Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, August 29, 2009

Bercakap Bahasa Yang Sama

  Mohd Shubhi       Saturday, August 29, 2009
Sepanjang kita menguruskan perniagaan kita akan selalu mengalami kekecewaan apabila apa yang kita harapkan kepada pekerja kita untuk dilaksanakan tidak dilakukan sebagaimana yang kita jangkakan.
Sering terjadi lain yang kita suruh lain pula yang pekerja buat. Ini akan membuatkan pekerja tidak dapat memenuhi apa yang telah kita janjikan pada pelanggan.
Setiap kali berlaku perkaran sebegini kita perlu memanggil para pekerja dan menyiasat apa sebenarnya yang berlaku.
Jika kita kaji secara mendalam, kebanyakkan masalah tersebut timbul di sebabkan tidak terdapatnya satu definasi yang seragam yang semua pekerja dalam setiap jabatan memahaminya dengan tepat.
Masalah ini lebih ketara lagi jika kita menceburi bidang perkhidmatan kerana produk yang ditawarkan adalah dalam bentuk khidmat dan bukannya dalam bentuk material.
Sebagai contoh jika kita menjalankan perniagaan kawalan serangga, salah satu produk kita adalah Kawalan Serangga Umum (KSU).
Jika kita tidak teliti dalam memberikan maklumat dan latihan dengan andaian semua pekerja kita tahu apa makna KSU, kita akan sentiasa mengalami kekecewaan dan tidak dapat memuaskan hati pelanggan.
Walaupun semua pekerja yang kita rekrut merupakan pekerja yang telah berpengalaman lama dari syarikat yang lain.
Kita akan dapati setiap orang akan memberikan definasinya yang tersendiri dari pekerja pemasaran dan jualan hinggalah kepada pekerja operasi.
Akibat dari ketidak seragaman penakrifan tersebut sudah tentu komunikasi tidak akan lancar. Samalah seperti itik bercakap dengan ayam.
Jadi pastikan setiap produk anda, setiap istilah yang anda gunakan dalam berkomunikasi dalam perniagaan anda ditakrifkan dengan terang dan sekata dan berikan latihan demi latihan agar semua memahami bahasa yang sama.
Ingat !, pelanggan mengharapkan perkhidmatan atau barangan yang konsisten dan faedah dari perkhidmatan atau barangan yang boleh dijangka dengan tepat hasilnya.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bercakap Bahasa Yang Sama

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !