Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, September 25, 2010

Jenis Kamera Yang Ada Di Pasaran

  Mohd Shubhi       Saturday, September 25, 2010
Anda boleh ambil gambar pada waktu subuh begini jika anda boleh
mengawal kelajuan bukaan tingkap kamera.
Saya mengingatkan kepada semua bahawa saya bukanlah seorang pakar dalam dunia photo atau kamera digital. Apa yang saya tuliskan berkenaan kamera digital adalah berdasarkan penerokaan saya sebagai seorang yang tak pernah tahu lansung tentang kamera dan sedang meneroka dunia ini sebagai satu hobi.

Semua hasil penemuan yang saya kongsi di sini adalah berdasarkan aktiviti pembacaan saya melalui majalah dan buku yang menerangkan tentang aktiviti kamera digital, juga melalui percubaan demi percubaan dengan menggunakan kamera saya sendiri berserta kamera kawan-kawan yang ada di sekeliling. Segala kenyataan bukanlah sesuatu yang muktamad dan anda pembaca yang lebih ariff dalam bidang ini dialu-alukan memberi komen dan tunjuk ajar terhadap segala kesilapan.

Kita kembali kepada tajuk artikel saya di atas;


Apabila kita tidak pasang niat terhadap sesuatu maka kita akan buta terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita seolah-olah ianya ghaib dari pandangan kita. Sebaik saja kita memasang niat seperti mahu memiliki kamera tiba-tiba terbukalah hijab di mana anda tiba-tiba amat peka dengan Kamera.

Perkataan kamera menjadi sensitif, kedai kamera tiba-tiba muncul di depan mata sedangkan anda sudah saban hari lalu di situ tanpa ambil peduli kewujudannya sebelum ini. Setiap perjalanan anda tiba-tiba sahaja anda terlihat ada sahaja orang yang sedang memegang kamera, menggalas kamera.

Anda mula nampak semua itu dan hijab tersebut terbuka sedikit demi sedikit mengikut naluri ingin tahu anda. Anda mula nampak terdapat berbagai perbezaan kamera yang dimiliki oleh orang ramai, yang dijual di pasaran dan berjenis-jenis jenama serta model ada di serata tempat.

Begitulah yang berlaku kepada saya, sebelum ini saya tak pernah perasan adanya majalah, Digital Photography, majalah Digital Camera dan lain-lain yang seumpama dengannya tapi tiba-tiba ianya terbuka di setiap kedai buku yang saya lawati.

Sebagai selingan, tanamlah apa-apa niat keinginan apa yang anda mahu, dengan ikhlas dan bersungguh nescaya Allah akan membuka hijab sedikit demi sedikit bagi memudahkan perjalanan anda, sesungguhnya Allah Maha Pemurah.

Berbalik kepada tajuk kita, terdapat 3 kategori kamera dalam pasaran jika di senarai pendekkan:

  • Kamera Kompak
Contoh Kamera kompak dari Leica
Hampir semua orang kenali kamera jenis ini yang dapat dibeli dengan harga yang amat murah sekarang. Konsepnya amat mudah iaitu halakan pada benda yang nak dirakamkan gambarnya dan tekan. Kelebihan yang ada pada kamera jenis ini ialah ia mudah dibawa ke mana-mana. Kita dapat memasukkan kamera jenis ini ke dalam poket dan sentiasa bersedia untuk digunakan.

Dengan teknologi yang semakin canggih sekarang ini banyak kamera jenis ini yang makin canggih dan menghampiri kualiti gambar kamera SLR cuma anda tidak dapat kawalan sepenuhnya terhadap kamera ini dan sekaligus menghadkan kreativiti anda dalam penghasilan gambar. Anda juga tidak mendapat kelebihan menukar lensa yang anda ingini dengan kamera jenis ini.

Namun terdapat juga kamera jenis kompak ini yang menyediakan fungsi-fungsi seperti yang terdapat pada kamera SLR. Anda boleh memilih samada mahu mengawal sendiri bukaan jendela kamera, kelajuan atau lain-lainnya. Anda boleh menggunakan kamera jenis ini untuk mempelajari serba sedikit tentang fungsi kamera sebelum mengalih kepada kamera SLR

Dua jenis kamera lagi yang ada di pasaran adalah seperti di bawah, akan saya sambung lagi pada artikel yang lain:
  • Kamera "super zoom"
  • Kamera SLR
    logoblog

    Terima Kasih kerana membaca, Jenis Kamera Yang Ada Di Pasaran

    Previous
    « Prev Post

    No comments:

    Post a Comment

    Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !