Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, January 30, 2010

Mengelakkan Selsema

  Mohd Shubhi       Saturday, January 30, 2010
Virus selsema mempunyai mekanisma yang amat cekap untuk merebak dan berjangkit. Apabila sesorang yang menghidapi selsema bersin, semburan yang keluar dari hidung dan mulut akan bertaburan seperti aerosol, yang akan masuk ke dalam saluran pernafasan kita melalui mulut, hidung atau mata.

Secara logiknya, cara yang paling mudah adalah mengelakkan diri dari orang yang bersin. Tetapi semburan dari bersin dapat berterbangan sejauh lebih dari 4 meter, batuk pula dapat menghembur sejauh 1 meter yang mana dapat mengenai orang lain yang berada di kawasan tersebut, maka mengelakkan diri dari orang yang selsema adalah hampir mustahil.


Memakai penutup muka pula bukanlah satu cara yang berkesan, kerana virus selsema juga terlekat di pemegang pintu, button lif, kain tuala lap tangan, telefon, pembuka pili air dan lain-lain yang mana mereka dapat bertahan aktif di tempat-tempat tersebut selama 2 hari. Apabila anda pegang, kemudian anda menyentuh hidung, mata atau mulut anda, anda akan segera dijangkiti.

Kajian menunjukkan bahawa memperkuatkan sistem imunisasi kita dapat mengelakkan jangkita selsema. Oleh itu adalah amat penting untuk kita mendapatkan rehat dengan tidur yang cukup, hentikan merokok, dan kawal tekanan perasaan anda, itu semua dapat menguatkan kekuatan imunisasi anda. Makan dengan teratur dan sempurna juga dapat menguatkan sistem imunisasi anda.

Berikut adalah bahan-bahan yang bagus untuk daya ketahanan anda:

  1. Selenium terdapat dalam Kacang.
  2. Iron atau Zat Besi terdapat dalam daging dan kacangan.
  3. Zinc terdapat dalam kerangan, bijirin atau cereal, bahan tenusu dan daging.
  4. Vitamin A terdapat dalam lobak merah, labu, limau, paprika kuning (yellow peppers)
  5. Vitamin C terdapat pada buah citrus dan buah kiwi.
  6. Vitamin E terdapat pada biji dan minyak bunga matahari
Kurang makan untuk tujuan berdiet juga sebenarnya mengundang penyakit kerana ia melemahkan sistem ketahanan badan. Makan suplemen vitamin C dengan banyak juga tidak mendatangkan apa-apa faedah kerana ia larut dalam air yang mana badan kita akan membuangkannya semula melalui sistem perkumuhan kita.

Tips Melawan Selsema

  • Sentiasa basuh tangan anda dengan sabun dan air yang bersih. Basuh dengan rata pada bahagian depan dan belakang tangan sehingga ke celah-celah kuku.
  • Bawa alcohol gel jika anda mendapati kesukaran untuk menemui tab membasuh tangan. Sapu dan gosok dengannya setiap sejam atau 2 jam sekali.
  • Elakkan dari menyentuh kawasan muka dengan tangan selagi tangan anda belum dibasuh seperti di atas.
  • Jika anda bersin, tutup mulut dan hidung anda dengan tisu, buang segera setelah digunakan dan segera basuh tangan anda.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Mengelakkan Selsema

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !