Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, May 13, 2019

Orang muda! Sila amalkan senaman mudah dan terbaik untuk kesihatan jantung anda ini

  Mohd Shubhi       Monday, May 13, 2019

Sakit berkaitan masalah jantung merupakan pembunuh nombor satu rakyat Malaysia selama 13 tahun berturut-turut sejak dari tahun 2005 sampai 2017.

Pada tahun 2007 jumlah kematian akibat masalah jantung adalah seramai 8,776. Pada tahun 2017 pula, jumlah itu meningkat sebanyak 54% kepada 13,054 jumlah kematian. Peningkatan yang amat tinggi dalam tempoh 10 tahun.

Purata umur rakyat Malaysia yang kena masalah jantung adalah ketika umur 58 tahun. Ini merupakan tahap umur yang rendah berbanding negara-negara lain di dunia.

Purata umur rakyat Thailand kena masalah jantung adalah ketika berumur 65 tahun. Untuk negara China pula purata umur kena masalah antung adalah 63 tahun dan untuk orang barat pula dalam lingkungan 66 tahun.

Rumusannya, orang Malaysia kena serangan jantung dalam atau ketika umur yang masih muda !!!

Antara punca utama orang kita kena serangan jantung adalah disebabkan tahap kolestrol yang tinggi. Dalam satu bancian pada tahun 2015 terhadap warga yang berumur 18 tahun ke atas, seramai 47.7% didapati punyai tahap kolestrol yang tinggi daripada sepatutnya.

Jumlah rakyat Malaysia yang ada tahap kolestrol tinggi di dapati meningkat dari tahun ke tahun!

Macam mana nak kawal kolestrol?

Kena kawal apa yang anda makan. Kena juga banyak bergerak. Ubah gaya hidup pemalas kepada gaya hidup bersenam. Dalam keadaan sibuk macam manapun, perlu luangkan masa untuk bersenam. Berikut saya kongsikan cara bersenam mudah dan terbaik untuk menjaga kesihatan jantung anda.

Senaman mudah dan terbaik jaga kesihatan jantung

Selain dari jaga makan, senaman juga amat diperlukan untuk pastikan tahap kesihatan jantung anda dalam keadaan yang baik. Tak perlu senaman susah. Tak perlu senaman yang kena keluarkan duit. Cukup sekadar senaman mudah berikut di bawah sahaja untuk jadikan jantung anda sihat.

  1. Jalan laju - Ini senaman paling mudah, santai dan tak payah guna duit untuk lakukannya. Jalan kaki sekeliling taman perumahan anda setiap pagi atau petang dah mencukupi.
  2. Kayuh basikal - Ini kena keluarkan duit sikit sebab nak kena beli basikal. Tak perlu basikal hebat mahal. Basikal biasa saja dah mencukupi. Kayuh saja pada kawasan yang mendatar setiap pagi atau petang.
  3. Berenang santai - Kalau anda jenis yang suka berendam, ada pula kolam renang atau tinggal berdekatan kawasan ada kolam renang atau dekat laut atau sungai. Anda boleh jadikan ini senaman untuk jaga jantung.
  4. Berkebun - Ini khas untuk anda yang minat berbakti pada tanah. Kena ada duit juga sebab nak kena duduk di rumah yang ada kawasan bertanah. Atau boleh guna tanah awam yang diminta izin untuk diusahakan. Serampang 2 mata. Jantung sihat, hasil tanaman juga dapat.
  5. Menari - Kalau anda jenis ang suka menari, pilih senaman ini. Saya tengok ramai orang tua masuk dalam kelab dangdut di KL. Ramai yang menari gedik sambil senyuman ceria terbit dari muka mereka. Mungkin mereka pilih menari sebagai senaman jaga jantung kot?
Semua senaman tersebut kat atas perlu dilakukan dalam tempoh paling minima selama 10 minit tanpa henti. Jumlah keseluruhan senaman yang anda perlu buat dalam tempoh satu minggu adalah sebanyak 2 jam 30 minit.

Jadi, katakan anda bersenam setiap kali dalam tempoh 30 minit. Kalau anda lakukan selama 5 hari seminggu dah mencukupi.

Kalau anda jenis yang sibuk yang amat sangat. Alasan yang sentiasa menjadi pilihan ramai untuk merelakan kesihatan jantung tidak dijaga. Anda boleh kurangkan jumlah 2 jam 30 minit di atas tadi kepada separuh.

Ertinya anda hanya perlukan 1 jam 15 minit saja seminggu untuk diluangkan masa buat melakukan senaman.

Jenis senaman yang anda perlu buat adalah seperti berikut di bawah:

  1. Jogging - Laju dan terk sikit berbanding jalan kaki laju macam yang saya kongsikan di atas tadi. Tapi terpaksalah bersusah sikit sebab tak ada masa kan?. Luangkan 10 minit untuk berjogging. Biar tercunggap-cunggap, tak apa demi kesihatan.
  2. Kayuh basikal lebih dari 10 batu sejam - Kalau anda ada basikal mahal sikit, kena kayuh laju dan bukan secara santai.
  3. Berenang lengkap satu pusingan - Bukan lagi renang santai, tapi macam yang anda lihat atlet berlatih dalam kolam renang tu. Bukanlah untuk kejar kelajuan, tapi konsisten laju sikit dari renang lepak.
  4. Panjat bukit - Kalau anda jenis suka sukan lasak, ini latihan terbaik untuk anda. Cari kawasan berbukit kat sekitar tempat duduk anda tu, panjat naik ke atas. Banyak juga kawasan hutan belukar berbukit yang dijadikan kawasan aktiviti lasak sebegini di KL dan Selangor.
  5. Main bolasepak - Kalau semua kat atas tu tak berapa nak berkenan, pergi main bola sepak. Pi cari team bola kat taman dan sertai mereka untuk 10 minit atau lebih. Kejar bola sampai dapat jangan dudk lepak saja tepi padang tu.
Samada anda pilih yang pertama kat atas tadi tapi tempohnya lebih banyak. Atau anda pilih senaman yang kuat sikit tapi tempoh lebih singkat dalam seminggu. Anda perlu tambah lagi dengan senaman menguatkan otot di bawah.

Gabungan semua senaman ini akan bantu anda tingkatkan tahap kolestrol baik dan rendahan tahap kolestrol buruk.

Anda perlu tambah senaman kekuatan seperti berikut:
  1. Angkat besi - atau angkat apa saja untuk kuatkan otot tangan, bahu, dada dan belakang anda tu. Kalau ada besi palang kat taman, boleh mendagu.
  2. Ketuk ketampi - ini untuk kuatkan otot kaki anda.
  3. Pumping atau push up - Ini yang selalu orang buat dan mudah untuk dilakukan di mana-mana saja. Kat rumah atau di taman permainan.
Kat atas tu cuma contoh senaman kuatkan otot yang anda boleh cuba. Mungkin ada lagi yang lain. Yang pastinya, apa saja senaman untuk kuatkan otot kaki, tangan, dan badan semuanya boleh saja.

Lakkan dalam 8 ke 12 set sekali senaman. Cotohnya anda hanya mampu pumping dalam 5 kali saja naik dan turun. Jadi buat 5 kali dan henti sebentar ambil nafas. Lepas tu buat lagi. Begitulah seterusnya sampai 8 kali.

Buat sampai anda mengigil terketar nak habiskan.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Orang muda! Sila amalkan senaman mudah dan terbaik untuk kesihatan jantung anda ini

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !