Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, July 1, 2018

Awas ! 13 kawasan panas kes demam denggi di sekitar jajahan MPSJ - kes meningkat !

  Mohd Shubhi       Sunday, July 1, 2018



Minggu yang sepatutnya kami sekeluarga beraya jadi minggu ulang alik ke Hospital tahun ini. Semuanya adalah angkara anak disahkan kena demam denggi pada hari ke-3 raya.

Dia mula demam dua hari sebelum raya ketika balik kampung ke Utara Tanah Air. Masa mula kena demam panas secara tiba-tiba memang dah syak denggi. Tapi doktot masih tak boleh sahkan denggi melalui ujian darah masa awal kena demam. Kena tunggu 3 atau 4 hari baru boleh sahkan.

Bila terus balik ke rumah di bawah jajahan MPSJ, terus pergi jumpa doktor sekali lagi dan buat ujian darah. Memag sah kena demam denggi. Bila dua hari berturut-turut ujian darah dibuat tak ada kemajuan, doktor terus beri surat rujuk ke hospital.

Kanak-kanak tak sama dengan orang dewasa. Tak boleh ambil mudah dengan kes demam denggi ni. Jadi saya terus ke hospital Putrajaya dan kena tahan masuk dalam wad kanak-kanak. Kat situlah kami raya ulang alik sampai anak keluar.

13 kawasan panas kes demam denggi

Memang kawasan tempat tinggl saya termasuk dalam salah satu kawasan yang panas dengan kes demam denggi.

Sebelum itu jiran anak beranak masuk hospital juga akibat kes demam denggi. Ini masalah utama bila tinggal di taman perumahan. Kalau rumah kita ok, rumah jiran kita tak boleh kawal. Ada rumah yang penghuninya tak jaga depan dan belakang kawasan rumah. Paling kuat hanya boleh mengadu pada pihak majlis saja.

Ada juga perangai tak bertanggung jawab pengguna kemudahan taman rekreasi yang suka buang sampah dan bekas yang boleh menakung air merata tempat tersorok. Itu juga mengundang masalah pembiakan nyamuk.

Dari laporan MPSJ nampaknya kes denggi meningkat. Jumlah kawasan panas atau hotspot juga telah meningkat dari 6 kepada 13.

Berikut adalah 13 kawasan hotspot kes denggi di jajahan MPSJ sekarang. Anda yang tinggal di sekitar kawasan tersebut sila ambil perhatian:
  1. DK Senza Condominium (Jalan Taylors)
  2. Nadayu Residence (PJS 11/7)
  3. Lagoon Perdana (PJS 9/11)
  4. Kampung Kenangan, Batu 13
  5. Main Place (USJ 21)
  6. Jalan USJ 2/5
  7. Jalan Teratai
  8. Jalan Puchong Perdana
  9. Taman Puncak Kinrara 2 (Block A and B)
  10. Vista Pinggiran Putra
  11. Lestari Perdana flats
  12. Serdang Perdana (One South)
  13. Serdang Perdana 5 (Sky Villa Block Kesidang and shoplots)
Setakat ini sebanyak 121 kes demam denggi dilaporkan. Ada banyak kes denggi berlaku di kawasan penempatan bangunan tinggi. MPSJ kata ia berpunca dari kegagalan pihak JMB menguruskan kebersihan  kawasan yang mengundang kepada pembiakan nyamuk aedes.

Memang apa saja masalah dalam kawalan serangga dan makhluk perosak ini, kebersihan kawasan adalah perkara utama yang perlu dititik beratkan. Selepas itu barulah buat perancangan kawalan serangga dan makhluk perosak tambahan.

Guna khidmat syarikat pest control

Antara perkara penting yang pihak JMB perlu ambil perhatian adalah memantau kawasan tempat air bertakung. Paling penting pada kawasan yang tak sepatutnya air bertakung. Ini boleh dilakukan dengan baik jika mereka menggunakan khidmat Syarikat Kawalan Serangga.

Selain daripada aktiviti membunuh nyamuk dewasa dengan aktiviti fogging dan larvasiding, syarikat pest control juga dapat membantu buat pemantauan pencegahan.

Jika anda perlukan khidmat pest control bagi mengawal masalah nyamuk di sekitar penempatan anda, boleh hubungi Easelife Services Sdn Bhd, sebuah syarikat pest control berlesen berpengalaman sejak tahun 1998.

Syarikat yang berpengalaman tahu tugas mereka termasuklah memantau bagi memberikan input pencegahan kepada pemilik premis atau pihak pengurusan premis. Jadi pilihlah syarikat yang berpengalaman, berlesen dan komited dengan kerja yang mereka lakukan.

Hubungi Puan Siti dari Easelife Services Sdn Bhd di nombor 012-2067357 untuk membantu selesaikan masalah nyamuk anda.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Awas ! 13 kawasan panas kes demam denggi di sekitar jajahan MPSJ - kes meningkat !

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !