Tuesday, December 1, 2020

Tahukah anda apa teknik yang paling susah untuk dilakukan dalam pemanduan kenderaan?

  Mat       Tuesday, December 1, 2020

Satu pagi ketika sarapan dengan isteri, dia bertanya ..

“Abang, saya nak belajar driving. Boleh saya tahu teknik apa yang paling susah?”

“Boleh” saya jawab.

“Tapi sebelum tu cuba la teka, apa dia agaknya teknik yang paling susah tu” 

Dia teka rally. Saya kata salah. 

Dia kata drift. Saya kata salah. 

Dia kata teknik endurance race. Pun saya kata salah. 

Dia kata Gymkhana dan sampai jawapan sebut Left Foot Brake lah, Late braking lah, opposite lock lah. Trial braking lah.

Saya kata, “Teknik yang paling susah dan sukar ialah teknik mengawal ego pemandu”

Ramai di kalangan pemandu yang terlibat di dalam pelbagai insiden, selain kecuaian dan ketetapan ilahi ialah disebabkan kesukaran untuk mengawal ego. 

Baik di atas jalan raya mahupun di litar lumba. Ego juga bukan sahaja meranapkan pemandu tetapi ego juga merosakkan diri ketika “memimpin” diri, keluarga dan syarikat.

Elakkan kita bersikap ego di jalan raya. Kesan sikap ego ini tidak boleh tengok orang lebih dari dia.

Sifat ingin menunjuk-nunjuk kenderaan, ingin tunjuk skil pemanduan, ingin tunjuk bunyi ekzos, ingin “impress” penumpang serta kadang kala “excited” dengan kereta atau motor yang baru dibeli atau boleh melalui proses “upgraded”.

Sifat sombong  atau ego bermakna membesarkan diri kerana hati merasakan diri mempunyai kelebihan, keistimewaan dan kehebatan. Ia merupakan sifat batin (mazmumah) yang paling keji. Bahkan ia adalah sifat batin yang sangat jahat.

Namun, jika hasil kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) tidak lama dulu dipegang, kita mempunyai alasan kuat untuk berasa khuatir terhadap sikap pemandu kita.

"18 peratus  atau 2.4 juta daripada 13.3 juta pemandu kita berada pada kategori berang aras tinggi !!!"

Kajian itu mengukur tahap keberangan 5,248 pemandu pelbagai kenderaan di lebih daripada 03 daerah di seluruh negara.  

Pemandu kita mudah berang dan gagal mengawal emosi ketika memandu. Berdasarkan kajian tadi, 18 peratus  atau 2.4 juta daripada 13.3 juta pemandu kita berada pada kategori berang aras tinggi.

Perangai mereka bertukar menjadi agresif sehingga sanggup melakukan tindakan balas dengan membuli pengguna jalan raya lain atau mengejar pemandu yang dimarahi.

Sabar  sebahagian daripada iman, tetapi itu dianggap tidak lebih sebagai slogan.

Pemandu kita mudah marah, antaranya disebabkan pelakuan buruk pemandu lain, pemanduan tidak beradab dan berhemah, kehadiran polis, pemanduan perlahan dan sekatan jalan raya. 

Segelintir pemandu seolah-olah berasa diprovokasi jika pemandu lain memintas kenderaan mereka atau memandu terlalu perlahan. 

Kalau pemandu kita menjaga perangai, disiplin dan emosi, sudah pasti, jumlah kes buli dan kemalangan di jalan raya tidak akan meledak.

Mari kita bermuhasabah dan memperbaiki diri. Kita perlu insaf dan akui bahawa kita manusia yang amat daif dan lemah. 

Segala kehebatan dan kelebihan yang ada pada diri kita adalah anugerah daripada-Nya dan bisa ditarik balik bila-bila masa sahaja.

Semoga perkongsian ini ada manfaat untuk semua insyAllah. Yang baik dari Allah dan buruk dari saya.

Artikel ini disumbang oleh penulis jemputan di bawah tajuk "Apakah Teknik Paling Susah Dalam Pemanduan?"

Penulis jemputan: Azad Jasmi l 30 Nov 2020

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Tahukah anda apa teknik yang paling susah untuk dilakukan dalam pemanduan kenderaan?

Previous
« Prev Post

3 comments:

  1. selalunya sikap pemandu lain yg menyebabkan pemandu berang.

    tapi lawaknya.. disuruh yg berang tu sabar.

    yang memandu dengan cara bodoh/menyusahkan/berbahaya hingga menyebabkan pemandu lain berang tak pula ditegur atau disebut.

    kalau aku pengarah JPJ... ramai dh lesen ditarik balik.
    ni tak... lapaq duit renew punya pasal...semua jenis makhluk dibaginya lesen.
    last-last rohingya, bangla, Nepal, negro semua boleh bawak kenderaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya tak ya juga kan .. setuju tu. Pemandu yg tak cekap tu perlu juga dibetulkan selain dari amalan banyak bersabar untuk elak masalah jadi lebih teruk. Terima kasih atas teguran

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !