Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, June 24, 2013

Kenangan belayar #6 : Lagi koleksi gambar pemandangan

  Mohd Shubhi       Monday, June 24, 2013
Baru-baru ini saya berjumpa dengan kawan yang sering berkunjung ke blog ini. Dia bertanya betul ke saya pergi naik kapal? sepanjang yang dia perasan, setiap kali dia menelefon, saya tetap menjawab panggilan, maknanya masih ada di sini!. Tak pernah pula saya ceritakan yang saya ada naik kapal pergi belayar.

Untuk menjawab soalan samada benar atau tidak, sudah tentu jawapannya adalah benar. Memang semua gambar yang saya paparkan di sini adalah gambar ori datang dari kamera saya sendiri. Bila dah saya yang merakamkannya, sudah tentu tak ada gambar saya.


Memang boleh saya masukkan gambar diri dalam rakaman, tetapi kena buat rakam dekat dengan menghalakan lensa ke arah muka sambil memaparkan background pemandangan lautan. Kalau nak pasang atas tripod tak berapa praktikal kerana kapal biasanya goyang-goyang sedikit, kalau jatuh kamera tu, garu kepala la pulak jika pecah. Bukan senang nak kumpul duit untuk beli satu lagi kamera baru.

Apa yang saya perhatikan hasil daripada rakaman gambar sepanjang berada di dalam kapal adalah, betapa gambar yang simple cukup menarik untuk dihasil dan dipaparkan. Dari situ saya dapat mencari arah akan gaya gambar kegemaran untuk dirakamkan agar ianya menarik.

Berdasarkan pengalaman ambil gambar simple dengan membanyakkan mainan tona warna, saya cuba menghasilkan jenis gambar yang sama apabila membuat rakaman gambar di daratan pulak. Malangnya bukan senang nak dapat melihat pandangan simple di daratan. Biasanya darat dipenuhi dengan berbagai benda tidak seperti di atas lautan.

Untuk menghasilkan juga jenis gambar simple di daratan, nampaknya kita perlu benar-benar berada di sudut yang betul. Kita kena melihat dari berbagai sudut sehingga sudut pandangan dapat menghasilkan rakaman yang ringkas dan menarik. Itulah yang sedang cuba dihayati sekrang ini...susah sebenarnya!

Tak apalah sebab ini aktiviti mengisi masa lapang sebagai terapi minda dan dalam masa yang sama cuba mendisiplinkan diri untuk melakukan apa saja kerja dengan sikap sentiasa memperbaiki hasil secara konsisten....saya namakan ini sebagai latihan membina tabiat positif untuk berjaya dalam apa saja urusan kerja.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kenangan belayar #6 : Lagi koleksi gambar pemandangan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !