Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, September 1, 2009

Membina Perniagaan

  Mohd Shubhi       Tuesday, September 1, 2009

Setelah sekian lama berniaga saya kali ingin berpatah balik mencari perniagaan lain yang lebih mudah dan dapat menjana keuntungan yang lebih baik.

Semuanya disebabkan sangkaan bahawa perniagaan orang lain nampak lebih mudah dan nampak mereka semacam lebih berjaya dari pada saya.

Nasib baiklah saya punya ramai kawan yang masing-masing mempunyai perniagaan mereka sendiri dan saya sering berjumpa dengan mereka berkongsi pengalaman masing-masing.

Hasil dari perbincangan rupanya saya dapati hampir semuanya mengalami masalah yang sama, ingin menukar perniagaan lain dan lari dari perniagaan mereka sendiri.

saya merumuskan bahawa itu hanyalah salah satu dari cabaran dalam membina perniagaan kita, membina syarikat kita. Jika kita mengikut rasa hati yang tak sabar itu alamat proses pembinaan perniagaan kita akan terhenti.

maka saya akan mengingatkan pada diri saya sendiri bahawa saya sedang membina syarikat perniagaan saya dan bukannya membina kekayaan diri sendiri. Ini memerlukan kesabaran dan sentiasa sanggup belajar dari masalah dan kesilapan.

Dengan sabar, tidak jemu belajar dan terus menerus berusaha maka insyallah saya akan sampai ke destinasi yang saya inginkan.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Membina Perniagaan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !