Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, December 11, 2017

Bagaimana nak masuk dan makan di restoran walaupun anda lansung tak ada duit

  Mohd Shubhi       Monday, December 11, 2017


Pernah alami keadaan di mana anda lapar, nak masuk makan di restoran, tapi malangnya dalam poket lansung tak ada duit?

Biasanya dalam keadaan sebegitu, apa yang anda akan buat?

Bagi orang yang normal, dia akan lupakan saja hasrat untuk masuk ke dalam restoran tu dan makan. Terpaksa tahan saja rasa lapar itu sehingga jumpa cara lain untuk lepaskan rasa lapar tersebut. Untuk masuk, belasah makan dan kemudian keluar senyap-senyap ikut pintu belakang, tentu bukan amalan orang yang percaya dosa dan pahala.

Tapi bagi orang yang memang jenis ada niat jahat. Dia boleh saja masuk makan dan buat kering tak bayar. Kalau pengurusan restoran itu jenis lembab, orang ramai dan tak terpantau urusan pembayaran, maka akan terlepas dari buat pembayaran denga mudah.

Saya memag ada kenal orang yang macam itu. Bukan mereka dari kalangan orang susah yang tak ada duit. Malah duit banyak dengan kerja yang stabil dan hebat. Tapi memang jenis yang suka makan benda haram agaknya, tanpa ada rasa bersalah dan berdosa.

Saya bukan macam itu. Tak akan saya masuk makan dan cabut lari tak bayar. Tak mau darah daging yang terbentuk dalam diri ada benda tak jujur di dalamnya. Kalau saya masuk makan, mesti perlu bayar. Kalau tak ada duit, laparpun tak akan saya masuk dan makan.

Tapi baru-baru ini, saya telah masuk dan makan di sebuah restoran tanpa ada satu senpun dalam poket. Macam saya buat?

Baca ceritanya kat bawah ini.

Jumpa Restoran Pelita di Cyberjaya

Ahad lalu saya pergi area Putrajaya dan Cyberjaya sana. Ada urusan aktiviti sukarela yang perlu dibuat kat sebuah sekolah di sana. Saya keluar awal dalam pukul 12 walaupun kerja hanya bermula dalam pukul 2. Mereka kata ada perjumpaan terlebih dahulu dan makanan tengahari disediakan.

Sebaik saja sampai disekolah yang ditetapkan, masuk ke dalam dan nampaknya tak ada sebarang maklumat untuk saya cari kat mana makan tengahari disediakan. Cuba berhubung dengan kawan yang uruskan projek itu pulak tak ada respon. Mungkin dia tengah sibuk tak cukp tangan.

Saya tunggu sebentar dan dah nak masuk waktu zohor. Kalau saya tunggu atau masuk jalan kaki cari lokasi, tentu jadi panjang cerita pulak. Akhirnya saya keluar semula untuk selesaikan solat zohor kat mana-mana masjid berhampiran. Selesai semua itu saya masuk semula ke Cyberjaya dan ternampak jelas perkataan PELITA.

Wah! ada restoran Pelita kat Cyberjaya. Tak permah pulak tahu restoran itu ada buka cawangannya kat sana. Selalu ke Cyberjaya, tapi tak terserempakpun. Perut mula terasa lapar dan teringat kari ikan bawal yang saya suka makan kat restoran Pelita Subang Jaya dan Shah Alam.

Ambil nasi gulai ikan bawal

Apa lagi. Saya terus meluru ke deretan kedai kat situ, cari parkir dan terus letakkan kereta tak jauh dari restoran Pelita itu. Keluar dari kereta, masuk restoran dan terus ke tempat makanannya. Ada dua orang di depan saya.

Seorang agak besar tubuh badannya. Berkulit sawo matang dan berambut pendek. Dia hanya pakai tshirt dan track jogging saja. Tengok dia minta lauk dan minta kuah campur dari pencedok lauk Pelita itu. Tentu dah biasa sangat makan kat kedai mamak ni, pikir hati saya.

Giliran seorang lagi pulak. Orangnya kecil kurus. Rasanya masih remaja lagi. Tapi dia minta tambah nasi supaya lebih banyak. Wah! makan banyak juga budak ni kata saya dalam hati. Mungkin sedang meningkat nak membesar kot. Tak apalah.

Tiba pula giliran saya. Terus saya minta ikan bawal, kuah campur dan letakkan sayur. Ambil nasi yang dah penuh terisi itu, capai kerta harga makanan dari mamak itu dan saya pergi cari tempat duduk. Orang ramai dan tempat agak penuh. Tak ada tempat terasing. Saya perlu tumpang meja orang.

Lansung tak ada duit dalam poket

Sebaik saja duduk, datang pelayan tanya nak minum apa. Saya hanya minta air suam saja. Saya akhirnya mula menyumbat nasi masuk ke mulut sesuap demi sesuap. Ahhh! lazatnya!. Saya kunyah perlahan-lahan menikmati makanan itu.

Tiba-tiba teringat yang beg duit saya ada kat rumah. Saya tak ambil ketika keluar dari rumah dan masuk kereta tadi. Tak sedar semua itu sebab dalam kereta ada kad Touch N Go. Tak perlu duit untuk naik lebuh raya.

Nak keluarkan duit juga tak boleh sebab semua kad ada dalam beg duit kat rumah itu. Apapun saya tak boleh buat sekarang. Memang sah saya lansung tak duit untuk buat pembayaran nanti. Terus tak lalu nak makan.

Saya tenangkan diri untuk berfikir. Nak telefon siapa. Kawan mana yang ada berhampiran kawasan Cyberjaya ini. Tak jumpa sebab hari ahad semua orang cuti. Takkan nak call kawan kat KL atau kat Subang minta mereka datang selamatkan saya.

Mata perpandang budak besar yang ada depan saya ketika beratur nak ambil makanan tadi. Dia kebetulan duduk depan sebelah sana. Makan seorang diri. Saya mula fikirkan untuk minta tolong padanya. Saya risau juga tengok dia hanya minum air kosong. Dia ada duit tak agaknya.

Saya lihat dia bangun untuk basih tangan. Dia lalu berhampiran meja saya. Saya biarkan saja dia lalu. Biarlah dia basuh tangan dulu. Saya masih tak mampu nak supakan makanan lagi sebab masih tak jumpa jalan macam mana nak bayar.

Dapat RM10 untuk bayar makan

Tak lama kemudian, budak itu keluar dari basuh tangan dan lalu di tepi meja. Saya lalu panggil, "dik!, kejap!", perlahan saja saya tujukan ke arahnya. Terasa macam aktiviti peminta sedekah yang selalu datang minta dikasihani pulak. Tapi lantaklah, saya perlu bayar makanan ni.

Lalu dia berhenti disebelah meja saya. Dia tunduk menghampiri muka saya sebab saya cakap macam bisik-bisik. Dia tak berapa boleh dengar. Memang saya sengaja berbisik takut orang lain dengar. Lalu saya ceritakan bahawa saya dah makan separuh nasi dalam pinggan ini, baru tersebar yang tak ada lansung duit satu senpun dalam poket saya.

Lalu dia tanya berapa, saya belek pada kertas harga itu, RM7.80, lalu kata padanya tak sampai RM10 ringgit. Dia lalu keluarkan beng duitnya, ambil RM10 dan selitkan atas meja saya. Tak tahu nak kata apa, saya tak henti ucapkan terima kasih padanya dan berjanji akan bayar balik. Saya minta nombor telefon dan namanya. Dia berikan dan kemudian berlalu.

Saya tersenyum semula. Baru ada selera nak sambung makan sebab tengok dah ada RM10 kat atas meja tu terkepil di celah kertas harga dari Pelita. Rupanya memang tak susahpun untuk makan kat restoran walaupun anda lansung tak ada duit dalam poket.

Minta saja pada orang yang anda rasa ok. Insyaallah, mesti akan ada yang sudi membayarnya!

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bagaimana nak masuk dan makan di restoran walaupun anda lansung tak ada duit

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !