Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, January 15, 2012

Naskah Quran Antik Tulisan Tangan - Huruf 'Ba' Ada Titik Tak?

  Mohd Shubhi       Sunday, January 15, 2012
London. Muzium British mempamerkan naskah Al-Quran yang amat unik yang ditulis dengan tangan pada masa awal umat Islam mula menyalin ayat-ayat Al-Quran di abad ke 8. Ia berkemungkinan disalin samada di Mekah atau di Madinah dan tulisannya masih dengan cara lama di mana tiada baris atau titik bagi membezakan huruf-huruf Arab.

Sesuatu yang menarik untuk kita lihat daripada ayat-ayat Al-Quran tersebut adalah samada huruf 'ba' masih belum ada tanda satu titik di bawahnya atau sudah ada, kerana huruf 'ba' yang bertitik hanya mula diberikan pada masa pemerintahan Khalifah Malik Bin Marwan.


Khalifah ke-5 daripada Bani Umaiyah itu menerima cadangan daripada Gabenor Negeri Iraq, Al-Hajjaaj bin Yusuf agar huruf 'ba' diadakan titik di bawahnya. Pada masa tersebut huruf Al-Quran berbaris telahpun diadakan bagi menandakan baris fathah, dhammah, kasrah, tanwin dan sukun. Ia diadakah terlebih dahulu pada masa pemerintahan Bani Umaiyah yang pertama iaitu Khalifah Mu'awiyah bin Sufyan atas cadangan yang diberikan oleh Gabenor Negeri Bashrah, iaitu Zayyad.

Kenapa fakta tentang huruf 'ba' yang tidak bertitik itu penting adalah kerana ada fahaman atau ajaran 'peringkat tinggi' dalam mentafsirkan Al-Quran yang menghuraikan nama surah Al-Fatihah sebagai Ummul Kitab begini:

  • Kenapa ia surah Al-Fatihah dinamakan Ummul Kitab adalah kerana keseluruhan Al-Quran yang mengandungi 114 surah dan 6,236 ayat itu tersimpul di dalam surah Al-Fatihah.
  • Dilanjutkan lagi penafsiran itu bahawa semua kandungan daripada surah Al-Fatihah pula tersimpul di dalam ayat Bismillahir-Rahmanir-Rahim.
  • Dilanjutkan lagi menafsirannya bahawa segala isi terkandung daripada ayat Bismillahir-Rahmanir-Rahim itu tersimpul di dalam huruf 'Ba' pada permulaan Bismillah.
  • Dilanjutkan pula lagi bahawa semua huruf ba itu pulak tersimpul di dalam titik yang berada di bawah huruf 'Ba' itu !!!
Lihatlah bagaimana pada akhir-akhir penafsiran yang mengatakan bahawa 'Ba' tersimpul di dalam titik di bawahnya yang semuanya membawa kepada maksud akhir bahawa keseluruhan isi Al-Quran tersimpul di dalam 'titik' huruf 'Ba' !!!.

Ini bukanlah sesuatu yang asing bagi segolongan umat Islam dan saya rasa tentu ada di kalangan para pembaca yang pernah mendengar tafsiran sebegini.

Persolannya jika kita rujuk semula sejarah penulisan ayat-ayat Al-Quran yang saya nyatakan di atas kita dapat lihat bila bermulanya titik diberikan dalam huruf 'Ba'. Jadi dari manakah penafsiran sebegini di keluarkan. Adakah daripada Rasulullah? sudah tentu tidak kerana pada zaman Rasulullah sehingga ke zaman 4 sahabat huruf 'Ba' masih tak ada titik!

Apakah semuanya hanyalah satu khayalan menambahan yang melampau-lampau? sama-samalah kita fikirkannya.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Naskah Quran Antik Tulisan Tangan - Huruf 'Ba' Ada Titik Tak?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !