Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, September 9, 2009

30 Franchisee Akan Lingkup - Bernama

  Mohd Shubhi       Wednesday, September 9, 2009
Seramai 30 orang peniaga francais atau franchisee dikhuatiri akan gulung tikar kerana terperangkap dengan ketamakan franchisor yang mendapatkan biayaan untuk mengembangkan perniagaan mereka semata-mata untuk mengaut keuntungan.

Sejak kerajaan mempromosi dan menggalakkan perniagaan franchais dulu banyak peniaga yang matlamatnya untuk membuat duit semata-mata melihat ini sebagai satu peluang untuk mereka mengaut keuntungan dengan menggunakan para franchisee.

Pernigaan franchais ini di biayai oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dengan para pemohon di kenakan beberapa syarat tertentu sebelum mereka diiktiraf sebagai perniagaan franchais dan layak mendapat bantuan atau sokongan PNS.

Antara syarat yang saya pernah lihat dulu ialah perniagaan tersebut mestilah sekurang-kurangnya berumur 3 tahun. Satu jangkamasa yang amat pendek untuk membuktikan bahawa perniagaan mereka berdaya saing dan berpotensi.

Tempoh jangkamasa selama 3 tahun adalah terlalu singkat untuk membina sistem perniagaan yang terbukti berkesan.

Melalui pengalaman saya dan juga melalui pemerhatian saya, sesebuah perniagaan itu memerlukan sekurang-kurangnya 5 ke tujuh tahun untuk membina satu sistem yang lancar dan berkesan, itupun jika usahawan tersebut amat hebat dan pernah melalui pelbagai kegagalan demi kegagalan dan mempelajari dari kegagalan tersebut.

Saya melihat sendiri ramai rakan-rakan yang terngiurkan peluang syarikat milik mereka dapat diiktiraf sebagai franchisor dan seterusnya dapat menawarkan peluang (kononnya) kepada bakal franchisee.

Saya amat faham tujuan sebenar mereka adalah semata-semata mahu mencari jalan pintas samada menjadi kaya cepat atau menjadi glamour.

Berbagai skim seumpama franchais seperti projek bela cacing, bela lintah, buat burger dan lain-lain lagi mengunakan cara yang sama untuk menjadi cepat kaya dengan menggunakan galakan pembiayaan kerajaan melalui MARA.

Akibatnya ramai usahawan franchisee yang jujur tersandar kerana pada akhirnya yang membuat untug besar adalah para franchisor sahaja dan mereka akhirnya berhutang kepada franchisor atau kepada MARA.

Itulah akibat jika kita terlalu ghairah mahu buat duit dan bukan membina perniagaan sebagai memenuhi tuntutan fardu kifayah.

Moga semua usahawan dan bakal usahawan kita bermuhasabah diri terhadap apakah matlamat sebenar mereka berniaga.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 30 Franchisee Akan Lingkup - Bernama

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !