Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, August 4, 2010

"Misi Ceramah Di Gereja" Sampai Ke Sabah - Dr Mujahid

  Mohd Shubhi       Wednesday, August 4, 2010
Dr Mujahid Yusof Rawa bukanlah satu nama yang asing bagi peminat politik tanahair kita. Kalau tak kenal Dr Mujahidpun tentu ramai yang kenal atau pernah mendengar nama bapanya Yusof Rawa yang pernah berkhidmat sebagai Duta Besar di Iran pada tahun 1975.

Dalam sebelas ahli keluarga Pak Yusuf Rawa, hanya Dr Mujahid yang menuruti jejak langkah arwah bapanya terjun ke dalam bidang politik. Dr Mujahid kini menjawat jawatan Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional, Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang dan juga Yang Dipertua Pas Kawasan Bayan Baru.

Memulakan pendidikan awal di Pulau Pinang sebelum mengikuti ayahnya berkhidmat di Iran pada tahun 1975 dan kembali ke Malaysia melanjutkan pelajarannya di Penang Free school pada tahun 1978. Dr Mujahid memperolehi ijazah dari Universiti Al-Azhar pada tahun 1991 dan selanjutnya memperolehi ijazah doktor Falsafah (UPM) dalam bidang Siasah Syariyyah pada tahun 2007.


Melihat latarbelakangnya dalam bidang keilmuan berserta pendedahan pergaulan dengan pelbagai agama dan bangsa, tidak syak lagi beliau merupakan orang yang amat cocok memegang teraju kepimpinan ke arah perpaduan nasional dalam parti yang diperjuangkannya iaitu Pas.

Ketika para ustaz dari rakan-rakan partinya sibuk berceramah di serata masjid dan surau, Dr Mujahid membuat satu pembaharuan dalam meneroka usaha dakwah serta menanam kefahaman Islam kepada non-muslim dengan mengatur siri ceramah di gereja-gereja yang banyak terdapat di negara kita ini.

Setakat ini beliau telahpun mendapat peluang berceramah di 10 gereja di kawasan semenanjung terutamanya di sebelah utara negara kita, dan baru-baru ini beliau diberi kesempatan menyatakan perjuangannya di sebuah gereja di Keningau, Sabah.

Dr Mujahid bertolak bersama dengan 7 orang lagi delegasinya pada 29 Julai 2010, pada pukul 9 malam dari Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang bagi menyahut jemputan berdakwah yang telah di Atur oleh Pas Keningau.

Saya akan cuba membuat laporan serta pengalaman secara ringkas dengan disertakan gambar-gambar menarik sepanjang kembara dakwah di Sabah dalam siri-siri yang berikutnya.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, "Misi Ceramah Di Gereja" Sampai Ke Sabah - Dr Mujahid

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !