-->

Jas duit

Jasduit - Just do it !

Saturday, November 21, 2009

Keluang - Lama Dah Tak Nampak

  Mat Bihi       Saturday, November 21, 2009

Bagi mereka yang sezaman dengan saya membesar di Penanti atau Kubang Semang tentu masih ingat nama binatang yang saya sebutkan di atas "Keluang" atau nama inggerisnya "Fruit Bat" atau juga dikenali dengan nama "Flying Fox". Nama saintifiknya ialah Pteropus vampyrus.

Keluang merupakan sejenis kelawar yang amat besar dan ia dikatakan yang terbesar di dunia. Mereka boleh terbang mencari makan dalam sekitar 60 km radius.Jika dilebarkan sayapnya ia dapat mencapai selebar 1.5 meter panjang !.

Makanan utama Keluang ialah buah-buahan dan manisan bunga yang mana ia membezakan dirinya dari kelawar biasa yang makan serangga. Satu lagi perkara yang membezakan Keluang dengan Kelawar biasa adalah ketajaman deria melihat dan deria bau yang membolehkan dia mengesan buah-buahan dan bunga-bungaan.

Ini berbeza dengan kelawar yang tidak bergantung kepada deria melihat dan bau tetapi sebaliknya mempunyai deria seperti sensor atau radar yang mengesan halangan atau benda bergerak di hadapannya, sebab itulah Kelawar dapat menangkap serangga yang sedang terbang dengan cekap. Keluang tidak memerlukan deria ini kerana makanannya bukan merupakan benda yang bergerak.

Mereka akan makan buah-buahan yang terdapat dan menyebarkan biji serta benih pokok ke serata tempat yang mana ia adalah amat penting dalam sistem ekologi untuk pemeliharaan hutan.


Ketika kanak-kanak di kampung dulu, Keluang merupakan musuh kepada tuan-tuan punya pokok buah ketika musim buah-buahan. Terdapat juga aktiviti menembak keluang ini bagi menjaga kebun-kebun mereka dari serangan Keluang ini.

Saya masih ingat lagi melihat Keluang yang besar ini berterbangan apabila waktu senja ketika musim buah, sekali tengok nampak macam drakula ata langsuir. Kadang-kala binatang ini tersesat masuk ke dalam rumah dan jenuh kami cuba menghalaunya keluar atau menangkapnya dengan berbagai cara.

Namun sekarang ini saya tak pasti pernah terlihat keluang di kampung saya, dah berpuluh tahun saya tak pernah melihat kelibat Keluang ini. Adakah ia telah pupus?.

Keluang merupakan binatang yang dilindungi di negara jiran kita Thailand. Setahu saya Malaysia masih lagi tidak melarang pemburuan Keluang ini. Saya mendapat tahu Keluang diburu untuk tujuan makanan, perubatan dan juga sukan di sekitar nusantara ini.


Para saintis menganggarkan terdapat lebih kurang 500,000 ekor Keluang yang masih tinggal di Malaysia, dan jika aktiviti memburunya tidak dikawal ia akan pupus sekitar tahun 2015.

Agak malang jika Keluang pupus, tak dapatlah anak-anak saya menyaksikannya lagi, seperti saya merasainya ketika membesar di kampung dulu.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Keluang - Lama Dah Tak Nampak

Previous
« Prev Post

4 comments:

  1. Salam tuan, saya masih ingat sewaktu saya kecil-kecil di hilir Perak, waktu hampir senja binatang ini akan memenuhi langit. Maka banyaklah penduduk yang keluar dengan senapang patah menembak binatang malang ini.

    Malangnya ( atau baiknya terpulang kepada perspektif masing-masing)Keluang adalah penyebar virus JE yang menyebabkan industri khinzir Malaysia lumpuh.

    Salam

    ReplyDelete
  2. ZulBahau,
    Terima kasih atas maklumat anda. Maknanya Keluang ni juga bertindak dalam mengawal kegilaan menternak babi secara komersil besar-besaran !

    ReplyDelete
  3. salam,pada saya bagus juga adanya keluang ini.kerana sekurang-kurangnya tiadalah pihak-pihak tertentu beria-ia sangat hendak membela babi secara besar-besaran ni.

    ReplyDelete