Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, March 27, 2023

Cara menghilangkan rasa rugi bila kena bayar saman polis atau majlis perbandaran

  Anonyme       Monday, March 27, 2023

Setiap kali memandu kereta ke KLIA dari Shah Alam menaiki lebuhraya Elite, saya lihat banyak kenderaan akan perlahankan kelajuan mereka antara Saujana Putra menyusur ke Putrajaya. 

Semua tahu di kawasan itu ada kamera perangkap had laju. Jika anda memandu dengan kelajuan melebihi 110 km/sejam, lampu akan menyala. Tandanya kenderaan anda sudah dirakam melebihi had laju.

Cuma yang saya agak pelik, hampir kesemuanya perlahankan sehingga kurang dari 100 km/sejam. Kenapa begitu perlahan saya tak pasti. Takut betul sehingga mereka semua pastikan betul-betul tak laju.

Ramai orang yang sangat fobia kena saman.

Banyak maklumat dikongsikan tentang kedudukan perangkap had laju di seluruh lebuhraya negara kita. Jadi ramai yang biasanya terlepas kecuali yang benar-benar tak kisah kena saman.

Bagi yang suka pasang Waze setiap kali memandu juga biasanya selamat. Maklumat berkenaan polis, perangkap had laju dan sebagainya sentiasa di laporkan selagi anda membuka dan menggunakan Waze untuk ke destinasi.

Tapi kadangkala, dalam keadaan leka, terlanjur juga dan akhirnya kena saman. Memang stress bila tahu ada saman yang nak kena bayar.

Kena saman parking

Saman yang paling kerap berlaku adalah ketika parkir di kawasan majlis perbandaran. Jika anda tinggal di Lembah Kelang, ada banyak Majlis Perbandaran dan di mana saja parkir kena bayar.

Di tempat saya selalu parkit juga sering ada pegawai majlis yang datang semak dan berikan saman.

Walaupun hanya perlu bayar RM10 dalam tempoh 24 jam selepas kena saman, tetap rasa rugi juga keluarkan duit buta begitu.

Makan roti telur dengan teh tarik lagi bagus daripada hulurkan RM10 kepada Majlis perbandaran yang kerjanya hanya buat petak kemudian kutip duit untuk anda letakkan kenderaan di dalam petak itu. Ternyata itu cara suci mencuri duit rakyat yang lemah. Tak ada siapa mampu lawan kehendak mereka ambil duit rakyat dengan apa cara sekalipun.

Suka atau tidak, anda terpaksa buat bayaran kesemua saman yang ada. Kalau tak, hidup akan jadi lebih sukar lagi untuk urusan lain yang seterusnya.

Jadi, macam mana nak buat supaya anda tetap keluarkan duit bayar saman tapi tidak rasa rugi malah rasa beruntung.

Cara hilangkan rasa rugi

Cara ini hanya sesuai untuk anda yang ada duit. Kalau duit tak ada, sekadar cukup makan kais pagi makan pagi kais petang makan petang, elok cuba sedaya upaya elakkan segala saman sebaik mungkin.

Bagi anda yang ada duit, adalah satu kebaikan untuk sediakan sebahagian dari pendapatan yang anda buat setiap bulan khas untuk aktiviti derma atau sumbangan.

Anda boleh sediakan bajet untuk setahun buat urusan sumbangan tersebut. Katakan bajetnya adalah dalam RM1 ribu setahun. Setiap kali anda derma samada kepada penggemis, kepada masjid, kepada peminta derma dan sebagainya, anda tolak dan kira bakinya.

Begitu juga saman, samada dari pihak majlis atau polis adalah salah satu dari sumbangan anda kepada pihak berkuasa tempatan atau persekutuan. Duit itu adalah untuk kegunaan rakyat juga, jadi sumbangan yang baik.

Bila anda bayar saman atas sebab leka, terpaksa dan lain-lain, tolak dari peruntukan RM 1 ribu itu dan begitulah setiap tahun anda akan tak rasa apa-apa masalah setiap kali kena bayar saman asalkan dalam lingkungan bajet yang dah diperluntukkan.

Mental accounting

Teknik di atas dipanggil sebagai mental accounting. Duit yang anda keluarkan berbeza kesannya ke atas emosi anda bergantung kepada bagaimana anda tafsirkan duit dan aktiviti tersebut.

Katakan anda kehilangan dompet ketika sedang melancong di sebuah negara yang penduduknya amat miskin. 

Tak berapa lama kemudian anda jumpa semula dompet tersebut dan semuanya masih elok ada di dalamnya kecuali duit. Untuk legakan perasaan, anda hanya perlu anggap duit itu sebagai derma kepada pencuri duit tersebut yang sudah pasti menggunakannya untuk membeli makanan dan keperluan hidup dia dan keluarganya.

Anda juga boleh tambah 50% dari harga sebenar segala benda yang anda beli, makan dan minum sebagai. Contohnya jika anda makan RM20, bermakna harga sebenar makanan tersebut adalah RM30. Ertinya anda perlu pastikan anda dapat duit sebanyak RM30 ringgit untuk mampu makan makanan bernilai RM20. Begitu juga dengan semua benda yang lain.

Satu lagi perkara yang anda boleh amalkan adalah untuk pastikan buat bayaran terlebih dahulu untuk hotel, perjalanan atau apa saja yang boleh di bayar dahulu. Dengan berbuat begitu, tak akan berlaku sebarang tekanan atau terkejut dengan harga yang diluar jangkaan dan seterusnya akan membuatkan anda rasa hilang mood ketika nak bayar. Ingat, bayar dulu adalah lebih aman dan pengalaman menikmatainya nanti tidak akan terjejas.

Sumber artikel: Hidupringkas 

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Cara menghilangkan rasa rugi bila kena bayar saman polis atau majlis perbandaran

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !