Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, August 28, 2009

Benda Pelik Bukan Hujah Kebenaran

  Mohd Shubhi       Friday, August 28, 2009

Minggu lepas saya berbuka puasa beramai-ramai dengan kawan-kawan dan juga seorang ahli parlimen.

Bersama dengan ahli parlimen tersebut ialah 2 orang ahli perniagaan berbangsa cina yang turut sama-sama berbuka puasa dengan kami.

Sambil berbincang salah seorang ahli perniagaan cina itu selamba sahaja meneguk air sejuk dan menghisap rokok walaupun semua yang ada di situ sedang berpuasa dan hanya melihat sahaja dia meneguk dan menghembuskan asap rokoknya.

Ahli perniagaan cina yang seorang lagi itu nampaknya memahami dan menghormati rakan-rakan Islamnya yang lain dengan turut sama menunggu sehingga masuknya waktu.

Mungkin cina yang seorang lagi itu tidak diajar tentang tata susila menghormati kawan atau mingkin dia selama ini hanya berkawan dengan orang melayu yang tidak berpuasa dan tidak menghormati bulan puasa.

Dalam perbualan pada hari itu, salah seorang usahawan cina itu amat berminat mencari peluang perniagaan di Aceh.

Kebetulan salah seorang dari kami memang merupakan pakar dalam selok belok negara Aceh dan mengenali ramai orang Aceh samada yang berada di Malaysia atau di Aceh sendiri.

Lantaran itu mereka berpakat untuk mencari satu masa yang sesuai untuk bersama-sama pergi ke Aceh dan melihat sendiri peluang yang boleh di dapati di sana.

Salah seorang dari kami mengingatkan agar membawa usahawan cina tersebut bertemu dengan seorang Aceh yang berbangsa cina yang telah memeluk agama Islam selepas kejadian Tsunami dulu.

Cina Aceh tersebut merupakan peniaga barangan hardware dan kedainya terletak betul-betul berhadapan dengan masjid terkenal berwarna putih Al-Barkah yang masih berdiri kukuh tidak terjejas lansung selepas ketika kejadian tsunami lalu.

Ahli Parlimen yang bersama kami menceritakan bagaimana cina aceh tersebut mendapat hidayah dan memeluk Islam kepada kami semua dan juga terutamanya kepada 2 orang cina yang bersama kami pada waktu itu.

Cina Aceh yang tinggal di hadapan masjid al-barkah ketika kejadian tsunami berlaku melihat satu lembaga putih yang amat besar memegang sambil menjulang masjid al-barkah tinggi ke atas dan ombak besar yang melanda kawasan itu lalu di bawahnya dan terus memukul segala apa yang ada di sekeliling kawasan itu.

Sebab itulah masjid tersebut lansung tidak terjejas menurut cina aceh yang melihat sendiri kejadian tersebut, dan itu jugalah sebabnya dia lansung memeluk agama islam.

Rupa-rupanya salah seorang cina yang bersama kami ketika itu amat berminat dan mempercayai perkara-perkara ajaib dan mistik.

Dia yang asyik mendengar kejadian aneh tsunami itu terus mengiyakan kejadian itu dan berulang kali menyatakan percayanya pada kejadian-kejadian seumpama itu.

Saya melihat cina itu dengan penuh minat dan melihat yang dia mempunyai potensi untuk di dakwah kepada islam.

Namun malangnya dia menceritakan pengalamannya dalam kejadian mistik dimana terdapat beberapa tokong yang di ketahuinya juga tidak terjejas walaupun setelah dilanda banjir sedangkan semua tempat lain hancur.

Dia juga menceritakan berkenaan satu tokong yang dia merupakan pengerusi pernah dilanda ribut dan semua benda di sekeliling tokong tersebut hancur sedangkan tokong itu berdiri tegak tidak terjejas.

Rupanya dia mangakui bahawa kejadian seperti itu berlaku dan ada sesuatu yang berkuasa yang memelihara tempat-tempat seperti itu. Dia hanya mengakui adanya kuasa yang ghaib tapi tidak jelas yang mana lurus yang mana sesat.

Cuma satu yang saya dapat pelajari dalam cerita diatas adalah bahawa kejadian-kejadian pelik dan mistik seperti itu tidak dapat dijadikan hujah bahawa islam itu benar dalam kita berdakwah.

Banyak juga kejadian aneh dan mistik yang berlaku pada tokong-tokong, berhala-berhala, sami-sami dan lain-lain, namun itu bukan lah bermakna bahawa mereka berada di jalan yang benar.

Hanya dakwah dan tarbiah dalam bentuk ilmu dan logik berserta kefahaman yang dapat membawa manusia ke jalan yang lurus, bukan dengan mengagung-agung kan cerita-cerita aneh dan ganjil.

Kalu nak cerita ganjil sebenarnya terlalu banyak kejadiannya sekeliling kita yang kita tak perasan seperti bagaimana pucuk kelapa yang lebut dan mudah kita lenyet hancur dengan jari dapat menembusi tempurung kemudian sabut kelapa dan tiba-tiba muncul menjadi anak pokok kelapa.

Cuba kita cucuk tempurung atau sabut kelapa dengan jari kita, dapatkah kita menembusinya?
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Benda Pelik Bukan Hujah Kebenaran

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Setuju. Orang Islam terlalu dok agungkan benda2 pelik nie.

    Sepatutnya kita kagum dengan isi kandungan Al-Quran... bukan dengan buah tomato ada nama Allah, batu ada kalimah dan sebagainya.

    ReplyDelete
  2. Betul Shahabudeen, Tidak kenal diri, tidak kenal Pencipta...

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !