Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, July 19, 2020

10 petua bersihkan rumah dan dapur yang anda boleh buat sendiri kat rumah sekarang

  Mohd Shubhi       Sunday, July 19, 2020

Bagi orang yang dah biasa dengan kerja basuh, membersihkan, susun dan kemas rumah dan dapur saja yang faham apa erti tekun dalam usaha jadikan rumah kemas dan rapi.

Biasanya ini kerja kaum ibu bagi orang kampung macam saya. Kaum bapa jarang ambil tugasan sebegini. Malah ada juga yang percaya orang lelaki tak sepatutnya buat kerja macam tu.

Pernah saya dijemput makan di rumah kawan masa muda remaja dulu. Ayahnya seorang pesara tentera yang tegas dan berdisiplin.

Macam biasa, setiap kali lepas makan, saya dah terdidik untuk angkat ke sinki, basuh dan bersihkan semua bekas pinggan dan sudu yang saya dah pakai. Itu dah jadi amalan sejak sekolah menengah sebab duduk dengan mak yang dah jadi ibu tunggal masa tu bila ayah pergi.

Siapa lagi nak bantu ringankan kerja mak yang dah galas semua tanggung jawab besarkan anak-anaknya kalau bukan anak-anaknya sendiri.

Jadi bila pergi rumah orang pun saya terikut-ikut dengan amalan basuh pinggan kat dapur.

Bila ayah kawan saya lihat, dia tegur. Mulanya perlahan saja. Dia suruh biarkan kerja membersih tu pada orang perempuan. Tapi saya tak endah teruskan juga. Bila dia nampak saya abaikan tegurannya, dia mula halang saya dengan lebih serius.

Bila saya nampak dia serius macam tu saya akur.

Rupanya memang ada orang yang anggap lelaki kalau buat kerja perempuan adalah satu perkara yang tak bagus. Jatuh lambang kelakiannya kalau buat kerja yang sepatutnya kerja orang perempuan.

Itu dululah.

Saya yakin golongan yang berfahaman sedemikian dah hampir pupus sekarang. Orang lelaki dah mula ambil peranan sama naik dalam bab cuci, bersih, kemas dan susun rumah dan dapur. Tapi taklah sehebat orang perempuan yang kerjanya lebih terperinci.

Samada anda memang dah arif dan biasa sangat dengan aktiviti mencuci dan bersih serta kemas rumah atau tidak, cuba tengok 10 petua di bawah yang boleh anda amalkan sekarang kat rumah.

1. Span basuh pinggan mangkuk

Semua orang pakai span basuh pinggan dan mangkuk serta periuk ni kat sinki dapur rumah. Bila dah semua pinggan mangkuk serta periuk dicuci dan disusun siap. Biasanya anda akan gunakan span yang sama untuk lap permukaan sinki dan dapur pulak.

Untuk maklumat, kajian menunjukkan span yang anda pakai itu boleh menyebarkan bakteria di merata tempat di mana anda pakai dan lap dengannya. Sebab ada bakteria melekat pada span tersebut kalau tak cuci.

Jadi, untuk kurangkan bakteria yang ada pada span, anda boleh masukkan span tu ke dalam microwave selama 90 saat dengan kepanasan yang tinggi. Itu dapat hapuskan atau kurangkan kandungan bakteria di dalamnya.

2. Kerak melekat pada microwave

Bila dah selalu guna mesin microwave kat dapur tu, lama kelamaan akan ada bekas atau kerak tinggalan makanan di tepi dan celah lantai microwave tu.

Anda tak perlu terus-teruk nak tonyoh kerak tu.

Masukkan semangkuk air yang telah diperahkan dengan lemon dan panaskan di dalam microwave selama 5 minit. Anda akan dapat lihat wap mula memenuhi microwave itu dan kerak tinggalan makanan yang melekat pada lantai dan tepian dalam microwave tu mula lembut dan tertanggal.

Lepas tu, ambil kain dan lap keluarkan kotoran itu saja dari microwave anda.

3. Hilangkan tompokan air kelabu pada gelas

Anda boleh hilangkan tompokkan kelabu bekas air pada gelas kaca dengan menggunakan cuka. Ambil cuka dan campurkan dengan air sama banyak. Ertinya kalau cuka 50 ml, campurkan dengan air sebanyak 50 ml juga.

Lap pada cawan atau gelas kaca tu dan biarkan selama 20 minit.

Selepas itu, ambil berus gigi tak pakai, gosok dan siramkan dengan air. Gelas akan kembali bersinar jernih.

4. Masalah pinggan bercalar

Kadang kala pinggan anda nampak bercalar sebab terguris samada dengan pisau, sudu atau garfu. Jangan risau. Ada cara yang mudah untuk selesaikan masalah pinggan bercalar tu.

Ambil Baking Powder campurkan dengan air. Sapukan pada tempat calar tu dan tonyoh (gosok). Lepas tu siramkan dengan air. Buat sampai hilang kesan calar tu.

5. Kesan kotor pada kepala paip

Bila dah lama pakai, kepala paip kat rumah tu akan nampak macam kotor malap dan sudah tidak bercahaya kilat lagi. Kalau nak gosok dengan span memang leceh juga.

Ada satu lagi cara yang lebih mudah untuk elokkan semula kepala paip anda tu. Gunakan saja cuka. Ambil kain, celup dan basahkan sikit dengan cuka dan sapu pada kepala paip tu. Selesai.

6. Bersihkan blender

Macam mana selalunya anda bersihkan blender atau pengisar selepas selesai guna. Biasanya kita pakai bender untuk kisar samada buah atau sayur serta bahan ramuan masak yang lain. Selepas itu anda akan lalukan dengan air kocak-kocak dan bersihkan dalamnya.

Ada cara yang lebih mujarab dan sangat berkesan. Masukkan air, campur dengan serbuk penaik atau baking soda dan sedikit sabun pencuci pinggan. Kemudian blend sebentar. Selepas itu masukkan air cuci dan buang.

7. Bersihkan celahan antara 2 jubin

Bila bilik air dah lama di gunakan, lama kelamaan celahan antara 2 jubin akan jadi hitam berlumut. Ia jadi macam tu sebab celahan tu sukar untuk dicuci bila anda bersihkan jubun bilik air tu.

Ada cara mujarab untuk bersihkan celahan antara 2 jubin tu.

Ambil serbuk penaik  atau baking soda, campur sikit air. Ambil berus gigi dah tak pakai, celup paka baking soda dan air tu dan gorok pada celahan antara 2 jubin tu.

8. Bersihkan papan potong kayu

Kalau anda pakai papan lapik potong yang diperbuat dari bahan plastik memang lebih mudah nak basuh. Selepas guna potong sayur atau buah, lalukan saja pada air dan boleh gosok dengan span.

Tapi kalau anda guna kayu sebagai papan lapik pemotong tu, kadang kala agak sukar nak bersihkan. Cuba cara mudah dan berkesan ini.

Ambil garam tabur pada kayu pemotong tu, ambil lemon dan gosok bagi rata pada permukaan pemotong kayu tu. Biarkan campuran itu melekat beberapa ketika. Lepas itu lalukan saja dengan air untuk bersihkannya.

9. Bersihkan cermin atau kaca tingkap

Macam mana anda bersihkan kaca tingkap selama ini. Pernah tak lihat cleaner pakai kertas susat khabar untuk bersihkan cermin atau kaca tingkap?

Caranya macam ni.

Ambil kertas surat khabar, renyuk kan surat khabar tu. Renjiskan pada surat khabar tu cecair sabun pencucii yang anda biasa pakai untuk cuci cermin dan kaca tingkap. Kemudian gosokkan cermin atau kaca itu sampai berkilat.

10. Bau busuk kasut

Bila kasut selalu digunakan, terutamanya kasut yang bahagian dalamnya diperbuat dari kain, ia akan memberikan bau yang perghhhh!, sangat tak tahan.

Macam mana nak hilangkan bau tu dengan lebih berkesan?

Anda boleh gunakan serbuk penaik juga.

Renjiskan serbuk penaik / baking soda ke dalam kasut anda yang busuk tu. Biarkan kat situ. Bila nak pakai nanti, hanya perlu ketuk buang saja serbuk penaik yang ada kat dalam tu dan pakai kasut macam biasa. Kasut akan kembali berbau segar.

Ok!

Dah selesai 10 petua bersihkan rumah dan dapur yang anda boleh guna pakai dengan segera kat rumah tu. Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan pengalaman anda kat ruang komen di bawah kalau sudi.

Terima Kasih
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 10 petua bersihkan rumah dan dapur yang anda boleh buat sendiri kat rumah sekarang

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !