Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, April 26, 2019

Kena halau dari Restoran Barok Village hisap rokok di tengah hujan lebat

  Mohd Shubhi       Friday, April 26, 2019

Mereka yang anti penghisap rokok atau anti penghisap rokok elektronik tentu suka cerita ni. Cerita kena halau keluar ke tengah hujan untuk hisap rokok elektronik.

Untuk mereka yang mesra atau bersimpati dengan penghisap rokok elektronik, perlu baca perkongsian di artikel ini. Kemudian anda tentukan sendiri samada patut atau tidak patut apa yang dah dilakukan oleh Restoran Barok Village di Kuching ni.

Buka puasa di Restoran Barok Village

Ketika singgah solat asar di masjid negeri di Kuching baru-baru ini, hari khamis, saya mesej kawan yang juga sedang berada di Kuching. Tanya dia kat mana nak makan buka puasa magrib nanti.

Biasanya, kalau nak makan malam kat pusat bandar Kuching tu, saya akan pergi ke Restoran RJ Ayam Penyet kat tepi jalan di pusat bandar Kuching tu. Malas nak fikir cari tempat baru sebab itulah kedai makan yang pertama di perkenalkan oleh seorang kawan di Kuching.

Asyik makan ayam penyet saja kat Kuching tu membuatkan rasa bosan mula timbul. Tentu ada restoran lain pulak. Sebab itu saya mesej kawan tanya kalau-kalau dia ada idea nak makan kat mana magrib nanti.

Kawan saya tu tak fikir panjang lagi. Dia terus jawab kita pergi makan di Restoran Barok Village.

"Hang taip saja Barok Village kat waze tu ... !", tulis kawan saya pendek.

Saya terus setuju. Baru teringat bulan sudah kami singgah minum kat situ masa pergi beli kek Sarawak kat Mira Kek Lapis. Bulan sudah saya buka puasa sunat Khamis kat Restoran RJ ayam penyet.

Kawan yang lain yang belum makan, order Nasi kambing bakar. Mungkin boleh tambah jadi Kambing Penyet sebab sama saja dengan ayam penyet. Cuma yang berbeza hanyalah ayam digantikan dengan kambing.

Saya calit sikit kambing bakar yang kawan order tu dan ternyata rasanya boleh tahan.

Fikiran terbayangkan semula rasa kambing bakar disalur dengan sambal manis tu. Saya suruh kawan sebelah yang memandu kereta tu taip Barok Village kat waze. Kami bergerak perlahan dari masjid negeri menuju ke pusat bandar dalam hujan yang sangat lebat.

Waktu petang macam tu jalan memang sibuk. Orang pulun balik kerja. Masapun masih awal sebelum masuknya waktu magrib. Jadi kami tak kisah jalan perlahan tersekat-sekat dalam cuaca buruk di tengak jalan yang jem.

Harap-harap, bila sampai nanti hujan dah mula reda.

Seberang sungai nak perahu ke Barok Village

"Hang waze Jambatan Darul Hana lah!" saya beritahu kawan sebelah.

Kita pergi ke Barok Village seberang sungai dengan naik perahu. Lebih dekat dan cepat berbanding bawa kereta sampai ke Barok Village. Lagipun kereta banyak dan jalan jem dengan hujan lebat pulak tu.

Sampai saja di kawasan berhampiran Jambatan Darul Hana tu, kami cari ruang untuk parkir kereta. Nasib baik hujan. Jadi jumpa banyak ruang kosong. Tapi hujan yang lebat itu membantutkan hasrat nak pergi lari ke pengkalan bot tu.

Kawan yang cadangkan restoran Barok Village tu dah dekat nak sampai di seberang sana. Saya telefon dia teragak-agak samada nak teruskan ke seberang atau tidak. Pakaian terhad. Kalau redah hujan tu takut basah kuyup pulak.

Saya teringat payung lipat murah yang saya beli ketika di Sibu kelmarin. Memandangkan kawan tadi dah sampai di seberang sana. Maka saya buat keputusan untuk redah juga hujan lebat tu.Buka payung murah yang kecil tu, saya dan kawan jalan laju menuju ke jeti.

Berjaya juga sampai setelah naik perahu di tengah hujan lebat. Sebaik saja naik ke darat, azanpun bergema di masjid kecil kat situ. Kawan tadi dah siap duduk di satu meja panjang di tepi kawasan luar kedai di bawah bumbung.

Orang tak berapa ramai. Meja kayu unik yang bayak kat luar yang terdedah habis basah kuyup dengan hujan. Memang tak ada oranglah yang dduk kat luar tu. Semuanya kosong saja. Kat dalampun tak berapa ramai orang.

Masa jalan masuk sambil tutup payung kecil berjasa tu, kelihatan kelibat seorang lelaki berkopiah UMNO tinggi memberikan arahan untuk saya letakkan payung yang basah tu di dalam bekas dalam restoran tu di kawasan dapur kat dalam.

"Ini tempat payung ya. Masukkan kat sini .. !", kata lelaki itu sambil menudingkan jarinya di beberapa bekas meletakkan payung yang diperbuat dari kayu.

Saya ikut saja dan letakkan payung tu kat situ dan kembali duduk di meja kami yang dekat saja dengan kawasan letak payung tu. Saya mohon segelas air suam dari makcik pekerja yang lalu di tepi meja. Nak buka puasa sebab dah masuk waktu magrib.

Saya tanya samada di kedai makan tu ada buah-buah segar yang dipotong. Makcik tu jawab tak ada. Jadi air suam sajalah yang saya minta. Hujan masih lebat ketika itu. Saya lihat ada orang jual kuih kat luar sana. Saya lalu pergi beli kuih RM4 untuk lapik perut sementara makanan yang diminta datang.

Bangun hisap rokok elektronik jauh dari meja

Ketika sedang makan bertiga, datang lagi 2 orang kawan. Mereka orang tempatan yang biasanya akan datang temankan kami setiap kali turun ke Kuching.

Kami bertiga dah selesai makan. Sementara tunggu kawan yang 2 orang lagi tu habiskan makanan mereka, kami bangun untuk hisap rokok. Kawan saya dah berjaya hentikan rokok biasa sejak dia mula hisap rokok elektronik.

Saya yang perkenalkan padanya rokok elektronik. Kebetulan salah satu jenama rokok elektronik yang laris kat Malaysia ni adalah kenalan baik saya. Dia hadiahkan pada saya starter kit sekali dengan berbungkus-bungkus pod Salt-Nic. Jadi saya main-main hisap rokok elektronik juga.

Rokok daun tradisi lansung ditinggalkan dah berbulan sejak kenalan taukeh rokok tu hadiahkan e-cigarette. Sepatutnya dah boleh tinggal terus semua jenis rokok tu. Tapi gatal juga sekali sekala sedut Nanostix sebagai aktiviti sosial bila bersama kawan-kawan perokok.

Macam yang saya katakan tadi. Hujan lebat membuatkan meja kami jadi meja terakhir di restoran tu yang boleh diduduki. Meja luar yang terdedah pada hujan lebat tu memang tak ada orang.

Dalam jarak 3 meter juga sebagaimana arahan kementerian kesihatan, ada sedikit ruang tepi berbumbung jauh di sudut tepi keluar. Kami bertiga lari berkumpul kat situ dan keluarkan batang elektronik masing-masing. Sedut sambil berbual.

Tiba-tiba lelaki yang tunjukkan saya tempat simpan payung tu datang menyerbu arahkan kami berhenti merokok kat situ.

"Pergi ke luar sana kalau nak merokok!", arahnya keras dan tegas.

Saya tersenyum padanya sinis.

"Di tengah hujan lebat tu?", soal saya selamba padanya. Dia angguk tanpa simpati dan berlalu.

Menghormati arahannya, saya dan seorang lagi kawan masukkan saja semula batang elektronik tu ke dalam poket. Akur sajalah, tempat orang tak payah nak buat kecoh, bisik hati saya.

Tapi kawan yang seorang lagi tu, kesot jauh sedikit lebih jauh dan masih teruskan mengepam rokok eelktroniknya. Memang gila kalau dia pergi ke tengah hujan tu untuk merokok. Rasanya, masih ok dan menghormati orang lain.

Tak ada orang langsung kat luar tu. Hujan lebat membuatkan kawasan itu tidak boleh diduduki oleh semua pelanggan. Kesemua pelanggan yang datang akan datang dan terus masuk ke dalam kedai sebab hujan. Meja kami yang laing hujung berhampran hujan.

Bila melihat kawan yang seorang lagi masih mengepam, lelaki tadi terus datang lagi dengan keras menyerbu dan berikan amaran dengan kuat.

"Sekali lagi saya kata, jangan merokok kat sini. Pergi keluar!", jerkahnya kuat pada kawan kami yang dah agak jauh mengesot berdiri ke tepi.

Mungkin terkejut, kawan malang tu terus melangkah ke tengah hujan keluar jauh ke sana.

Lelaki itu berpatah balik dan melalui saya dan kseorang lagi kawan yang tergamam dengan jerkahan lelaki songkok tinggi tu.

Sebaik saja lalu di tepi kawan saya tu, dia terus sound pada lelaki songkok tinggi tu.

"Kenapa perlu nak tengking-tengking kuat macam tu?, dah jauh dia berdiri tu, pertimbangkan la sikit!", kawan saya dah semakin kuat suaranya. Dia memang saya kenal seorang yang panas baran. Saya risau dia layan barannya itu nanti.

Lelaki songkok tinggi tu menoleh dan berdepan dengan kawan saya tu. Saya makin risau. Nampaknya dia memang tegas dan bersedia nak pertahankan tindakannya menghalau kami.

"Nanti saya yang kena!. Tak boleh merokok dalam restoran!" jawabnya tinggikan suara.

"Takkan nak kena samanlah dalam keadaan hujan macam ni!", lagi kuat kawan saya tengkin dan mula bergerak hampir ke lelaki tu.

"Dah tu abang!, belah!, pergi .. pergi masuk!", saya mencelah ke depan abang tu. Saya risau kawan saya yang tak reti takut dengan orang tu buat gilanya.

Mungkin dia terkejut bila saya mengarahkan dia belah masuk segera, maka dia kelihatan mengendur dan memohon maaf. Mungkin dia pelik kenapa pulak saya arahkan dia supaya reda dan belah masuk. Sepatutnya saya redakan kawan saya sendiri yang mencabarnya.

Saya buat macam tu sebab tahu, tak guna sabarkan kawan saya tu. Lebih baik saya halau lelaki tu lebih mudah dari pujuk kawan saya.

Memang betulpun telahan saya. Bila abang sokok tinggi tu belah masuk. Barulah kawan saya tenang semula dan semuanya kembali reda.

Merokok di tengah hujan

Mengikut arahan tanpa pertimbangan logik. Itulah yang saya fikirkan.

Mungkin saya silap. Tapi rasanya dalam keadaan hujan lebat begitu, pertimbangkan saja terlebih dahulu samada logik atau tidak suruh peanggan hisap rokok di tengah hujan.

Kalau pelanggan merokok kat tempat makan dalam restoran tu mungkin patut di marah. Tapi mereka dah hormat dengan pergi jauh keluar di tempat yang memang tak akan ada sesiapa yang akan duduk di tengakawasan lapang terdedah pada hujan tu.

Kenapa nak datang tengking-tengking?

Itulah pendapat saya.

Anda rasa macam mana?

Kalau anda anti perokok, saya yakin anda akan kata padan muka dan menyebelahi abang songkok tinggi tu. Bagi anda yang simpati atau perokok pula, macam mana?

Mulanya kami ingat dia taukeh kedai tu. Tapi rupanya dia hanya pekerja. Itulah yang kawan kami yang kenal taukeh kedai tu beritahu.

Walau macam manapun, saya rasa itulah kali terakhir saya akan makan kat situ ...

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kena halau dari Restoran Barok Village hisap rokok di tengah hujan lebat

Previous
« Prev Post

4 comments:

  1. Rule of law bro.. sokong pak cik songkok walaupun aku perokok..

    ReplyDelete
  2. duduk tempat orang ikut law orang bro. jangan buat macam rumah sendiri. lagipun elok sudah untuk berhentikan tabiat merokok tu. tak kiralah rokok tembakau atau rokok elektronik. sayapun dulu perokok tegar dan berkali-kali sudah cuba berhenti dan gagal. sebab dah kena penyakit reti pulak berhenti tanpa banyak soal. lalu kau pun mau kena penyakit baru mau berhenti merokok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan rasa rendah diri .. setuju tuan anon!.

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !