taukeh bengkel kereta kat taman saya itu syorkan untuk pakai jenama Panasonic sahaja.

Wah! 70% daripada bateri Yokohama bermasalah. Itu satu angka yang amat tinggi. Bagi jaminan 2 tahunpun memang tak berbaloi memandangkan risiko bateri rosak kat luar kawasan adalah amat tinggi.

Takkan bateri Yokohama seteruk itu. Sedangkan ianya bukanlah satu jenama lekeh. Saya simpan saja maklumat dari taukeh itu dan tak ambilnya sebagai satu fakta yang benar. Mungkin dia hanya bertindak spontan untuk ketengahkan jenama bateri yang dia bawa saja.

Bawa semula ke kedai bateri Yokohama

Oleh kerana saya ada dua buah kereta, maka tak ada masalah sangat untuk selesaikan urusan aduan bateri kereta Sylphy yang lemah itu. Hari sabtu tu juga saya buka bateri itu, masukkan ke dalam kereta pikap hilux dan terus membawanya ke kedai.

Saya tkar bateri yokohama gold kering tersebut di sebuah kedai kereta di Glenmarie. Masalahnya, saya tak berapa nak cam pulak kedai yang mana satu. Masa tukar tu, main singgah saja sebab dah tahu perlu tukar bateri baru.

Mulanya saya singgah di kedai sebelah yang saya rasa macam kedai yang saya beli tempoh hari. Lagipun nampak dia banyak pasang banner bateri Yokohama. Mungkin itu kedainya. Sebaik saja sampai, pekerjanya datang bertanyakan apa masalah.

Saya tunjukkan yang bateri Yokohama yang baru dibeli dah ada masalah lemah. Jadi saya nak minta tengok dan nak clain warranty yang ada selama setahun. Saya tunjukkan kad warranty padanya.

"Aya!, ada bawa resit ka?", tanya cina itu pasa saya. Dia tak berapa pasti samada benar-benar saya beli bateri itu darinya.

Bila jadi macam itu, saya mula cuak. Mungkin saya silap kedai kot. Saya jeling kat kedai sebelahnya dan terlihat taukeh di mana saya berurusan dahulu ketika tukar bateri tersebut. Terus saya minta maaf padanya dan beritahu yang saya silap kedai.

Nasib baik kedai pakai sistem komputer

Saya ubah kereta dan pergi ke kedai sebelah. Ulang cerita yang sama dan taukeh itu juga minta samada saya ada bawa resit.

Dah berapa bulan beli manalah saya nak simpan resit tu. Memang ada dalam simpanan kat pejabat, tapi ada dalam file kewangan bersama semua resit lain yang syarikat saya bayar.

Jadi tak terfikir pulak nak kena bawa resit untuk clain bateri, sedangkan dia kata dahulu kalau ada apa masalah hanya perlu bawa kad warraty saja.

"Tak apa, saya semak dalam sistem, you berikan saja nombor kereta sama tengok", Taukeh Cina muda itu nampak tenang saja dan amat membantu. Dia buka sistem komputernya dan masukkan nombor kereta saya dan memang betul ada rekod saya beli bateri tersebut bulan March 2017 yang lalu.

Dia lalu keluarkan bateri itu dan mula pasang alat periksa keadaan bateri. Bia pakai alat yang lebih canggih dan bacaan menunjukkan bataeri itu memang lemah dan perlu di recharge. Kata taukeh itu bateri ini tak kong, tapi hilang kuasa sebab mungkin saya lupa tutup lampu atau lain-lain yang menyebabkan dia lemah.

Memang sah bateri Yokohama itu bermasalah

Saya semak dengan isteri dia kata tak ada apa-apa yang dia lupa padam. Saya terangkan pada taukeh itu dan dia seali lagi kata tak apa. Saya akan recharge semula bateri itu dan kita tengok bacaannya selepas recharge. Saya perlu datang semula dalam 4 jam.

Dipendekkan cerita, selepas 4 jam saya pergi semula dan memang sah bateri tersebut ada masalah walaupun dah di recharge semula. Dia perlu hantar bateri itu ke kilang dan minta mereka periksa apa yang tak kena.

Sementara itu, dia gantikan pada satau bateri baru jenis Yokohama pula. Katanya dalam seminggu, dia akan hubungi saya semula untuk lihat apa keputusannya...

Dah masuk hari yang dia janji tapi nampaknya masih belum ada berita. Dan saya masih kekal pakai bateri pinjam yang dia gantikan untuk sementara itu sampai sekarang.

Mungkinkah memang betul kata Taukeh bengkel pertama kat depan taman rumah saya tadi. Bateri Yokohama memang ada banyak masalah?

Mungkin anda juga pernah ada hadapi masalah yang sama?

Boleh kongsikan tak pada ruang komen tak bawah ni?

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Masalah bateri kereta Yokohama Gold kering dah lemah belum sampai setahun

Previous
« Prev Post

35 comments:

  1. Bateri jenama Century (kering) pun bagus cuma mahal sedikit, tapi tahan kadang2 sampai 2 thn lebih.. Skrg masih guna rasanya dah 2 tahun tunggu masa dia Kong..

    ReplyDelete
  2. apasal kat tempat aku kata century nyer bateri tak elok. pening kepala. mana satu betul ni haha

    ReplyDelete
  3. Agaknye brand yokohama(logo baru) tu mmg ade masalah la bang..saya pun lebih kurang same gak mcm crita ni..tp yg saya pakai yokohama beta series..beli 10.3.2017, x smpi stahun...tetiba kong 14.2.2018...x de hint warning plak tu mcm sebelum2 ni...lepas tu terpaksa underspot beli bateri baru (brand panasonic), sbb tempat kedai yg beli batt yokohama tu dulu jauh...dipendekkan crita, dah masuk bateri baru, terus drive g kedai tempat beli batt yokohama tu, utk wat claim. lps check sume , dorg kata mmg low power, pas tu try recharge balik bateri (yokohama) tu...keputusannye..mmg batt yokohama beta series tu dah rosak..x leh wat pape lagi, so dorg ganti yg baru dengan valid warranty until 10.3.2018...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Batry yokohama yg asal dalam krta viva sya sdh 5 tahun sya pakai,baru kong,jenis basah,btl2 puas hati

      Delete
  4. Same la kes kite ni bang...agaknye mmg yokohama (logo baru) ni mmg bermasalah le...saya punya yokohama beta series sebelum ni..kong terus, x leh recharge blk, terus org kedai tu ganti balik dgn warranty yg sedia ada berbaki lbh kurg sebulan

    ReplyDelete
  5. Saya pun ada masalah yg sama. Bateri yokohama gold x sampai setahun dah rosak. Cina bengkel tempat saya beli x ckp byk, dia terus tukar bateri yg baru sbb warranty ada lagi. Lepas ni mmg x nak guna lagi brand yokohama.

    ReplyDelete
  6. Kalau bateri basah Yuasa utk MyVI tahan lama mana? sy selalu alert water level. Tp lepas service smlm... Range meter dgn bar minyak tak selari.. Ni satu2nya sbb bateri atau sebab lain?

    ReplyDelete
  7. Saya barubpakai 6 bulan. Masalah yg sama... Sebelum ni saya pakai panasonik. Mmg tahan 2 tahun.

    ReplyDelete
  8. saya pakai yokohama..beli bln 5 2015...30hb 4 2018 baru kong.berbaloi..3 tahun pakai..nasib kot kadang2..

    ReplyDelete
  9. beli 30.11.207....now 20.6.2018 out terus....mmmmmmm

    ReplyDelete
  10. Biasanya jangka hayat bateri kering berapa tahun?

    ReplyDelete
  11. Alamak baru je tuka tadi jenama yokohama . Harap2 betahan lama la 😖

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah ..Saya Baru tukar battery kereta jenama ini Yokohama DIN55D23LMF GOLD Jenis kering utk kereta exora start 12.08.2019...saya Cuba ikut kehebatannya ini jenama...

      Delete
  12. SO SAH YOKOHAMA ADA MASALAH... SAYA BELI NOVEMBER 2017, HARI INI 17/7/2018 DAH ROSAK.... I'M GOING O TRY PANASONIC. RAMAI KATA BERBALOI.

    ReplyDelete
  13. Saya pakai yokohama ok tahan 2 tahun lebih

    ReplyDelete
  14. Beli bulan 2 2018. 19.9.18 terus tak leh start. Sah lepas ni tak beli yokohama. Cari brand lain.

    ReplyDelete
  15. Pernah kena bateri yokohama gold (logo baru) tepat2 setahun tak lebih tak kurang terus kong. . . Skg lg satu kereta guna model sama gak lom smpai setahun dah mcm nk lemah bateri

    ReplyDelete
  16. 2 kali pakai bateri yokohama tahan dlm 2 tahun kali ke-3 pakai 10 bulan je tahan. Ikut nasib rasa.

    ReplyDelete
  17. Pergghhh.... Baru je tukar bateri ni...... Harap smpai 2 tahun la...

    ReplyDelete
  18. Sy guna yokohama gold 2015sampai skrg 2018 baru kong dh3thu ok je kete korang yg bermasalah ke apa ni sy tukar bateri baru yokohama gold lgi memang terbaik rm270

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha! Kalau kereta yg bermasalah tukar bateri apapun tak jadi.

      Kalau 100% bateri Yokohama bermasalah pula, dah lama syarikat tu bungkus.

      Tentu ada yg ok. Cumanya kekerapan berlaku bateri yg tak ok. Adakah kurang atau lebih teruk dari bateri lain.. ?

      Delete
  19. Bateri century paling bagus bagi aku laa

    ReplyDelete
  20. Bru kene smlm....beli btry yokohama gold bulan 4 haritu...smlm dh kong...pdhal xdela slalu guna kereta

    ReplyDelete
  21. baru kena jugak..saya pakai battery ni bulan 5..kong ujung bulan 11..dapat tukar battery yokohama jgak kat kedai yg sama..pastu dia cakap kalao jadi lagi mcm ni kena pegi glenmarie yokohama plak..skrg memang jadi lagi..so esok saya nk kena pergi tukar kat yokohama glenmarie..

    ReplyDelete
  22. Sama juga.. Yokohama gold series.. Kong tak sampai 1 tahun. Menyusahkn

    ReplyDelete
  23. Sama juga ngan aku.. Yokohama gold series.. X sampai setahun. Kong

    ReplyDelete
  24. Elok ja sy pakai Yokohama Gold ni bosku. 2 tahun 4 bln dah

    ReplyDelete
  25. Sama.. Baru je Kong. Yokohama gold Ns70L sel basah, air sentiasa jaga. Tahan 1thun 11 bulan je.. . Esok raya keta simpan kt umh jek..

    ReplyDelete
  26. Sy pakai bateri yokohama kering start 19.11.2019.dalam pertengahan bulan april dah kong.hantar ke kedai suruh caj.lepas caj lama2 pun x boleh.maksudnya memang bateri tu yg bermasalah.x sampai 6 bulan pun.nasib ada warranty.

    ReplyDelete
  27. Alamak baru ja tukar yokohama gold ns60smf. Mudah2an bertahan la lama byk komplen rupanya ... Baik pkai amaron

    ReplyDelete
  28. saya dah tiga kali terkena dgn yokobatt ni...dari tiga tu satu darinya lebih setahun beberapa hari jer..memang dah cuak dan perit kena masaalah bateri ni tapi nak buat macamana bajet punya fasal, beli yag termurah.Bagi member di luar sana yg ada bajet, belilah jenama lain.Ia berbaloi walau mahal sikit.Nak bergantung pada nasib pun boleh,terpulang.He..he! selamat memandu.

    ReplyDelete
  29. Saya pkai yokohama tahan lebih 3 tahun. Memang tak tukar lain tahan lasak. Genap 3 tahun tukar tak kira kondisi. Sebelum start engine off dulu segala suis radio aircond dll sama juga masa nak off engine insyaallah bateri tahan lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..saya pakai yokohama gold sejak 2020 untuk HRV..julai 2023 baru tukar..memang tahan..Tapi dah tiada stok di kedai yamaha gold ni

      Delete
  30. Alamak br je beli Yokohama gold NX120-7MF rm350..patot la murah drpd brand amaron n hitachi..nasib la badan klu x tahan lbh drpd setahun

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !