Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, December 9, 2017

9 cara mudah legakan gigitan serangga semut, nyamuk, penyengat dll

  Mohd Shubhi       Saturday, December 9, 2017


Ada orang yang tak tahan kena gigit serangga. Bila tak tahan, dia akan garu tempat kena gigit tu. Dari kesan gigitan yang sedikit dan kecil itu, akibat garu, akhirnya sampai jadi luka.

Perkara macam tu selalu juga jadi pada anak-anak saya bila bawa mereka masuk hutan atau balik kampung. Kena gigit nyamuk saja dah cukup untuk buatkan mereka rimas garu sana dan sini sampai luka kesan gigitan serangga tu.

Kalau sentiasa sediakan bekalan balm atau seumpamanya, mudah untuk selesaikan kerimasan mereka. Tapi biasanya terlupa nak bawa balm atau cream pelega lain yang sesuai. Malam pulak tu, jadi nak buat macam mana?

9 cara mudah legakan gigitan serangga

Kalau anda juga pernah alami masalah tak tahan kena gigitan serangga. Dan tak ada ubat pulak dalam simpanan untuk legakan rasa gigitan tersebut. Boleh cuba salah satu dari 9 petua mudah di bawah ini untuk legakan kesan kena gigit serangga tu


  1. Kulit kayu manis - Sama macam petua rawat kesan gigitan pepijat sebelum ini, anda sentiasa boleh pergi cari kulit kayu manis kat dapur. Ambil serbuknya, campur sedikit air masak dan sapukan pada kesan gigitan. Biarkan kat situ selama sejam. Atau asah kayu manis pada belakang batu tumbuk sambal campur sedikit airpun boleh juga.
  2. Letak ketul ais - Anda boleh juga ambil ketul ais yang ada kat dalam peti sejuk di rumah. Balut dengan plastik dan pedapkan pada kesan kena gigit. Tempat itu akan jadi kebas dan rasa gatal atau tak selesa akan hilang.
  3. Buah betik - Kalau kebetulan rumah anda ada buah betik, lagi senang. Potong secebis buah betik itu dan letakkan pada kesan kena gigit serangga tu. Biar lama kat situ. Kesan itu akan lega.
  4. Tenyeh bawang merah - Kat dapur mesti ada bawang besar atau bawang merah bukan! Ambil bawang tu, kupas atau potong, sapukan atau tenyeh saja pada kesan gigitan serangga. Kesan gatal akan hilang.
  5. Daun pudina - Jika ada daun pudina segar, anda boleh tenyehkan pada kesan gigitan serangga itu. Ini dapat berikan kesan lega sementara yang berkesan pada tempat ras agatal tu.
  6. Uncang teh - Kalau baru saja bancuh teh guna uncang teh, lagi mudah. Ambil uncang serbuk teh tu dan letakkan saja pada kesan kena gigit serangga tu. Insyaallah akan rasa lega.
  7. Ubat gigi - Ini ubat lega gigitan yang paling kerap saya guna untuk anak-anak. Mudah sangat untuk diguna pakai sebab pi manapun mesti ada bawa ubat gigi. Sapu saja pada kesan kena gigit tu.
  8. Aloe Vera - Biasanya kat rumah kampung orang suka tanam pokok Aloe Vera. Ada lendir dalam daun alor Vera tu. Ambil lendir tu dan sapukan saja pada kesan kena gigitan, Insyaallah lega.
  9. Cecair kumur mulut - Bagi mereka yang jaga kesihatan mulut, mesti sentiasa simpan cecair kumur mulut. Pastikan jenis yang ada alkohol sebab alkohol tulah yang berikan kesan lega pada kesan gigitan serangga tu. Sapukan saja pada bintil merah kena gigit tu.

Mudah bukan petua untuk hilangkan rasa gatal dan tak selesa kena gigit serangga!. Anda boleh pakai mana-mana satu petua kat atas tu yang mudah bagi anda.

Cubalah dan boleh kongsikan kesannya kat bawah ini, jika anda dah selalu amalkan dan memang ternyata amat membantu melegakan rasa tak selesa kena gigit tu.

Jika rumah anda ada banyak serangga perosak seperti, semut, lipas, anai-anai dll lihat maklumat kat bawah ini:

Hubungi Puan Siti dari Easelife Services Sdn Bhd di nombor 012-2067357. Whatsapp atau telefon untuk maklumat lebih lanjut tentang perkhidmatan yang disediakan.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 9 cara mudah legakan gigitan serangga semut, nyamuk, penyengat dll

Previous
« Prev Post

2 comments:

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !