Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, July 19, 2011

Hormati Bulan Ramadan Isu Remeh - Ketua Pengarah IKIM

  Mohd Shubhi       Tuesday, July 19, 2011
Datuk Nik Mustapha bin Nik
Hassan, Ketua Pengarah
IKIM
Institut Kefahaman Islam Malaysia, begitulah nama organisasi yang memberikan tumpuan ke arah kefahaman Islam yang sebenar demi menjaga kesucian agama Islam tanpa menyentuh perkara-perkara yang retorik atau menyimpang dari jalan yang sebenar. Baca kat sini matlamat penubuhannya.

Kalau dilihat dari matlamat mereka di atas, sudah tentu amat mengejutkan apabila ketua pengarahnya meletakkan usaha kerajaan negeri Kedah yang mahu memuliakan bulan ramada sebagai kerja yang remeh dan tidak membantu memperkasakan umat Islam.

Bagi ketua pengarah IKIM membina kekuatan ekonomi adalah jauh lebih besar dan utama daripada memuliakan bulan ramadan.

Apa yang kita faham adalah usaha memuliakan bulan ramada dengan memperbanyakkan ibadat dan menjauhi hiburan adalah sebagai penyediaan jiwa agar lebih kuat mengharungi cabaran kehidupan. Apa guna negara kaya raya rakyatnya hidup mewah, teknologinya canggih sehingga dapat mengalahkan Amerika jika setiap individu dalam negara tersebut rosak akhlaknya.


Wang emas 3 gunung akan habis sekelip mata disalurklan pada kemaksiatan jika ia dimiliki oleh jiwa yang rosak yang fikirannya tertumpu pada kelazatan berhibur.

Negara kaya raya penuh dengan minyak akan banyak dibazirkan pada kroni-kroni dan tidak dapat dimanafaatkan sepenuhnya oleh rakyat jelata jika para pegawainya ligat berasuah dan tidak punyai jiwa keimanan yang kental.

Memang betul ekonomi itu penting, tapi ia hanya berguna dan bermanafaat jika jatuh ke tangan mereka yang ikhlas, kuat jiwanya dan takutkan Allah.

Fahaman bahawa semua usaha mengurangkan budaya hedonisme atau hiburan melampau adalah remeh temeh adalah fahaman yang amat sesat lagi menyesatkan.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Hormati Bulan Ramadan Isu Remeh - Ketua Pengarah IKIM

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. kepala otak ah mula senget...nampaknya semakin lama umno memerintah semakin ramai dah jadi 3 suku

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !