Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, March 26, 2023

Masalah Peti Ais atas beku elok tapi bawah tak sejuk lansung - Baru tahu kenapa

  Mohd Shubhi       Sunday, March 26, 2023


Saya beli sebuah peti ais sederhana besar di sebuah kedai peralatan elektrik di Pekan Sungai Pelek, Sepang. 

Asalnya nak cari peti ais second hand saja untuk diletakkan di rumah kosong di Pantai Sepang Putra. Dah 2 buah peti ais second hand besar saya beli untuk di pakai semuanya dalam keadaan sangat baik, puas hati.

Tapi, bila pergi risik di kedai peralatan letrik tu, ada jenama Media yang harganya tak berapa mahal sangat. Lagipun kedai jual barang letrik secong hand di pekan Sungai Pelek tu tak berapa mengancam sangat seperti yang saya beli di Puchong.

Ada banyak kedai barang letrik di Puchong. Semuanya di miliki oleh warga Pakistan. Mereka repair dan jual barang letrik terpakai. Harganya menarik dan kualitinya baik. Kalau dah beli seminggu dua dan rasa tak puas hati, komplen dan mereka tukar yang lain. Memang berbaloi berurusan macam itu. 

Malangnya semua itu tak ada di Pekan Sungai pelek atau mungkin saya masih tak habis teroka lagi kawasan tersebut.

Peti Ais Media buatan China

Penerangan dari taukeh cina tu masuk dalam hati saya dan tanpa panjang bicara, saya bayar dan suruh dia hantar saja ke rumah.

Peti ais media tu buatan China, katanya dan kualitinya baik jika di bandingkan dengan harganya yang lebih murah dari jenama lain.

Saya tengok jaminan motor nya sampai 10 tahun. Dan biasalah ayat power menerangkan sistem sejuk yang dia buat untuk peti ais tu yang saya tak fahampun dia nak kata apa. Tapi beli sajalah.

Kalau tak salah saya tempoh jaminan keseluruhannya adalah 2 tahun. Dan semala 2 tahun saya pakai memang tak ada masalah pun. Bahagian bekunya mantap tak pernah gagal. Begitu juga bahagian bawah juga sentiasa sejuk.

Bawah tak sejuk

Selepas dah habis tempoh jaminan 2 tahun, peti ais itu mula buat masalah. Saya mula rasa bahagian bawahnya, tempat letak sayur, air, dan lain-lain seumpamanya macam tak sejuk lansung.

Tapi bahagian atas, tempat beku tu tak ada masalah. Bubuh apa saja, air atau aiskrim, sejuk keras jadinya macam biasa.

Apa yang tak kena?

Tak pernah lagi alami keadaan peti ais macam itu untuk yang baru. Kalau yang second hand pernah jadi sekali macam itu. Tapi Pakistan tu datang dan tukar saja ambil peti ais lain, selesai masalah. Jadi saya tak belajar apa yang berlaku.

Tutup dan buka semula

Bila dah lama jadi begitu, dah banyak yogurt saya rosak, maka saya ke kedai peralatan eletrik cina yang saya beli itu dan bertanya apa masalahnya.

Dia kata technician hanya ada setiap hari Khamis sahaja. Saya pergi komplen hari Isnin. Jadi tak boleh nak buat apa-apa.

Namun begitu, dia suruh saya cuba tutup peti ais tu dalam setengah jam dan buka balik. Katanya mungkin bahagian atas membeku sehingga aliran udara ke bawah untuk sejukkannya terhalang.

Saya dapat satu ilmu baru kali ni. Rupanya bahagian bawah itu hanyalah aliran udara yang diputarkan oleh kipan ke bawah dari tempat beku di atas itu. Jika laluan udaranya tertutup, maka tak sejuklah di bawah itu. Mudah macam tu rupanya.

Maka saya balik dan buat seperti yang cina tu petuakan. Ternyata dia betul.

Selepas di biarkan lama tak buka, cair habis bahagian atas tu, barulah bahagian bawah akan sejuk seperti semula. Kemudian selepas dua atau 3 hari, jadi balik.

Jenuhlah nak buka tutup macam tu. Sampai bila! 

Perlu dibaiki untuk pulih semula dan saya panggil technician pada hari khamis untuk datang tengok.

Bahagian De-frost rosak

Maka datanglah Cina dengan sebuah van panjang penuh dengan peralatan baiki dan alat ganti barangan eletrik di belakangnya.

Dia kerja solo begitu sudah lebih 8 tahun setelah berhenti kerja sebagai technician di sebuah kedai peralatan eletrik. Dia kerja sendiri sekarang dan semua kedai jual barang letrik gunakan khidmatnya untuk check dan baiki.

Kalau masih dalam jaminan, kedai tempat peralatan beli tu akan tanggung semua.

Untuk kes saya yang dah habis tempoh jaminan, dia beritahu awal untuk datang periksa saja nak tahu apa masalah kena bayar RM80. Saya setuju saja. Tak kan nak minta percuma pulak. Dia ada kos untuk buat kerja tu. 

Di pendekkan cerita, dia datang check semua elok saja tak ada masalah. Tapi ais membeku menghalang laluan udara dari turun ke bawah. Maknanya ada masalah pada alat de-frost yang mencairkan ais di situ.

Itu juga benda baru saya belajar. Rupanya, ada sensor yang kesan keadaan beku di situ. Bila sensor itu kesan keadaannya, dia akan mula hidupkan besi pemanas untuk cairkan semua ais tu maka laluan akan elok semula.

Itu saja sistemnya. Mudah nak mampuih.

Dalam kes saya, sensor yang ada masalah. Besi heater tu ok saja dan lalun letrik ke situ juga semua ok.

Cuma masalahnya barang tu datang sekali. Tak boleh tukar sensor saja. Dan saya suruh dia tukar.

Dia perlu order barang itu dan janji akan datang semula pada khamis di minggu hadapannya. Saya setuju.

Dan akhirnya dia datang dan tukar serta eloklah semula peti ais saya seperti sedia kala. Harga keseluruhan de-frost tu adalah RM250 sekali dengan upah. Oleh kerana saya dah bayar RM80 harga dia datang check tempoh hari, dia suruh saya bayar baki lagi RM170 sahaja.

Macam itulah ceritanya .. moga anda juga yang baca ni turut belajar sesuatu. Selamat berpuasa dan berbuka nanti.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Masalah Peti Ais atas beku elok tapi bawah tak sejuk lansung - Baru tahu kenapa

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !