-->

Jas duit

Jasduit - Just do it !

Tuesday, December 29, 2009

Merbahaya Basuh Tangan Di Hospital !!!

  Mat Bihi       Tuesday, December 29, 2009

Anda terdedah dengan ribuan kuman yang merbahaya apabila anda memulas kepala paip sinki yang terdapat di hospital kerana ribuan manusia dari pelbagai keadaan sihat dan berpenyakit menggunakan tandas atau sinki yang sama di hospital.

Demikian menurut Prof Emeritus Hugh Pennington, dari Aberdeen University seorang pakar dalam bidang Bacteriology di universiti tersebut. Orang yang membasuh tangannya di hospital bakal terdedah dengan kuman yang lebih banyak daripada sebelum dia menggunakan kemudahan membasuh di hospital.

Semua hospital sepatutnya menyediakan tempat basuh tangan yang menggunakan sensor automatik bagi mengelakkan orang ramai menggunakan sentuhan pada kepala paip. Teknologi sensor telah lama diperkenalkan dan walaupun agak mahal sikit, ianya amat berbaloi.

Elok jika kerajaan kita dapat mengambil perhatian dalam pandangan professor tersebut dalam menambah baikkan sistem paip dan pancur yang terdapat di semua hospital di negara kita.

Maklumat di petik dari Telegraph.co.uk
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Merbahaya Basuh Tangan Di Hospital !!!

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment