Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, December 8, 2009

Adakah anda Sentiasa Kesunyian atau Keseorangan? Anda Berisiko Kena Barah.

  Mohd Shubhi       Tuesday, December 8, 2009

Tikus yang dibiarkan keseekoran (kesorangan) didapati mendapat pertumbuhan barah yang tinggi dan barah yang terbina adalah barah yang merbahaya dan berisiko tinggi berbanding tikus yang dibiarkan berkumpulan. Demikian kajian yang dijalankan di Yale University.

Para pakar menyatakan yang ia juga mempunyai kesan yang sama terhadap manusia. Ia menguatkan lagi penemuan sebelum ini yang mendapati aktiviti pergaulan yang sihat dalam masyarakat dapat membendung penyakit barah, terutamanya barah payu dara.

Sebenarnya banyak penemuan yang membuktikan bahawa sokongan dari masyarakat yang mesra dan aktiviti pergaulan dapat memberikan banyak kesan yang sihat dan positif.

Oleh itu kepada mereka yang suka menjadi kera sumbang, paksa diri anda bercampur dengan masyarakat sekeliling terutamanya 40 jiran yang ada di sekeliling rumah anda. Rasul tercinta kita dah lama pesan kepada umatnya, cuma kita semakin hari semakin hidup nafsu nafsi....sibuklah kononnya !
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Adakah anda Sentiasa Kesunyian atau Keseorangan? Anda Berisiko Kena Barah.

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !