Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, October 17, 2016

Jumpa Haji Man Gua betulkan alignment tulang

  Mohd Shubhi       Monday, October 17, 2016
Kita dah biasa sangat pergi buat alignment kereta. Biasanya bila kenderaan senget bila sedang memandu di jalan raya lurus, itu tandanya kereta perlukan alignment.

Memang tak selesa kalau ketika memandu asyik kena gengam kuat steering supaya tidak condong ke satu arah, samada ke kanan atau ke kiri. Bukan itu saja kesannya, tayar kereta juga akan makan sebelah kalau kereta dibiarkan macam itu lama.

Tapi mungkin ramai yang tak pernah dengar manusia perlu buat alignment pada kedudukan tulang mereka. Kalau tak buat alignment tulang dan sendi, badan akan senget tak selesa macam kereta juga. Ada kalanya rasa sengal akan berlaku pada mana-mana urat di anggota badan. Itu disebabkan urat tersepit pada tulang yang tak selari dan tidak duduk pada kedudukannya yang betul.

Kalau dibiarkan keadaan kedudukan tulang yang tidak betul, lama kelamaan kesihatan tubuh badan juga boleh terjejas. Urat yang tersepit di sana dan sini di seluruh anggota badan membuatkan perjalanan darah dalam badan tidak lancar. Itu amat merbahaya. Urat tak lancar boleh berikan kesan tidak baik terutamanya pada lelaki. Jika darah tak lancar, akan timbul masalah ketegangan anu yang tidak maksimum. Orang lelaki tak suka dengar masalah ini.

Singgah ke rumah Haji Man Gua

Semua yang saya ceritakan di atas adalah idea yang saya dapat dari Haji Man Gua. Dia merupakan seorang tukang urut atau lebih tepat lagi tukang betulkan kedudukan tulang dan sendi pada seluruh anggota badan.

Tak tahu samada ada sokongan perubatan daripada idea yang diutarakan oleh Haji Man Gua itu wujud atau tidak, tapi semua yang diperkatakannya itu kedengaran amat logik dan boleh diterima. Jika kenderaan akan lari alignment setelah terlalu lama dan banyak digunakan, tubuh badan kita juga begitu. Itu kata Haji Man Gua lagi.

Banyangkan kita hentam pakai kesemua tulang belulang kita saban waktu tak henti-henti. Siang main bola, main badminton, main futsal, pergi Gym dan malam bersenam dan berdayung atas katil. Itu semua aktiviti yang banyak pakai tulang dan sendi. Jika nak terseliuh lari serba sedikit, tentu boleh berlaku dengan mudah. Sekali lagi ada logiknya apa yang diperkatakan oleh Haji Man Gua.

Sebab itu lah baru-baru ini saya ambil kesempatan ketika balik dari Kuantan Pahang untuk singgah di rumah Haji Man Gua. Memang dah lama ada niat untuk pergi jumpa Haji Man Gua buat alignment tulang, sejak lengan dan sendi tangan kanan rasa sengal bila buat pergerakan kuat.

Tubuh dah dimamah usia

Rasa tak selesa bila mendagu kat taman permainan. Entah apa yang tak kena tak dapat dipastikan. Bila duduk bersembang dengan kawan-kawan yang lebih berusia, kadang-kadang terlajak urut dan picit bahagian sendi bahu yang mula rasa tak selesa bila bersembang lama.

" Haaa.. !, dah nampak tanda tu... ! " usik kawan-kawan.

" Tanda apa ? ", saya tanya untuk dapatkan kepastian.

" Tanda dah tua... ! ", jawab Mee Pak Lah sambil tersenyum.

Kawan lain turut sama tersenyum. Mereka lebih tua dari saya dalam 5 ke 7 tahun. Mungkin pengalaman mereka yang dah lalui peringkat umur lewat 40-an macam saya sedang berbicara. Mereka juga dah lalui kesan penggunaan anggota badan yang sudah terlalu lama itu. Lenguh sana dan lenguh sini akan bertambah ketika tubuh badan dimamah usia.

Turun Karak ke Durian Tipus

Saya dan seorang lagi kawan bertolak dari Kuantan dalam lingkungan pukul 11.30 pagi. Nasib baik hari panas elok hari khamis baru-baru ini, boleh tekan sampai had limit berserta bonus atas Lebuhraya. Kalau sampai awal kat kawasan Karak, saya nak singgah masuk ke Durian Tipus dari Pekan Karak.

Kebetulan kawan juga adalah sedikit masalah sengal pinggang. Dia setuju saja untuk ikut saya singgah bertemu Haji Man Gua di Rumahnya dengan Kampung Jerang. Oleh sebab hari khamis saya biasa puasa sunat, maka tak perlu singgah makan dan dapat jimatkan masa. Kawan saya yang tak puasa hari itu, curi-curi makan dengan pantas dengan menambil buah-buahan saya. Pagi sebelum bertolak tadi dia dah belasah sarapan, tambahan buah ketika singgah solat zohor di RnR dan mencukupi untuknya.

Sampai di Karak, jam masih awal lagi. Saya terus turun ke Pekan Karak untuk masuk ke simpang menuju ke Kuala Pilah. Untuk pergi ke rumah Haji Man Gua itulah jalannya yang paling mudah terutamanya untuk mereka yang belum pernah ke sana. Nama tempat Durian Tipus juga memang orang tak berapa kenal, kalau bukan orang yang berasal dari Jelebu.

Masuk Ke Kampung Jerang

Walaupun jalan raya berkeadaan seperti ular kena palu, kenderaan yang tak berapa ada membolehkan kami pecut agak pantas menuju ke Durian Tipus. Perlu sampai awal sikit sebab takut-takut kalau ada ramai orang dan Haji Man Gua dah tak mahu urut kami lagi.

Saya tak berapa pasti samada orang ramai berkunjung ke rumahnya hari itu atau tidak. Tapi biasanya hari biasa, orang tak ramai, hanya hari cuti sabtu ahad saja yang beratur ramai menunggu giliran masing-masing.

Jalannya mudah saja kalau dah masuk simpang sebelah kanan dari jalan Pekan Karak tu. Terus sahaja sehinggalah masuk sempadan Pahang dan Negeri Sembilan, kemudian perhatikan papan tanda Durian Tipus di tepi jalan. Pergi ke depan lagi dan tengok pula papan tanda simpang masuk ke Kampung Mentuas dan Kampung Jerang.

Bila dah masuk ke simpang itu terus saja. Mula-mula akan bertemu Kampung Mentuas. Kat situ ada satu bengkel buat senjata yang agak terkenal. Tapi agak masuk ke dalam dari jalan kampung utama. Tak payah singgah lagi kalau nak ke rumah Haji Man Gua. Terus ke hadapan sampai masuk Kampung Jerang pula.

Bila dah masuk ke dalam Kampung Jerang, tengok satu simpang betul-betul tepi Masjid Kampung Jerang tersebut. Ambil simpang kiri itu dan terus ke depan sampai jumpa rumah Haji Man Gua. Tanda rumahnya adalah sepasang tanduk kerbau yang besar tergantung kemas pada dinding rumah setingkatnya. Kalau tak pasti, cara mudah adalah tanya orang kampung, selesai masalah.

Buat alignment tulang dengan Haji Man Gua

Kami sampai dalam lingkungan pukul 3 lebih. Rumah nampak sunyi macam tidak ada orang yang berkunjung untuk dapatkan rawatan. Saya pergi ke pintu rumah depan dan berikan salam. Tak ada orang jawab. Memang sah tak ada orang hari khamis tu. Tapi kedengaran sayup-sayup bunyi radio kat dapur.

Mungkin ada orang kat dapur, lalu saya ke sana dan berikan salam dengan kuat. " Waalikomsalam ! " kedengaran jawapan dari dapur. Suara keluar dari mulut seorang wanita. Mungkin isteri Haji Man Gua, detik hati saya. Tiba-tiba Haji Man Gua terpancul pada tingkap dapur.

" Lu mau cari siapa ? ", tanya Haji Man Gua.

Dia memang menggunakan ganti nama Lu dan Gua. Sebab itu terus lekat namanya Haji Man Gua.

" Nak cari Haji Man ! " jawab saya pantas.

Mungkin sebab dah lama sangat tak ziarah, dia dah lupa muka dan nama saya. Tak kisah samada dia kenal atau tidak, asalkan dia ada dan boleh betulkan sikit tulang lengan dan keseluruhan tulang badan saya hari itu dah cukup baik.

" Haa !, lu cari Gua !, masuk dari depan sana... ", jawab Haji Man Gua lalu bangun. Dia kelihatan tidak berbaju. Mungkin sedang berehat dengan isterinya kat dapur tu.

Saya dan kawan terus ke pintu hadapan dan masuk ke dalam rumahnya. Terus saja ke bilik khas di mana Haji Man Gua biasanya merawat pesakit yang berkunjung. Bila dah berbual dan bertanyakan khabar, dia mula ingat semula muka saya, terutamanya bila saya sebut kawan baiknya semasa muda dulu kat kampung yang juga kawan saya.

" Lu apa masalah sekarang, ma buat apa ? " tanya Haji Man gua ketika saya nak duduk atas tilam rawatannya. Saya beritahu sakit bahu sebelah kanan, sengal urat bila angkat barang.

Dia suruh duduk depan dan mula pegang lengan dan bahu saya. Dipusing-pusing, pulas, tarik dan begitulah seterusnya sehingga habis keseluruhan badan saya dikerjakannya. Lega bukan kepalang dan rasa ringan badan bila semuanya dah selesai.

Kawan saya yang baru pertama kali mencuba pula dan dia yang sebelum ini tak pernah mudah untuk rapatkan jari tangan pada ibu jari kaki ketika duduk itu terkejut dan kagum sebab hari itu dengan mudah dan bersahaja, dia boleh lakukannya setelah di kerjakan seluruh tulang badannya oleh Haji Man Gua.

Selesai semua urusan, saya dan kawan minta berundur diri sambil bersalam ada isi..... kami baik semula ke KL ikut jalan Titi dan keluar di Ampang.

Begitulah kisah Haji Man Gua, pakar buat alignment tulang... berminat ke ?

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Jumpa Haji Man Gua betulkan alignment tulang

Previous
« Prev Post

18 comments:

  1. Salam, boleh tau hari rawatan hari apa? Dulu pernah pergi tapi kene tunggu lama sebab ramai yang datang lebih awal...sekarang macam mana yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti hari apa dia cuti. Tapi kalau pergi hari sabtu dan ahad, biasanya memang ramai. Nak cepat tak ada orang pergi week days, isnin, selasa rabu...

      Delete
  2. Ada no contact Hj Man Gua tak? Saya injured lutut waktu main bola.Sekarang lutut tak boleh lipat habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan Unknown sudi kongsikan nombor telefon Hj Man !

      Delete
  3. alhamdulillah...hebat hamba allah ni.. saya dr sakit lutut dan tulang belakang hinggakan berjalan mengesot2 angkat kaki pun xlepas.. pas jumpa hj lugua.. terasa kaki dan badan ringan melayang.. da boleh berlari dan melompat.. hebat hj lugua..
    senang je cari rumah hj lugua ni.. depan rumahnya ada tanduk kerbau.. dtgla awal.. klu x silap2 tunggu berjam2 ikut turn.. saa doakan hj lugua dimurahkan rezki amiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Rose Merra sudi kongsikan pengalaman kat sini !

      Delete
  4. Haji man yg saya kenal tak suke becakap sombong. Agak kasar orangnya mula2 tp lepas dia tengok orang tu ok dia akan layan dengan baik

    Ada pernah sekali pesakit tercirit dalam bilik dia. Habis tilam wheelchair. Kami berdua penat bersihkan rumah malam tu tapi haji man tak bersungut sikit pun.

    Ada juga yg banyak komplen & anak bini dia habis haji man kena repair, last2 bagi aji man 20 riggit je. tapi haji man tetap senyum dekat saya sambil buat lawak2 macam biasa.

    Sepanjang saya berguru dgn aji man, sekupang pun dia tak mintak. Saya selalu makan tidur rumah dia dulu, bila saya bagi duit dia tak nak.

    Saya tengok aji man terperuk dalam bilik, hari2 kerja takde cuti. Tapi orang di luar fitnah macam2, dato k bagi kereta lah, orang bagi tanahlah. Aji man maintain senyum mcm biasa.


    Saya banyak hutang budi dgn aji man, tuhan saja yg tahu. Ilmu & kemahiran dia saya akan kembang & wariskan, supaya ada jariah kami sama2 dalam kubur nanti insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro boleh la urut sy..test ilmu..lutut sy sakit

      Delete
    2. Tuan, saya call haji man tak dapat la. Boleh bantu tak utk bagi no.hp dia. Mesej saya 0122581942 urgent sbb kaki dua2 patah (zaki)

      Delete
    3. Boss. Boleh minta alamat haji man..? Saya teringin urut kaki yang susah mahu membuat kerja. Jika ada alamt tolong wassup saya 01120856764

      Delete
  5. Beruntung tuan dapat belajar dari Hj Man. Moga dimanfaatkan untuk orang ramai. Terima kasih sudi komen kat sini

    ReplyDelete
  6. Terima kasih yg share, saya dah lama sakit pinggang, dah berurut kat banyak tempat tapi masih tak ada perubahan. Saya nak cuba dgn Hj Lu Gua...

    ReplyDelete
  7. isteri saya sakit lutut..bol;ih tak haji man urut orang perempuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada ramai perempuan yg pergi betulkan alignment pun. Dia tak urut, dia hanya betulkan kedudukan sendi sendi lancarkan darah

      Delete
    2. En mat, agaknya Hari apa org tidak berapa ramai, haji man Mula jam berapa

      Delete
    3. Hari week days biasanya tak ramai orang. Pagi pukul 8 ke 9 dah ada

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !