Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, April 4, 2009

Berjaya, Gagal, Gila dan Kreatif

  Mohd Shubhi       Saturday, April 4, 2009
Sewaktu saya menghadiri Seminar "Unleash The Power Within" oleh penceramah motivasi #1 dunia, Anthony Robbin pada tahun 2003. Antara kata-kata beliau yang masih saya ingat ialah :

"If you do what you've always done, you'll get what you've always gotten"

(Jika anda buat apa yang anda selalu buat, anda akan dapat apa yang anda selalu dapat)


Jika kita lakukan sesuatu dengan cara yang sama, kita akan mendapat hasil yang sama juga. Ini adalah benar untuk dua-dua keadaan untuk menjadi GAGAL atau BERJAYA.

Manakala orang yang GILA pula menurut Albert Einstein ialah:

"Insanity : Doing the same thing over and over again and expecting different results"

(Gila ialah melakukan sesuatu perkara berulang-ulang dan mengharap keputusan yang sama)

Jadi untuk menjadi orang yang BERJAYA dan tidak GILA, kita perlu sentiasa mencari jalan untuk membuat sesuatu perubahan jika apa yang kita lakukan sekarang ini membawa hasil yang kurang memuaskan. 

Perubahan yang terbaik adalah perubahan yang dihasilkan oleh pemikiran yang kreatif. Jika pemikiran kreatif dapat dihasilkan dengan membuat perkara yang kebiasaannya dilakukan oleh semua orang, maka akan terdapat berduyun-duyun "creative genius" dalam dunia ini.

Pemikiran kreatif dihasilkan apabila seseorang melalukan sesuatu cara yang diluar kebiasaan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. 

Fenomena kebiasaan atau 'peraturan' ini wujud dengan kaedah seperti berikut.

1. Kita membuat sesuatu 'peraturan' yang kita rasakan sangat ideal untuk menyelesaikan sesuatu masalah bersandaran kepada alasan tertentu.
2. Kita turut dan ikut 'peraturan' ini
3. Masa berlalu dan persekitaran kita berubah
4. Kita terus menuruti peraturan asal walaupun alasan yang kita gunakan itu tidak lagi boleh digunakan pada waktu ini. 

Orang yang melanggar 'peraturan' ini untuk menyelesaikan masalah atau membuat perubahan adalah orang yang kreatif. 

Terdapat sebuah cerita mengenai Panglima Alexander dari Macedonia yang bercita-cita untuk menakluk dunia. Pada tahun 333 sebelum Masihi, Alexander dan tentera-tenteranya tiba di sebuah bandar bernama Gordium di Turki. 

Sewaktu di bandar ini, Alexander terdengar cerita mengenai sebuah simpulan tali yang terkenal di sini yang dikenali sebagai "Gordian Knot". Menurut mitos ini lagi, sesiapa yang berjaya meleraikan simpulan tali ini adalah orang yang akan menawan Asia. 

Alexander meminta penduduk di situ membawanya ke tempat terdapatnya simpulan tali tersebut dan dia pun mula berfikir tentang bagaimana untuk meleraikan simpulan tali tersebut. Selepas gagal beberapa kali, Alexander bertanya kepada dirinya. "Bagaimana aku hendak meleraikan simpulan ini ?"

Kemudiannya Alexander mendapat satu idea. "Aku akan membuat peraturan sendiri untuk meleraikan simpulan tali ini" katanya pada dirinya. 

Sejurus selepas itu, Alexander mengeluarkan pedang dan memotong simpulan tali tersebut. Maka terlerailah simpulan tali itu dan dia berjaya meleraikan simpulan tali tersebut dan menguasai Asia.
Alexander memotong simpulan tali "Gordian Knot"

Apa yang dibuat oleh Alexander adalah berfikir di luar kebiasaan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Inilah yang dikatakan kreatif. 

Simpulan tali apakah yang anda telah leraikan untuk hari ini ?

Terima kasih 


Shahabudeen Jalil
Kuala Lumpur, Malaysia
4 April 2009
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Berjaya, Gagal, Gila dan Kreatif

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !