Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

12 August 2016

9 cara halau burung yang berkesan dan perikemanusiaan

  Ano Nyme       12 August 2016

birds control

Burung ada kalanya mendatangkan masalah kepada manusia. Walaupun bunyi burung biasanya mampu mendamaikan jiwa, tapi kalau jumlah burung yang terlalu banyak, boleh memeningkan kepala.

Antara burung yang sering memberikan masalah, jika datang banyak bertenggek di premis kediaman atau premis perniagaan, adalah burung layang-layang.

Bukit Merah Resort pada satu ketika dahulu dihantui oleh masalah burung layang-layang yang datang bermalam di sekitar premis hotel mereka setiap malam.

Bila burung layang-layang datang dalam bilangan yang amat banyak memenuhi segenap ruang hotel tersebut, maka berlakulah berbagai pencemaran. 

Selain dari pencemaran bunyi, najis yang dilepaskan oleh burung layang-layang membuatkan para penghuni duduk tidak senang. Kenderaan mereka akan dipenuhi oleh najis burung layang-layang. Kalau lalu kat kawasan itu, silap hari bulan kepala anda juga akan penuh dengan najis burung walid.

Berikut saya kongsikan 10 cara yang biasa digunakan untuk atasi masalah serangan burung di premis anda.

1. Pasang Spikes burung

Biasanya kita panggil Birds Spikes atau jika diterjemahkan secara terus ke dalam Bahasa Malaysia, Paku Burung. Biasanya anda boleh pasang Spikes Burung ini disekitar permukaan tepi bumbung, tepi kawasan tingkap, atau mana-mana binaan yang biasanya burung datang bertenggek.

Dengan adanya Spikes Burung ini, ia menghalang burung dari turun dan singgah di kawasan tersebut. Birds Spikes ini ada dalam berbagai bentuk dan dibuat samada dari bahan besi atau plastik. Pilihan jenis spikes adalah bergantung kepada jenis burung yang biasa datang hinggap di presmis anda.

2. Pasang jaring penghalang burung

Pemasangan jaring amat sesuai untuk menghalang kedatangan burung di kawasan yang terbuka luas. 

Anda mungkin mahu menghalang burng masuk ke kawasan kebun. Atau mungkin mahu halang burung masuk ke kawasan gudang. Dengan memasang jaring yang bersesuaian bergantung pada saiz burung yang mahu dihalang, premis dapat dihindari dari serangan burung.

3. Pasang alatan halau burung ultrasonik atau Sonik

Jika kawasan yang diganggu burung merupakan kawasan yang ramai orang, cara ini adalah berkesan dan selamat. Alat ultrasonik mengeluarkan bunyi berfrekuasi tinggi atau rendah yang tidak dapat dikesan oleh deria manusia.

Bunyi itu sebaliknya memberikan gangguan kepada deria burung. Dengan memasang alatan bunyi ultrasonik, burung akan menjauhi kawasan tersebut.

4. Pasang laser

Teknik ini mampu menghalau burung dari singgah atau datang ke kawasan peralatan dipasang.

Cahaya tembakan laser yang biasanya kuat dan sentiasa berubah warna membuatkan burung takut untuk menghampiri kawasan tersebut. Burung akan lari tanpa membuatkan mereka tercedera.

5. Menggunakan Drones

Ini merupakan teknologi canggih paling baru digunakan untuk menghalau burung dari masuk kawasan yang luas seperti ladang.

Drone yang boleh terbang digabungkan dengan bunyi burung pemangsa akan menghalau burung lain dari masuk ke kawasan tersebut.

6. Pasang sistem renjatan letrik

Alat ini sesuai untuk dipasang di sekitar kawasan tingkap atau tepi bumbung atau dinding yang biasanya burung suka datang bertenggek. 

Dawai akan diletakkan di sekitar kawasan tersebut. Bila burung menyentuh dawai itu, satu kejutan letrik akan dirasai dan mengejutkan burung.

Renjatan letrik kecil yang tidak merbahaya dan tak akan cederakan burung ini adalah selamat dan mampu menghalau burung dari datang lagi ke kawasan tersebut.

7. Menyapu bahan melekit

Ini juga satu teknik yang berkesan untuk menghalau burung dari datang singgah. 

Anda boleh sapu gel atau semburkan bahan melekit pada kawasan yang sering disinggahi oleh burung. Bila burung datang, rasa lekit tersebut membuatkan mereka rasa tak selesa dan seterusnya melarikan diri.

Dapatkan Gel Mesra Alam halau burung yang amat berkesan dari Easelife Services Sdn Bhd. Beli dan sapu saja pada tempat singgahan burung. Call Siti 012-2067357 atau WhatsApp https://wa.me/60122067357

8. Pasang lembaga menakutkan burung

Ini adalah cara paling murah dan mudah untuk digunakan. 

Kalau di sekitar kawasan bendang, cara ini sudah biasa di gunakan. Petani akan memacak orang-orang untuk menakutkan burung pipit dari turun ke kawasan bendang tersebut.

Memasang patung berbentuk seperti burung pemangsa juga berkesan untuk menjauhkan burung dari menghampiri kawasan tersebut.

Ada juga yang memasang gambar burung pemangsa di kawasan dinding atau cermin untuk menghalang burung datang.

9. Pasang bebola terapung

Biasanya bebola terapung ini digunakan untuk mengawal masalah burung di kawasan yang ada takungan air. 

Bukan saja untuk kawal burung, malah digunakan juga untuk menghalang terbentuknya alga atau lumut pada kawasan takungan air tersebut.

Jika premis anda diganggu oleh kahadiran burung yang menyusahkan, anda boleh mendapatkan khidmat profesional dari syarikat pest control yang bertauliah seperti Easelife Services Sdn Bhd

Biasanya syarikat pest control mempunyai solusi yang bersesuaian dengan keadaan dan keperluan premis serta perniagaan anda.

"Hubungi Easelife Services Sdn Bhd untuk penyelesaian masalah burung di premis perniagaan anda. Call Siti 012-2067357 atau WhatsApp https://wa.me/60122067357

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, 9 cara halau burung yang berkesan dan perikemanusiaan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !