Jas duit

Jasduit - Just do it !

Saturday, July 18, 2009

Berterus Terang Walaupun Pahit

  Mat Bihi       Saturday, July 18, 2009

Hari ini saya dipanggil oleh pelanggan saya yang merupakan sebuah hotel yang terletak di tengah-tengah pusat bandaraya KL. Saya menjalankan perkhidmatan kawalan serangga untuk seluruh hotel tersebut.

Seperti biasa saya terpaksa bersedia dengan maklumat terkini tentang segala kerja kawalan serangga yang telah saya lakukan dan apakah masalah yang telah saya hadapi dan bagaimana untuk memperbaiki hasil kerja yang telah saya jalankan.

Biasanya apabila saya dipanggil oleh Bos hotel itu bermakna ada sesuatu yang kritikal berlaku terhadap tahap serangan serangga di hotel, terutamanya tahap serangan lipas di kawasan dapur dan restorannya.

Ketika bermesyuarat dengan bos hotel itu yang turut disertai oleh Chef dan ketua House Keepingnya, bos hotel itu memberitahu saya akan masalah laporan buruk tahap serangan lipas yang diterimanya dari pegawai kesihatan yang datang membuat pemeriksaan hotel baru-baru ini.

Dia mahu saya memberi penerangan kenapa ini berlaku dan bagaimana mahu mengatasinya Dia telah berjanji pada pegawai itu untuk berbincang dengan syarikat kawalan serangga yang bertanggungjawab bagi menyelesaikan masalah lipas itu dalam tempoh 2 minggu dan jika gagal perkhidmatan saya akan di hentikan .

Berikut adalah penerangan saya:

Faktor keberkesanan kawalan serangga di dapur utama hotel dan restaurannya adalah di tentukan oleh perkara berikut di bawah:

1. Bahan kimia yang saya gunakan untuk menghapuskan lipas tersebut.
2. Kawasan yang boleh saya lakukan rawatan tanpa dihalang oleh
a. Keadaan dapur yang masih penuh dengan makanan yang tak di simpan atau diasingkan dengan sempurna.
b. Memunggah semua dapur, peralatan dan kawasan simpanan barang.
c. Memastikan tahap kebersihan yang tinggi tanpa di penuhi dengan lemah yang bertompok tebal.
3. Memastikan semua rekahan dan lubang yang ditampal bagi mengelakkan ianya menjadi pusat pembiakan lipas.

Dari faktor di atas saya menyatakan hanya faktor pertama yang dibawah kawalan saya dan saya boleh membuktikan bahawa bahan kimia yang saya gunakan adalah bermutu tinggi dan terbukti keberkesanannya serta di luluskan oleh "Pesticide Board of Malaysia".

Faktor kedua dan ketiga adalah tanggungjawab pihak hotel untuk memberikan kerjasama yang sepenuhnya dan bersungguh untuk memastikan serangan lipas dapat di kawal dengan berkesan. Malangnya ini tidak pernah saya dapat dari pihak pengurusan hotel.

Saya dengan celuparnya mengajak bos hotel tersebut membandingkan tahap kebersihan dan kesempurnaan restoran mamak bistro yang terdapat di KL dengan restoran hotel itu. Saya berkata dapur mamak bistro 10 kali ganda lebih baik dari dapur mereka.

Mendengar saja ayat itu terbeliak bos hotel itu dan terus meninggikan suara memberikan amaran yang saya tak patut berkata begitu. Saya menghina keadaan dapur hotel itu.

Sudah terlanjur saya terpaksa mempertahankan kenyataan saya bahawa saya hanya menyatakan keadaan sebenar apa yang saya lihat dan itulah kebenarannya.

" Kalaupun benar ya pun, you tak sepatutnya berkata se "direct" begitu, "respect" sikit dengan siapa you bercakap". Katanya dengan muka merah pada.

Saya melihat muka chef dan ketua Houskeeping berubah dan risau dengan situasi itu.

" Saya tak peduli apa you nak kata, jika kita tak sanggup menerima kebenaran, sampai bila kita tak akan berubah dan saya tak kisah kalau you nak "terminate" saya dan saya tak ingin membuang masa saya dengan orang yang tak mahu bekerjasama" Kata saya bersungguh dan dengan nada yang tinggi juga.

Tambah saya lagi, " saya dah bosan mendapat rungutan demi rungutan, komplain demi komplain dari pihak hotel dan saya tak pernah tak layan semua rungutan itu. Berbagai laporan demi laporan saya berikan siap dengan gambar menunjukkan bukti hotel tidak bersungguh mahu mambantu, namun tiada apa-apa yang berlaku".

Saya menunjukkan semua laporan siap dengan gambar satu persatu.

"Apa susah sangatkah untuk mengarahkan semua kakitangan dapur mengemaskan dapur, memberikan ruang untuk saya mamastikan rawatan saya menyeluruh?" tanya saya padanya.

Saya menghentam bertubi-tubi dengan suara yang tinggi.

Nasib baik teknik saya berjaya dan dia nampaknya mula mengendur. Dia meminta chef mengambil perhatian terhadap perkara yang saya sampaikan dan segera merancang untuk menutup dapur selama satu hari dan megerahkan semua pekerja memberikan kerjasama pada saya minggu depan.

Dia juga berjanji akan memanggil kontraktor untuk renovate restorannya dan meminta saya datang ketika kerja sedang dijalankan untuk memberikan khidmat nasihat bagaimana susun atur dan pemasangan perlukan dilakukan bagi mengelakkan serangan lipas secara pro aktif.

Pelajaran hari ini. Cakap saja yang benar dan bersedia untuk menghadapi tentangan untuk merubah keadaan.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Berterus Terang Walaupun Pahit

Previous
« Prev Post

6 comments:

  1. Salam.. kagum saya dgn sikap En.Shubhi, saya pun naik cuak bila baca entry ni mula mulanya, tyakut juga contract tu kena terminate, tapi iyalah yng benar itu tetap benar.

    ReplyDelete
  2. Zaidon, Saya cuma nak bagi tahu yang dapur dia kotor dan tak terurus, terlajak pulak bagi tau dapur dia lebih teruk dari kedai mamak.

    ReplyDelete
  3. salam untu Sdra, kadang-kadang 'shock treatment' macam tu memang boleh digunakan tetapi bukan dalam semua keadaan. Namun begitulah usahawan, mereka mesti tahu teknik apa yang hendak digunakan untuk situasi tertentu.

    Selamat maju Jaya untuk Saudara

    ReplyDelete