Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, July 12, 2010

Jangan Bela Pokok Ini !

  Mohd Shubhi       Monday, July 12, 2010
Jika anda suka tanam pokok bunga, sila baca artikel yang saya terima melalui e-mail dari seorang kawan di bawah. Saya tak pasti kebenarannya tetapi jika anda hendak pastikan, cuba kunyah daun pokok tersebut dan tunggu kesannya dan jangan lupa beritahu saya melalui e-mail sebelum kunyah.


Sila perhatikan pokok hiasan di atas betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda. 





Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.





Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.





Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.





Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam. 





Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".





Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Jangan Bela Pokok Ini !

Previous
« Prev Post

5 comments:

  1. salam,

    ada baik jika kiranya dapat dicari/diberi nama pokok termasuk nama saintifiknya.mudah nak cari bahan berkenaan kebenaran keracunan pokok ini.

    ReplyDelete
  2. Sang Kelana,
    Baik cadangan anda, saya akan cuba mencari.

    Jika ada pembaca yang mengenalinya, diharap dapat memberitahu nama pokok yang seperti di tunjukkan di dalam gambar.

    T Kasih

    ReplyDelete
  3. Aziezoul,
    memang species keladi, tapi tak tau nama saintifiknya, ada jumpa buku pasal pokok beracun di sekitar taman kita, tak ada budget nak beli lagi.

    ReplyDelete
  4. Memang betul dah sahih dulu pernah getah dia masuk kat dalam mata aku berminggu-minggu bengkak

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !