Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, June 22, 2013

Kenangan belayar #5 lebuhraya di tengah lautan!

  Mohd Shubhi       Saturday, June 22, 2013
Siapa sangka di tengah-tengah lautan ada lebuh raya?

Kita tentu ingat kesesakan lalulintas hanya ada di lebuhraya atas darat. Tetapi bila pergi belayar, barulah sedar rupanya dunia sesak di mana-mana. Tak kira samada darat, laut atau udara.

Sebaik saja masuk kawasan persisiran pantai, Kapten menunjukkan di mana letaknya lalu lintas kapal antarabangsa. Itu lebih kurang dengan lebuhraya kita di atas darat. Ada arah pergi dan ada arah balik.


Saya perhatikan banyak kapal-kapal besar datang dan pergi dengan begitu laju. Saiz kapal-kapal punyalah besar. Seolah-olah sedang melihat bangunan midvalley atau bangunan KLCC sedang bergerak di atas laut yang luar.

Begitulah besar atau saiz kapal-kapal yang menggunakan lebih raya lautan. Walaupun berat dan besar, kelajuan mereka cukup menghairankan. kalal kami yang kecil dipotong selamba sahaja dan ditinggalkan sayup ke belakang oleh kapal besar yang berbagai warna dan bentuk

Jika anda lihat gambar di bawah sekali, nampak macam satu serangan tentera laun sedang datang. Terdapat beratus-ratus kapal saujana mata memandang. Itu merupakan gambar yang saya rakamkan sebaik saja menghampiri perairan Singapura.

Pemandangannya cukup mengasyikkan. Saya terpegun dan tidak berkedip mata memandang jumlah kapal yang terlalu banyak tersebut. Allah Maha Besar! dihamparkan bumi ini sebagai tempat manusia tinggal dan mencari rezki. Tidak patut sangat jika kita akhirnya lupa daratan dan menjadi gila.....!


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kenangan belayar #5 lebuhraya di tengah lautan!

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !