Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, December 13, 2008

Membentuk Sifat Keusahawanan Anak-Anak

  Mohd Shubhi       Saturday, December 13, 2008


Salah satu perkara yang amat penting untuk mendidik anak-anak kita menjadi usahawan ialah dengan menanam cara berfikir yang betul dan positif terhadap anak-anak kita. Kita haruslah menyemai anak-anak dengan sikap percaya dengan keupayaan sendiri, mempunyai keazaman untuk berusaha mendapatkan apa yang diingini dan dicita-citakan.

Ada dua keadaan yang berbeza dalam proses pembesaran kanak-kanak yang membentuk cara berfikir mereka.
1. Kanak-kanak yang lahir dan membesar dikalangan ibu bapa yang kaya.
a. Mereka mempunyai kepercayaan bahawa untuk menjadi jutawan, rumah yang besar, kereta mewah, dan lain-lain kesenangan lagi adalah sesuatu yang mampu untuk dicapai. Kerana mereka melihat sekeliling mereka sepanjang masa.
b. Mereka mungkin akan mengalami satu sikap yang manja apabila terlalu mudah untuk memiliki apa yang di kehendaki. Mereka juga mungkin lemah dan kurang dorongan untuk berusaha dan mudah berputus asa mengejar apa yang dicita-citakan. Ini berlaku apabila ibu-bapa memberika segala kemudahan yang berlebihan kepada mereka.

2. Kanak-kanak yang lahir dan membesar di kalangan ibu bapa yang tidak kaya.
a. Mereka mungkin menanam kepercayaan bahawa untuk hidup senang, menjadi jutawan adalah sesuatu yang sukar dan tidak boleh dicapai. Ini kerana mereka membesar di dalam lingkungan orang yang susah atau sederhana yang percaya bahawa kesenangan bukan untuk mereka. Berusaha untuk keluar dari kesusahan adalah satu kerja yang sia-sia.
b. Mereka mungkin mempunyai dorongan yang kuat dan rajin berusaha untuk berdikari tanpa mengharapkan bantuan ibu bapa. Tidak pernah rasa susah walaupun hidup susah kerana memang dah biasa hidup susah.

Walau dimanapun kedudukan anda samada kaya atau tidak kaya anda boleh membentuk sikap yang betul terhadap anak anda dengan mengadakan kombinasi yang betul.

1. Pastikan anak anda mempunyai fikiran bahawa menjadi jutawan, usahawan yang berjaya, memiliki kereta dan banglo mewah, perniagaan yang besar dan lain lagi adalah sesuatu yang boleh dicapai.
a. Keluarga yang kaya sikap ini sudah ada.
b. Untuk keluarga yang tidak kaya pastikan anda selalu menanam kepercayaan bahawa untuk menjadi orang yang kaya kereta besar, rumah besar, perniagaan besar adalah sesuatu yang boleh dicapai. Sering bawa mereka melihat contoh-contoh orang yang berjaya.

2. Pastikan anak anda mempunyai sikap berdikari, dorongan dan keazaman yang tinggi untuk berusaha sendiri mendapatkan apa yang diingini atau dicita-citakan. Sanggup berusaha sendiri bersusah payah dan tidak berputus asa mengejar matlamat.
a. Keluarga yang kaya hanya perlu memastikan anak-anak tidak dimanjakan dengan melatih mereka berusaha sendiri mendapatkan apa yang mereka ingini. Biarkan mereka menjalani kehidupan seperti orang yang tidak kaya seperti pergi sekolah jalan kaki atau naik basikal, basuh pakaian dan kasut sendiri, tiada mainan yang di belikan oleh ibu bapa. Kalau nak cari duit sendiri dengan creativiti yang ada.
b. Untuk yang miskin sikap ini memang dah ada.

Satu perkara yang amat penting selain daripada diatas ialah menanam akhlak yang betul dan murni seperti memberi ilmu tentang halal dan haram. Tidak mengambil hak orang lain. Berlaku adil dalam setiap perkara dan mempunyai sikap mengasihani sesama saudara juga jangan menjadi penyumbang kepada kerosakan.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Membentuk Sifat Keusahawanan Anak-Anak

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !