Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, March 28, 2009

Penularan Wabak Ekonomi Kecut

  Mohd Shubhi       Saturday, March 28, 2009

Tengahari tadi saya menghadiri pertemuan rakan-rakan kerja yang sama-sama bertugas di satu syarikat Multi National di Shah Alam dulu. Saya berhenti lebih awal daripada syarikat tersebut untuk menjadi usahawan dan kebanyakan mereka masih setia dengan syarikat itu hingga lah akhir bulan ini.

Kesemua pekerja kilang itu telah ditawarkan pakej VSS, kilang tersebut akan di tutup sepenuhnya akhir bulan ini. Jadi pertemuan tadi adalah sebagai pertemuan perpisahan di mana kesemua bekas pekerja dari mula hingga sekarang berkumpul.

Jika dulu ramai yang berebut untuk berkerja di syarikat yang besar-besar dengan alas an bahawa ia lebih stabil, nampaknya alasan tersebut terpesong. Kalau kita berpegang untuk mencari rezki yang telah ditentukan Tuhan pada kita, tentu kita faham bahawa segalanya Dial ah yang menentukan.

Tak kira di mana kita bekerja, asalkan halal, bertekunlah dengan kerja kita dan laksanakan dengan penuh amanah. Bab tempat itu stabil atau tak stabil adalah urusan nombor dua. Yang pentingnya apa yang kita pelajari dalam usaha kita meneruskan kehidupan sambil menyara hidup.

Rata-rata sekarang ini kita mendengar ramai yang telah diberhentikan kerja, ramai pula yang mendapat ganjaran atau pampasan wang yang banyak yang mungkin selama ini ramai yang tak pernah berjaya untuk mengumpulkan wang sebanyak itu.

Kita dapat melihat semenjak dua menjak ini bertaburan kedai dan gerai dibuka seperti cendawan tumbuh lepas hujan. Tadi seorang rakan memberitahu saya yang dia baru komplen pada Ramli burger yang bekalan daging burgernya di sebelah utara berkurangan dan susah nak dapat. Dia tanyakan kalau kalau pasaran di utara dianak tirikan oleh Ramli Burger.

Rupanya Ramli burger menghadapi masalah permintaan yang naik terlalu mendadak hingga dia tak dapat memenuhinya. Ini merupakan salah satu penangan pemberhentian kerja beramai-ramai dengan pakej pampasan. Berniaga burger atau restoran adalah satu pilihan yang pantas dan mudah untuk dilaksanakan dan jangkaan hasil adalah segera dan tunai.

Minggu lepas saya berbincang dengan kawan-kawan di KL, salah seorang daripada kami baru mengambil pakej VSS. Soalan pertama dia bertanya pada saya sebaik saja kami berbual ialah, apa yang saya boleh berniaga dengan duit sebanyak 10 ribu. Dia bertekad untuk tidak mahu makan gaji lagi dan mahu menjadi seorang usahawan.

Saya berpendapat eloklah dia memastikan yang duit itu atau semua duit yang dia dapat dari pampasan pemberhentian kerja itu disimpan dengan selamat dalam tabung haji atau bank. Gunakan duit tersebut dengan penuh hemah untuk menyara hidupnya selama mungkin.

Perahlah otak dalam bentuk kumpulan untuk memikirkan bagaimana mahu berniaga dengan berbekalkan keupayaan diri sendiri, kemahiran yang ada, rangkaian yang kita dah bina. Dan anggaplah modal kewangan adalah kosong. Fikirkan satu perniagaan dengan menganggap kita tak ada modal.

Ini kerana sebab utama kita berniaga adalah kerana kita mempunya sesuatu yang hendak di tawarkan, bukan kerana kita ada duit, dan bukan kerana kita kita nak buat duit. Jika kita ada sesuatu yang mahu ditawarkan dan ada permintaan, maka keuntungan secara automatik menyusul datang.

Saya berharap agar ramai lagi usahawan yang akan muncul sempena mengambil peluang daripada wabak penyakit ekonomi kecut ini. Percayalah bahawa manusia sentiasa berusaha memenuhi keperluan hidupnya samada ada duit atau tak ada duit, dan keperluan hidup bukan hanya boleh didapati dengan duit semata-mata, ada banyak lagi cara lain.

Ini peluang kita memecah konkongan kepercayaan bahawa untuk hidup mesti kena ada duit, sedangkan Tuhan menghamparkan muka bumi ini untuk kita menjalani kehidupan, bukan dengan menaburkan duit, tapi dengan sumber hamparan muka bumi. Modal utama untuk kita berusaha ialah masa dan akal fikiran.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Penularan Wabak Ekonomi Kecut

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. tulisan ini bagus orang yang terkena penyakit global yang ditularkan bangsa kera.semoga sedar,mandiri serta tawakal.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !