Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, December 13, 2010

Permintaan Kamera Kompak Menurun, Kamera DSLR Menaik Tinggi

  Mohd Shubhi       Monday, December 13, 2010
Laporan dari Flikr menunjukkan bahawa majoriti gambar yang dimuat turun ke dalam album tersebut diambil dengan menggunakan Iphone 3G.

Jualan kamera kompak menunjukkan penurunan yang ketara, mungkin kerana telefon bimbit sekarang ini dapat menghasilkan gambar yang sama hebat dengan kamera kompak. Lagipun adalah lebih mudah menggunakan telefon bimbit yang mempunyai berbagai fungsi dan bileh di selitkan ke dalam kocek sepanjang masa.

Permintaan terhadap kamera Digital SLR menunjukkan peningkatan sebanyak 21%. Adalah sesuatu yang masih jauh untuk telefon bimbit menggantikan keupayaan kamera SLR setakat ini. Harganya yang semakin hari semakin menurun juga menjadi faktor kepada permintaannya yang tinggi.


Jumlah mereka yang meminati kamera SLR di negara kita juga dapat dilihat semakin meninggi. Hampir ke mana sahaja tempat kita berjalan akan ada mereka yang kelihatan menggantung kamera SLR pada leher mereka, samada Canon, Nikon atau lain-lain model.

Di mana saja expo atau galeri mengenai photography diadakan akan di serbu oleh ramai peminatnya. Setakat ini bangsa cina nampaknya lebih ramai daripada bangsa melayu.

Cuma apa yang kurang adalah kedai kamera dan aksesori yang dipunyai oleh orang melayu. Hampir tiada lansung orang melayu yang memilikinya sedangkan permintaan dan perniagaan yang berkenaan dengan kamera semakin menarik di pasaran.

Pergilah kemana kedai-kedai yang menjual kamera di semua pusat membeli belah, anda akan dapati semuanya dimiliki oleh orang cina. Jika ada pembaca yang tahu ada kedai kamera melayu, mohon maklumkan di sini.

Gambar di atas diambil dari sini.
Maklumat artikel di ambil dari sini.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Permintaan Kamera Kompak Menurun, Kamera DSLR Menaik Tinggi

Previous
« Prev Post

1 comment:

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !