Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, May 16, 2009

Berniaga "Kalau"

  Mohd Shubhi       Saturday, May 16, 2009

Apa itu "perniagaan kalau" ?, Perniagaan kalau adalah perniagaan insuran. Kenapa saya kata begitu ?.

Kerana saya pertama kali membeli perkhidmatan perniagaan insuran ini akibat termakan dek perkara-perkara kalau yang dijaja oleh agen insuran. Antara contohnya adalah seperti berikut:

1. Apa jadi kalau anda ditimpa kemalangan ?
2. Apa jadi kalau anda dimasukkan ke hospital ?
3. Apa jadi jika anak anda sakit dan perlukan rawatan pakar ?
4. Apa jadi pada keluarga anda jika anda meninggal dunia ?
5. Apa jadi kalau anda memerlukan pembedahan jantung ?
7. Apa jadi jika anda hilang upaya kekal ?

Segala andaian kalau ini membuatkan anda merasa takut dan terfikirkan keperluan mempunyai perlindungan insuran.

Ketakutan meningkat apabila anda diingatkan tentang betapa mahalnya kos perubatan sekarang ini.

Ditambah lagi apabila kes-kes contoh semasa diberi oleh agen insuran yang menceritakan kawan yang dikenalinya yang ditimpa kesusahan akibat penyakit serius dan tak ada wang untuk membiayai rawatannya yang amat mahal.

Akhir sekali anda akan diceritakan tentang contoh pelangannya yang datang mengucapkan terima kasih kepadanya kerana memperkenalan insuran yang menyelamatkan dirinya dalam pembiayaan kos rawatan.

Asakan demi asakan, contoh demi contoh diberi, akhirnya anda perlu membeli insuran itu untuk menenangkan hati anda.

Si Agen tersenyum puas. Dia berkata yang dia rasa puas kerana telah membantu anda dan telah menyelamatkan anda dan suatu hari nanti anda pasti akan berterima kasih padanya KALAU anda ditimpa kemalangan.

Hakikatnya, apabila anda membeli sahaja perlindungan insuran tersebut si Agen sudah pasti mendapat komisyennya, syarikat insuran juga sudah pasti mendapat sejumlah wang yang akan digunakan untuk pelaburan.

Anda pula, menjalani kehidupan yang lega kerana, anda dilindungi. Apa yang anda beli hanyalah sesuatu yang intangible, yang tiada dapat dilihat atau disukat.

Jika kita lihat statistik pelanggan insuran, yang membuat tuntutan mungkin tak sampai 10%.

Saya pernah tanya seorang agen yang telah lama menjadi agen yang mempunyai dalam linkungan 1000 pelanggan. Berapa yang membuat tuntutan terhadap kes berat selama dia menjadi agen, dia berkata dalam 7 ke 8 orang saja. Tetapi itulah contoh ketakutan yang diketengahkan kepada prospeknya.

Dalam sistem insuran biasa, anda perlu bayar dan bayar, selagi anda mahu dilindungi. Jika anda setia membayarnya dan tiba-tiba satu ketika anda sudah tidak mampu, maka segala wang yang anda korbankan selama ini akan hangus.

Itulah saya katakan tadi, anda membayar duit untuk menghilangkan kalau manakala agen mendapat komisyen, syarikat insuran pula menyediakan telaga demi telaga untuk menyipan wang para pembeli kalau. Jumlah masuk jauh lebih banyak dari jumlah keluar, itu belum kira hasil dari pelaburan.

Tidak hairanlah syarikat insuran kaya raya, agen insuran yang berjaya pula amat mewah kehidupan mereka. Para pelanggan yang menyara mereka semua itu belum tentu berkesempatan menuntut hasil kalaunya...

Aaaahh !, kalaulah masyarakat kita seperti di kampung-kampung dahulu yang saling bantu membantu, mengambil berat perihatin dan punya rasa kekeluargaan...tentu kita tak risau dengan kalau....KALAU LAGI !!!
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Berniaga "Kalau"

Previous
« Prev Post

4 comments:

  1. Salam Tuan Tanah,

    Tuan sepatutnya bertanya kembali kepada si agen:-

    "Apa akan jadi kepada caruman terkumpul duit saya sekiranya saya....

    1. TIDAK ditimpa kemalangan?
    2. TIDAK dimasukkan ke hospital?
    3. TIDAK sakit dan tidak perlukan rawatan pakar?
    4. meninggal dunia kerana syahid?
    5. TIDAK memerlukan pembedahan jantung?
    7. TIDAK hilang upaya kekal?
    8. gagal membayar (lapse).

    ReplyDelete
  2. Zaidi,
    Susah sikit bila agen tu kawan anda...
    Tapi saya dah belajar sekarang

    ReplyDelete
  3. Salam kepada tuan rumah. Pepatah Arab ada mengatakan Jika engkau menanam pohon KALAU buahnya adalah buah KALAU!.

    Manusia memang takut kepada masa hadapan yang tidak pasti. Sebab itu orang yang menjual buah kalau boleh kaya raya.

    KALAU ini ada kebaikan jika kita faham dimana kita perlukannya. Cuma penjual KALAU ini banyak yang tidak bercakap benar dan tidak berterus terang. Buah KALAU ini ada banyak fine printnya!

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !