Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, July 25, 2008

Dapat dua, belanja satu.

  Mohd Shubhi       Friday, July 25, 2008
Pada hari rabu 23/7/08 baru-baru ini saya menerima jemputan dari majalah SME & Entrepreneurship untuk menghadiri "Asia Pacific Entrepreneurship Award" yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre. Saya melihat ini satu peluang bagi saya menyelami suasana berada bersama para usahawan yang berjaya. Saya tertanya-tanya bagaimana orang-orang yang dikatakan usahawan berjaya tersebut, bagaimana mereka berinteraksi, bagaimana mereka berkelakuan dan yang lebih penting lagi ialah bagaimana mereka berfikir. Mungkin saya dapat mempelajari sesuatu ketika saya berada bersama mereka pada malam anugerah tersebut. Walaupun saya masih berada di peringkat merangkak dalam dunia keusahawanan, saya beranikan diri untuk terjun bergaul dengan mereka yang telah berjaya.
Saya bertolak dari rumah ke KLCC sebelum pukul 7. Di rumah sebelum itu saya teragak-agak untuk memilih jenis pakaian yang patut saya pakai. Di kad jemputan saya lihat mereka meminta para jemputan memakai tali leher hitam, jadi saya terus ambil sahaja baju kemeja tangan panjang berwarna hijau untuk dipakai dan mengenakan tali leher berwarna hitan yang saya baru beli di Giant pada petang itu. Saya sampai de KLCC ketika azan magrib di laungkan. Saya bertanya pada penjaga parking di mana surau berdekatan, mereka beritahu agak jauh dari situ. Saya ambil keputusan untuk solat magrib di Pusat Konvensyen saja. Saya terus masuk ke pusat konvesyen dan para penyambut tetamu menunjukkan pada saya di mana upacara anugerah itu dijalankan. Saya maik ke tingkat 3 dan terus ke dewan konvesyen. Sampai saja di ruang legar dewan saya hampir terhenti untuk meneruskan langkah saya apabila melihat semua orang di situ berpakaian kot lengkap dan banyak memakai bow. Hampir semua berpakaian kot gelap dan saya terus terasakan saya berada di satu dunia asing. Saya tertanya-yanya samada itu yang dimaksudkan berpakaian tali leher hitam...?. Saya merasakan semua orang melihat saya dengan kejanggalan baju berwarna hijau terang saya tanpa kot. Namun saya berkata dalam hati saya apa yang nak ditakutkan pada semua makhluk-makhluk ini, tidak ada apa yang lebihnya setiap manusia itu kecuali takwa...saya mendapat keyakinan secara tiba-tiba. Saya terus berjalan di celah para usahawan lain yang masing-masing sibuk dengan aktiviti bersuai kenal. Para wartawan berebut mewawancara para usahawan berjaya seperti Tan Sri Dr. Lim Wee Chai, pengerusi Top Glove Corporation Berhad dan tidak ketinggalan juga ramai yang sibuk bergambag dengan Jalaludin Hasan. Sambil berjalan saya berkata bagus juga saya berpakaian pelik dari orang lain, tentu saya akan lebih diingati selepas mereka berkenalan dengan saya. Saya terus berjalan ke tempat pendaftaran para jemputan untuk mengetahui di mana saya akan duduk. Sampai di situ mereka macam teragak-agak untuk melayan saya, namun saya terus memberikan kad perniagaan saya untuk mereka melihat senarai jemputan. Akhirnya mereka temui nama saya di dalam senarai dan saya di tempatkan pada meja VIP7, lega rasa saya, berhampiran dengan tempat duduk para VIP dan VVIP lain yang terdiri dari Tan Sri, Dato' dan Datin Sri.
Selepas mendaftar saya pergi ke surau untuk menunaikan solat magrib. Alhamdulillah sempat saya berjemaah magrib di situ. Tak ramai sangat orang yang pergi solat di situ. Lagipun upacara malam itu boleh dikatakan hampir lebih 80% dihadiri dari kaun berbangsa cina. Di situ saja saya dapat merasakan betapa terbelakangnya kita bangsa melayu atau Islam ini. Adakan kita bangsa melayu kurang mengambil berat denga aktiviti seperti ini...?.
Selesai solat magrib saya ke dewan semula. Saya masuk dewan mencari meja VIP7. Tak susah untuk saya mendapatkannya. Saya terus memilih satu kerusi dan di situ telaha ada pengunjung lain yang terdiri daripada 2 orang berbangsa cina, seorang India dan seorang Melayu. Kami memperkenalkan diri masing-masing dan saya bertukar-tukar kad perniagaan. Semua mereka hebat-hebat belaka. Salah seorang cina tersebut merupakan seorang pengerusi kumpulan syarikat printing, seorang lagi adalah Vice President Top Glove, yang melayu itu adalah CEO MIHAS, dan India itu adalah boss kepada Langkawi Yatch Club.
Sepanjang yang saya perhatikan rupa-rupanya mereka hanya adalah manusia biasa seperti juga orang lain. Cuma yang pastinya mereka berfikiran yang amat positif dan merupakan jenis manusia yang akan memecahkan segala halangan yang cuba menyekat kemaraan mereka. Sebab itu mereka berjaya. Ini menunjukkan bahawa mereka mempunyai jiwa yang kuat dan kental. Saya berkata dalam hati kalau orang Islam jiwa begini merupakan salah satu ciri-ciri orang bertakwa. Patutlah kita sentiasa ditekan agar bertakwa, tentu berjaya.
Yang paling menarik malam itu ialah ucapan oleh pemenang Entrepreneur of The Year 2008 iaitu Tan Sri. Dr. Lim Wee Chai, pengerusi Top Glove Corporation Berhad. Dia membuka rahsia kejayaannya malam itu yang amat ringkas. Katanya, untuk berjaya kita mesti:
1. Bila pendapatan kamu adalah 2 ringgit, pastikan anda hanya belanjakan 1 ringgit.
2. Anda harus mengamalkan, Tahu, Buat dan Ajar.
sebelum melakukan sesuatu anda mestilah tahu tentang perkara itu, setelah tahu pastikan anda melaksanakannya, setelah berjaya pastikan anda mengajarkannya pada orang lain, 1 ajar kepada sepuluh, sepuluh ajar kepada seratus dan seratu ajar kepada seribu...anda akan bergerak jauh.
Saya menerima petua itu dan berazam untuk melaksanakannya.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Dapat dua, belanja satu.

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !