Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, July 6, 2010

Wakil Gerak Usahawan Muslim Ke China

  Mohd Shubhi       Tuesday, July 6, 2010
Hujung minggu baru-baru ini 2 orang wakil dari Gerak usahawan Muslim atau GUM telah berlepas ke negara China bersama-sama dengan delegasi perniagaan dari kerajaan negeri Kelantan.

2 orang wakil tersebut adalah En Shahabudeen yang merupakan seorang usahawan dalam perniagaan peruncitan barangan negeri China dan seorang lagi adalah Tuan Haji Mohammad Hasyim, seorang motivator perniagaan dan juga pakar sejarah politik.

Tujuan delegasi adalah untuk mempromosikan ekspo perdagangan yang bakal dianjurkan di negeri Kelantan pada bulan oktober nanti dan juga untuk meninjau peluang kerjasama perniagaan di antara usahawan Malaysia dan negeri China.


Sebelum berlepas ke sana  satu perjumpaan di antara ahli-ahli GUM dengan koordinator delegasi ke China telah diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Ahli GUM telah diberikan penerangan tentang aktiviti ekonomi yang bakal dilaksanakan terutamanya potensi hubungan niaga diantara usahawan Malaysia dengan usahawan dari negara China.

Kita harapkan lebih banyak lagi lawatan serta promosi perniagaan yang bakal dijalankan akan dapat diturut serta oleh wakil-wakil dari GUM seluruh Malaysia agar dapat membuka minda para usahawan GUM dan seterusnya membina rangkaian perniagaan yang lebih berjaya.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Wakil Gerak Usahawan Muslim Ke China

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !