Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, May 1, 2023

Apa yang anda boleh buat jika tak puas hati dengan tempat kerja sekarang - Ramai hadapi isu ini

  Mohd Shubhi       Monday, May 1, 2023


Carmen Medina ialah seorang pegawai analisa CIA yang sangat cemerlang. Pada awal tahun 1990-an, dia ditugaskan ke Eropah. Dia kekal selama 3 tahun di sana.

Selesai tugasan, dia balik semula ke Amerika. Dia dapati peluang untuk naik dalam kerjayanya telah terbantut disebabkan tugasan selama 3 tahun di luar Amerika. Namun begitu, disebabkan dah terbiasa untuk sentiasa berikan yang terbaik, dia tercari-cari tugasan yang dia dapat berikan impak yang lebih bermakna.

Tak lama kemudian, dia sertai satu kumpulan yang bertanggung jawab dalam penambahbaikan aktiviti risikan CIA.

Dari pengalamannya, salah satu masalah besar yang CIA hadapi adalah dalam bab perkongsian maklumat risikan penting. Setiap agensi, masing-masing, hanya akan berkongsi maklumat yang telah disiapkan dalam bentuk laporan kertas kerja sahaja.

Laporan itu pula akan hanya keluar sekali sehari. 

Bila setiap agensi keluarkan laporan mereka sendiri, koordinasi maklumat penting secara menyeluruh sangat sukar. Maklumat yang penting tak sampai ke agensi yang sepatutnya, sedangkan semua itu melibatkan keselamatan negara. Ia melibatkan urusan hidup dan mati. 

Sepatutnya, setiap perubahan, setiap maklumat baru adalah sangat bernilai setiap saat dan perlu disebarkankan. Disebabkan kelemahan koordinasi, maka itu tidak berlaku dengan cara yang sepatutnya.

Untuk atasi isu tersebut, Carmen Medina cadangkan supaya semua maklumat dikongsikan secara terus melalui Intelink.

Intelink merupakan sistem internet rahsia perisikan yang digunakan oleh semua agensi perisikan ketika itu.

Cadangan macam tu tidak pernah dibuat oleh orang sebelum ini. Bab rahsia perisikan yang mahu dikongsikan secara dalam talian internet adalah sesuatu yang berisiko tinggi dan kerja gila. Amalan kebiasaan, iaitu berkongsi maklumat melalui kertas fizikal dianggap jauh lebih selamat ketika itu.

Tidak hairanlah bila semua orang tembak jatuh cadangannya mentah-mentah. Bagi mereka itu cadangan mengarut yang lansung tak masuk akal.

Sebagai seorang yang bijak, Carmen Medina yakin cadangannya itu bukanlah sesuatu yang mustahil. Perubahan kecekapan menyampaikan maklumat dari mesin Fax ketika itu adalah satu bukti bahawa perkongsian maklumat secara digital bakal memberikan impak yang jauh lebih besar lagi.

Jadi dia degil dan terus menyuarakan pendapatnya.

Kawan-kawan mula pesan supaya dia jangan rosakkan kerjaya dengan berterusan melawan pendapat orang atasan. Tapi dia tetap degil. 

Akhirnya dia kena pulau habis dari semua kawan-kawan kat CIA tu.

Kecewa dengan apa yang berlaku, dia akhirnya cari kerja lain, dan berpindah.

4 perkara orang buat bila tak puas hati

Dalam cerita Carmen Medina di atas tadi, apa yang berlaku sebenarnya?

Anda mungkin pernah mengalamai situasi yang sama dalam melayan kerenah birokrasi kerja yang sangat lembab. 

Bila tegur, orang marah pulak. 

Bila degil berkeras suarakan pendapat dan mahukan perubahan, akhirnya, kena pulau pulak!

Selalunya, bila tak puas hati, anda hanya ada 4 pilihan berikut sahaja yang boleh lakukan.

  1. Bersuara – orang yang bersemangat dan berani hadapi risiko akan ambil langkah macam ini. Biasanya mereka yang memang jenis cemerlang dan tak suka buang masa dengan kekal pada tahap yang sama lama-lama.
  2. Blah – Seperti yang berlaku pada Carmen Medina tadi, bila anda lawan arus, akhirnya akan kena pulau. Jika tak tahan anda akan cabut ke tempat lain Habis cerita dan kecewa.
  3. Bertabah – Bagi orang yang dah berpengalaman kena macam tu tapi tak mau cabut, dia akan tetap berikan komitmen dengan kerjanya dalam keadaan bertabah. Tasbih akan sentiasa tersedia untuk dia gunakan dan tempat mengadu terbaiknya adalah berdoa selepas solat.
  4. Buat bodo – Bagi yang tak bercita-cita sangat, dia akan buat bodo saja walaupun nampak segala kepincangan. Kerja dia buat juga sekadar mencukupi supaya tak sampai kena buang. Ini ramai kat luar sana dalam mana-mana organisasi.

Apa sebenarnya yang anda perlu buat dalam keadaan begitu. Nampak kepincangan, tapi bila suarakan kena pancung!

Demi kebaikan dan perubahan menjadi sebuah organisasi yang lebih bagus. Demi menjadikan anda seorang yang besar sumbanganna kepada organisasi, masyarakat dan seterusnya bangsa dan negara, kena buat perubahan juga.

Kalau tidak akan jadi macam budaya bodek membodek. Budaya ‘hang urut belakang aku dan aku urut belakang hang’. Seperti yang dah lama berlaku kat sebuah negara di bawah Selatan Thailand sana.

Apa Carmen Medina buat

Berbalik kepada cerita Carmen Medina di atas.

Dia cabut kerja tempat lain sebab kecewa. Tapi masih dalam lingkungan kerja dalam agensi CIA juga. Cuma dah bukan kerja projek penting lagi. Dia hanya jadi staff admin biasa saja.

Sedekad kemudiannya, Carmen Medina jadi antara orang penting yang melahirkan Intellipedia. Iaitu sebuah Wikipedia dalaman khas untuk semua agensi perisikan mendapatkan maklumat terkini dan penting.

Sistem Intellipedia itu mendapat sanjungan dan pujian dari semua pihak dan merangkul berbagai anugerah.

Carmen Medina tersenyum puas akhirnya apa yang dia suarakan telah berjaya diusahakannya sampai menjadi.

Siapa anda nak bersuara buat perubahan

Satu perkara yang anda perlu faham bila nak buat perubahan. Anda perlu ada satu darjat yang tinggi.

Macam pepatah orang Laos kata lebih kurang macam ni,

“Suara orang miskin tak akan pergi jauh.”

Pepatah Laos

Pernah nonton dan ingat lagi pantun Kajang Pak Malau, Kajang berlipat ..

Sama juga kes nya. Orang yang statusnya tak berapa nak ada, memang susah untuk kuat-kuasakan apa-apa. Memang sukar nak suarakan sebarang perubahan. Tambah pulak cadangan kita lawan arus, lagi lah sukar.

Dalam dunia ni, status atau darjat datang sekali dengan keupayaan bersuara dan kuasa. Tak kisah macam mana anda dapat darjat tu, tapi kena ada kalau nak buat sebarang perubahan.

Darjat juga boleh datang bila anda sangat dihormati atau dikagumi. Untuk mendapatkan semua itu, perlu ambil masa.

Itulah Carmen Medina buat bila gagal melawan arus sebab dia tersedar yang dia tak ada apa-apa status bila dah lama kena bertugas di luar dan terkeluar dari lingkungan agensi tempat kerjanya.

Dia masuk semula dalam jabatan yang menguruskan hal ehwal keselamatan maklumat. Walaupun kerjanya biasa saja tapi kena dengan aliran yang dia nak cuba bawa. Dia bina reputasi semula kat situ dan mula cucuk ideanya perlahan-lahan dan akhirnya berjaya.

Satu lagi strategi yang dia buat adalah dengan menyuntik idea pada kumpulan bawah yang tak ada apa-apa nak pertahankan. Macam kerani, atau pegawai rendah biasa yang jauh lebih ramai.

Mereka lebih senang terima cadangan sebab tak ada apa-apa risiko untuk kerjaya mereka. Carmen juga cucuk pegawai paling atasan yang berfikiran skeptikal dalam apa saja cadangan.

Orang atasan macam itu walaupun keras sebenarnya adalah orang yang sentiasa bersedia nak mendengar idea atau bangkangan orang lain ang mampu lawan hujah dia. Biasanya jika idea memang baik orang begitu akan berikan peluang untuk cuba.

Perkara paling tak sesuai untuk buat cadangan perubahan adalah suarakannya kepada golongan menengah. Mereka golongan yang paling kuat pertahankan status quo sebab dengan keadaan itulah mereka duduk di situ.

Bila ada ancaman berupa perubahan, mereka paling takut berubah sebab risau jatuh ke bawah pulak.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Apa yang anda boleh buat jika tak puas hati dengan tempat kerja sekarang - Ramai hadapi isu ini

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !