Saturday, February 22, 2014

Jom naik Bukit Bendera

Dah lama sangat tak naik Bukit Bendera. Terlalu lama sampai terlupa macam mana nak pergi ke Bukit Bendera tu sebaik saja keluar dari Feri. Turun saja  feri dengan kereta, saya terus ke depan dan berhenti di lampu isyarat. Tak pasti samada nak ke kanan atau ke kiri.

Akhirnya terus belok ke kiri dan mula membaca semua papan arah dengan laju. Tak ada satupun papan tanda yang menunjukkan arah ke bukit bendera. Jadi kalau seorang pelancong yang hanya tahu nama Bukit bendera dan turun dari Feri nak ke sana sudah tentu termanggu-manggu.

Tapi tak apa, sebab semua orang dah ada GPS. Ada ramai yang pakai smart phone yang sediakan semua kemudahan GPS. Kebetulan saya masih lagi pakai Nokia lama yang hanya boleh buat call out dan terima call in saja. Tak ada GPS kat dalam phone ketinggalan zaman itu. Jadi terpaksalah mengharapkan signboard.

Nak ke Bukit Bendera kena ikut Ayer Itam

Selepas dah berpusing-pusing dalam Pulau Pinang tu tak tentu arah akhirnya dapat maklumat dari kawan kena ikut arah ke Ayer Itam kalau nak pergi panjat Bukit Bendera. Dah tahu arah tersebut barulah nampak signboard menuju ke Ayer Itam dan akhirnya bila sampai ke sana barulah terpampang signboard menuju ke Bukit Bendera.

Rupa-rupanya senang sangat jika dah sampai ke Ayer Itam tu, terus laju saja menuju ke Bukit Bendera sampai ke kawasan stesen kereta api atau trem untuk naik ke atas bukit. Ada bulatan kecil kat depan stesen trem tersebut dan ada beberapa orang pegawai pasukan Rela sedang bertugas meredakan lalu lintas.

Saya sempat bertanya pada salah seorang RELA kat mana nak parking kereta. Dia kata pergi kat bawah tu dan tengok sign board parking Penang Hill. Masuk ke dalamnya adalah percuma. Jadi tak payah nak ambil tempat parking yang kena bayar, buang duit saja. Kawasan etak kereta percuma tersebut cukup luas. Kebetula hari yang saya pergi orang tak berapa ramai jadi tak perlu berebut cara kawasan.

Naik trem ke atas Bukit Bendera

Selepas letakkan kereta terpaksa berjalan kaki sedikit untuk pergi ke kaunter pembelian tiket. Tapi jangan risau kerana jaraknya taklah berapa jauh sangat. Berpeluh ketiak sedikit saja berjalan sambil lalu depan kedai Jeruk Pak Ali. Rupa-rupanya Jeruk Pak Ali ada juga kat kaki Bukit Bendera tu.

Untuk beli tiket naik tren, jangan lupa bawa kad pengenalan. Tunjukkan kad pengenalan anda dan kad pengenalan orang dewasa lain yang nak naik sekali. Kalau ada kad pengenalan, harganya lebih murah berbanding warga negara luar. Jadi jika anda Bangla, tak dapatlah naik dengan harga murah. Melainkan Bangla yang dah dapat kad pengenalan Malaysia, beruntunglah mereka.

Jika anda bukan warganegara Malaysia, tiket dewasa harganya RM30, kanak-kanak harganya RM15, dan jika berjaya tunjukkan MyKad, anda cuma perlu bayar RM8 sahaja untuk dewasa dan RM4 sahaja untuk kanak-kanak. Jadi jangan lupa bawa Mykad.

Masa saya beli tiket, kebetulan tak bawa mykad anak-anak. Jarang nak bawa MyKad anak-anak dan tak pernah bawapun. Jadi saya berterus terang bahawa tak bawa MyKad mereka. Penjual tiket rupanya seorang yang waras, dia kata tak apa, MyKad ayahpun dah cukup. Jadi saya jimat banyak juga kos untuk beli tiket dengan kumpulan seramai 2 buah kereta tersebut.


Beratur naik Trem ke atas Bukit Bendera

Selepas beli tiket boleh beratur tunggu trem datang. Jika tak ramai orang, boleh sekali tunggu saja dah terus boleh naik ke atas sebab Trem tak penuh. Kalau orang ramai, alamat kena tunggu dua atau tiga trip sebelum dapat lompat ke atas trem.

Trem dah tak macam dulu. Sekarang cukup lancar dan agak laju. Tak ada lagi bunyi yang merisaukan ketika naik trem yang lama dahulu. Cuma kecerunannya jika dilhat ke luar agak merisaukan. Jangan bayangkan perkara-perkara pelik kalau anda nak rasa lega naik trem tersebut.

Kebanyakan yang naik saya lihat adalah warganegara Malaysia. Mereka nampaknya bersopan dan sentiasa memberikan peluang untuk duduk pada kanak-kanak dan orang yang lemah. Saya rasa lebih baik berdiri daripada duduk jika nak lihat panorama Bukit Bendera. Mungkin sebab itu ramai yang sanggup berdiri jika tubuh badan masih kuat.


Apa ada kat Bukit Bendera

Kalau tanaya saya, sebanarnya tak ada apa-apa yang menarik sangat kat atas tu. Kita boleh rumuskan ada Masjid yang dah cantik dan baru, ada juga sebuah Kuil Besar kat bawah Masjid bersebelahan dengan taman permainan. Saya pergi jalan sekeliling Kuil dan menjenguk apa yang mereka lakukan. Ada satu keluarga sedang diasapkan oleh saminya yang masih muda kat dalam tu.

Kebetulan saya dah beli beberapa bungkus nasi kandar kat bawah tadi, jadi kami boleh duduk akan beramai-ramai kat taman permainan kanak-kanak tu. Nak basuh tangan, pergi basuh saja kat paip air di kuil yang berdekatan tersebut. Nak basuh kat Masjid kena naik atas sedikit.


Ada restoran kat atas bukit bendera tersebut. Tapi saya lihat restoran kelas pertengahan yang ala-ala hotel. Entah halal atau tidak saya tak pasti. Tapi pasti mahal, lebih baik bawa saja bekal yang dibeli dari bawah untuk mengisi perut kat atas tu.


Saya sempat rakam pemandangan dari atas Bukit Bendera yang sungguh cantik. Tapi disebabkan waktu naik adalah waktu masih panas, maka gambarnya memang tak menarik sangat. Mungkin lebih menarik jika dirakamkan pada waktu pagi ketika matahari naik atau waktu petang kala matahari jatuh.


Ada teropong jauh yang disediakan untuk orang ramai yang nak teropong. Kena bayar RM1 untuk beberapa minit. Hanya sesuai untuk kanak-kanak sahaja kerana tak ada apa-apa yang menarik untuk orang tua macam saya.

Kat atas tu juga ada beberapa orang artis yang ambil upah melukis kat atas tu. Bagus juga saya tengok lukisan mereka. Ramai juga yang mengupah para pelukis tersebut. Saya lihat saja hasil lukisan mereka.


Selepas berpusing-pusing sedikit sebanyak, rasanya dah habis melawat kesemua kawasan bukit bendera itu. Memang terlalu kecil dan tak berbaloi untuk pergi duduk lama-lama. Habis tengok semua yang ada tanpa mengeluarkan apa-apa lagi bayaran untuk masuk beberapa kawasan khas untuk lawatan, kami terus turun semula ke bawah.

Apa yang best naik Bukit Bendera

Kalau tanya saya apa yang seronok sangat nak naik ke Bukit Bendera tu, tak ada benda lain yang akan saya jawab adalah seronok naik dan turun bukit bendera dengan menggunakan trem. Itu saja yang seronoknya. Bila dah ada kat atas tu tak ada apa yang menarik.

Jadi jika anda nak ke sana nanti, jangan pergi panjat jalan kaki ke atas tu agak memenatkan. Eloklah naik trem, seronoklah juga. Dan jangan lupa baca bekal nasi kandar bungkis untuk berkelah kat sana.


Previous Post
Next Post

3 comments:

  1. ye,betul tu..takde ape kat atas..seronok naik train n seronok tengok permandangan dari atas bukit..plus,cuaca lebih sejuk :)

    ReplyDelete

  2. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete