Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, December 11, 2009

Ramalan Kemusnahan Dunia - Copenhagen Climate Summit

  Mohd Shubhi       Friday, December 11, 2009

Jika suhu meningkat hanya 2C sahaja lagi dari paras pra-industri maka akan berlaku kerosakan-kerosakan berikut pada dunia.

1. Laut menjadi lebih berasid - Ini disebabkan jumlah karbon dioksida yang meningkat di udara yang mana air laut akan menyerapnya dan menjadikan bacaan pH air laut menurun (sekarang bacaan pH air laut adalah sekitar 8.10). Banyak makhluk laut yang memerlukan tahap alkali yang sesuai di laut akan musnah seperti tumbuhan laut karangan, dan juga siput atau kerang.

2. Paras Air Laut Meningkat & Ancaman Banjir - Saintis meramalkan paras laun meningkat sdalam 4 kaki. Kawasan rendah seperti Bangladesh dan Maldive bakal dilanda musibah yang dasyat di mana puluhan juta manusia perlu dipindahkan.

3. Kekurangan Makanan dan Minuman - Hasil tanaman ruji akan menurun antara 20% hingga 30% terutamanya di kawasan Asia. Hasil tanaman seperti buahan di Eropah juga akan menurun. Kecairan glacier di pergunungan Himalaya yang menyalurkan sumber air ke Sungai Ganges, Yellow River dan Yangtze akan memburukkan lagi keadaan krisis air.

4. Kepupusan Hidupan Besar-Besaran - Banyak binatang dan tumbuhan akan pupus akibat dari perubahan cuaca, peningkatan suhu udara dan air. Dianggarkan sebanyak 20 hingga 30% makhluk akan pupus.

5. Cuaca Melampau - Ribut taufan tropika akan melanda lebih kerap dengan daya memusnah yang lebih tinggi hasil dari suhu yang lebih panas dan kendungan CO2 yang meningkat.

6. Peningkatan Wabak Membunuh - Penyakit berjangkit tropika akan meningkat seperti malaria, virus Nil dan lain-lain yang boleh membawa bencana rebakan penyakit.

Adakah dunia semakin menuju kehancuran. Dapatkah manusia seluruh dunia bekerjasama mengelakkan dari bencana terus mendekati melanda mukabumi ini? Apa peranan kita?
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Ramalan Kemusnahan Dunia - Copenhagen Climate Summit

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !