Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, November 18, 2009

Cabaran Yang Menghalang Mula Berniaga - Kawan

  Mohd Shubhi       Wednesday, November 18, 2009

Selain daripada keluarga yang boleh membantutkan hasrat berniaga, satu lagi faktor yang boleh menghalang seseorang individu daripada menjadi seorang usahawan ialah kawan-kawan.

Jika kita berhasrat mahu menjadi seorang usahawan, perkara pertama dan utama sekali yang wajib kita lakukan adalah dengan memilih siapa kawan kita yang kita sering berhubungan dan berjumpa.


Pengaruh daripada kawan-kawan amat penting dalam mengubah persepsi kita terhadap sesuatu perkara jesteru itu kita perlu menggunakannya dalam membetulkan pemikiran kita dalam dunia keusahawanan. Kita perlu ingat tindakan kita amat dipengaruhi oleh cara kita berfikir.

Mereka yang makan gaji sering berkeinginan untuk menjadi usahawan, namun mereka terlalu memikirkan ketakutan yang bakal dihadapi jika mereka berhenti kerja dan mula berniaga dan perniagaan tersebut pula gagal. Mereka mempunyai seribu satu macam alasan yang membenarkan mereka untuk terus makan gaji. Jika orang begini yang kita sering bertemu maka kita akan didedahkan dengan berbagai alasan kenapa kita tidak boleh lagi menjadi usahawan.

Jika kita sering berjumpa dengan mereka yang telah lama berniaga dan telah pergi jauh, kita akan didedahkan dengan berbagai cara untuk berjaya. Kawan-kawan jenis ini akan hanya menceritakan kemanisan berniaga sahaja dan sering kali menutup kesusahan atau kelemahan diri. Ini amat penting untuk kita menanam pemikiran  bahawa itu amat senang dan manis dan seterusnya memberanikan kita terjun ke bidang usahawan.

Jika kita sering berjumpa dengan kawan yang berniaga kecil-kecilan dan telah bertahun-tahun berada di takuk yang sama dan sentiasa susah, kita akan didedahkan dengan berbagai cabaran yang nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Kita akan diberi persepsi bahawa keadaan kita makan gaji adalah 1000 kali ganda lebih baik dari dia, dan dia akan sentiasa menyatakan bertapa bagusnya jika dia menjadi seperti anda. Maka orang seperti ini akan membuatkan anda selesa dan merasakan tidak perlu membinasakan diri dengan berniaga.

Jika anda berjumpa dengan mereka pernah berjaya dan jatuh tidak bangun-bangun lagi lalu meneruskan sisa-sisa hidup dengan makan gaji, anda akan di maki serapahnya jika anda memberitahu bahawa anda mahu berniaga. Dia akan memberikan segala contoh keburukan yang telah dialaminya yang boleh membuatkan anda menjadi ngeri untuk berniaga.

Berikut adalah langkah-langkah yang kita perlu ambil:

1. Langkat pertama yang kita perlu buat ialah senaraikan semua kawan-kawan yang kita sering berjumpa. Pecahkan dalam kategori kekerapan perjumpaan seperti Setiap Hari, Seminggu Sekali, Sebulan Sekali dan seumpamanya.
2. Perhatikan siapakah mereka itu dan apa pekerjaan mereka. Hanya terdapat 2 kumpulan kawan-kawan yang kita sering berjumpa. a.) Yang makan gaji b.) Yang berniaga atau kerja sendiri.

Jika semua senarai nama kereka yang sering kita jumpa adalah dari kalangan mereka yang makan gaji, maka anda ada banyak kerja yang perlu dilakukan dalam membina rangkaian kawan-kawan yang berniaga.

Jika kebanyakan mereka yang anda jumpa adalah rakan yang berniaga maka anda sebenarnya telah mempunyai satu ciri-ciri yang boleh membuatkan anda menjadi seorang usahawan.

3. Bergantung kepada jenis kawan-kawan yang anda sering bertemu, anda perlu menyusun semula sasaran senarai kawan yang sering anda jumpa seperti berikut:
Pastikan kawan yang paling kerap anda bertemu adalah dari kalangan para peniaga dan mereka yang amat jarang anda bertemu dan berbual adalah dari kalangan mereka yang makan gaji.

4. Jika anda tidak mempunyai kenalan kawan-kawan yang berniaga, mulakan pencarian anda segera dan buat apa cara sekalipun untuk berkawan rapat dengan mereka yang berniaga. Mungkin anda boleh bertanya dikalangan kenalan anda dan meminta anda diperkenalkan.

5. Jika anda sudah biasa berkawan rapat dan sering berjumpa dengan mereka yang berniaga, anda perlu menapis menjadikan mereka yang kerap anda jumpa adalah kawan berniaga yang telah berjaya dan berfikiran positif. Ketepikan buat sementara waktu mereka yang tidak berniaga dan berfikiran negatif terutamanya mereka yang tidak bercita-cita tinggi.

6. Setelah anda berjaya mengatur gaya berkawan anda dengan mengutamakan kawan berniaga yang telah berjaya, maka anda akan dapati kenalan kawan-kawan anda dalam kategori tersebut akan bertambah dan anda mula mempunyai persepsi yang positif untuk berniaga dan berjaya.

7. Anda boleh mula menawarkan kemahiran anda jika perlu untuk membantu rakan-rakan tersebut secara percuma atau berbayar agar anda dapat memastikan kekuatan utama anda untuk digunakan dalam perniagaan anda.

8. Jangan lupa untuk sekali sekala bertemu dengan mereka yang berniaga dan pernah berjaya namun telah kecundang untuk mendapatkan tip-tip kesilapannya untuk anda pelajari.

Jika anda memulakan langkah-langkah seperti di atas anda pasti akan mampu menjadi seorang usahawan yang berjaya dalam masa pantas.

Selamat mencuba.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Cabaran Yang Menghalang Mula Berniaga - Kawan

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. salam, saya sangat setuju dengan tuan. saya berjaya mencapai ijazah tertinggi kerana telah di'brainwash' oleh kawan yang berada dalam kerjaya berkaitan. cakap2nya sentiasa manis semua senang tiada yang susah. alhamdulillah, segala jerit payah telah saya tanggung dan telan, hasilnya telah saya dapat. sekarang ni saya teringin nak bergaul denga usahawan pula. bermula dari melawat blog usahawan merupakan permulaan yang baik. mungkin tuan adalagi cadangan blog2 yang positif kearah keusahawanan untuk saya hayati...

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !