Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, January 5, 2009

Rampasan Kuasa

  Mohd Shubhi       Monday, January 5, 2009

Semalam saya naik kereta kelisa merah saya keluar dari Giant Puchong, di hujung simpang saya terus belok kiri, melihatkan kereta yang sedang datang dari kanan masih agak jauh, lagipun masih dalam kawasan Giant orang naik tak laju.

Tapi sebaik saja saya keluar dan belok kiri, kereta kat belakang yang terus hon dengan kuat, tak puas hati agaknya saya terus keluar simpang. Saya pandang belakang tengok siapa pemandunya, gelap tak nampak.

Entah macammana saya terus beri signal ketepi untuk membiarkan kereta yang hon saya tu pergi dulu. Saya lihat kereta tersebut potong dan nampak pemandunya memandang pada saya sambil mulutnya terkumat kamit dan tangan merewang kesana sini.

Saya lihat saja tanpa ambil kisah dan teruskan perjalanan saya pulang ke rumah. Sambil memandu timbul satu soalan macam mana saya boleh berhenti tadi untuk melihat pemandu yang hon saya tu. Semuanya berlaku secara spontan tanpa kawalan.

Nasib baik pemandu tadi tak berhenti sama, tentu dia ingat saya nak gaduh. Fikiran saya dikuasai oleh sesuatu yang kuat, yang fikiran rasional saya tidak dapat mengawalnya.

Inilah yang dikatakan "Rampasan Kuasa" yang berlaku di dalam minda kita. Majoriti manusia akan mengalami fenomena ini. Ada satu bahagian otak kita yang sering mengambil alih pemerintahan apabila berlaku sesuatu yang mencabar ketenangan atau keselamatan.

Pemandu yang hon saya tadi juga berbuat begitu kerana ketika itu berlaku rampasan kuasa dalam mindanya. Dia tak dapat mengawalnya.

Sering kali minda rasional akan mengambil alih kuasa apabila keadaan kembali tenang. Kalau orang yang berilmu, dia akan menyesal dengan kelakuan bodohnya tadi. Kalau orang yang bebal, dia akan menyimpan marahnya, dan menaruh dendam.

Rampasan kuasa sering berlaku bila kita di maki, kereta kita di potong dengan kasar, anak kita yang masih kecil tiba-tiba terajang kepala kita ketika sedang baring tengok TV. Kita di malukan depan orang ramai, Isteri atau suami tanya soalan bodoh pada, dan macam macam lagi.

Hanya latihan, kesabaran, banyak berfikir dapat mengawal kekerapan rampasan kuasa ini. Dan ia memakan masa yang lama untuk di kuasai....
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Rampasan Kuasa

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Ingat ke dalam politik Thaland saja selalu berlaku rampas kuasa, rupanya di minda kita pun ada rampas kuasa juga..

    Saya baru sampai dari Thailand, sila lihat catatan perjalanan saya..

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !