Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, December 25, 2009

Kemenyan Baik Untuk Turunkan Kolestrol

  Mohd Shubhi       Friday, December 25, 2009
Sebut saja kemenyan, kita orang melayu akan mengkaitkannya dengan orang mati, pak-poi nombor ekor, perasap keris, menurun dan lain-lain lagi yang seumpama dengannya.

Kemenyan atau dalam bahasa inggerisnya dipanggil Myrrh merupakan sejenis getah atau damar yang diambil dari pokok Commiphora Myrrha yang biasanya terdapat banyak di Yamen atau Somalia. Namanya juga berasal daripada perkataan arab "Murr" (مر: Murr). yang menunjukkan asal datangnya bahan tersebut adalah dari asia tengah.

Dalam satu kajian yang dilaporkan dalam majalah pemakanan The International Journal of Food Safety, Nutrition and Public Health, Nadia Saleh Al-Moudi seorang penyelidik daripada King Abd Al-Aziz University menyatakan bahawa kemenyan telah lama digunakan sebagai ubat untuk sakit tekak, sembelit, luka dan juga terbakar.

Para penyelidik telah memberikan tikus albino getah kemenyan sebagai tambahan dalam pemakanannya dan mendapati tahap kolestrol "jahat" tikus tersebut menurun manakala tahap kolestrol "baik" pula telah naik.

Dari penemuan tersebut para penyelidik telah menemui satu lagi cara dalam memerangi tahap kolestrol yang tinggi bagi menjaga kesihatan iaitu dengan mengambil kemenyan sebagai makanan tambahan.

Ini bukanlah kali pertama pokok kemenyan di dapati mengandungi unsur perubatan yang baik, sebelum ini para penyelidik dari Rutgers University di New Jersey telah menemui satu bahan yang terkandung dalam kemenyan yang boleh digunakan untuk merawat barah prostate dan juga barah buah dada.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kemenyan Baik Untuk Turunkan Kolestrol

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !