Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, January 7, 2011

Bahaya ! SPA Ikan

  Mohd Shubhi       Friday, January 7, 2011
Anda pernah tengok orang lipat kaki seluar dan masukkan kaki separas betisnya ke dalam air yang penuh berisi ikan kecil. Ada banyak terdapat di pusat membeli belah sekarang ini.

Terima email dari seorang kawan mengenai rawatan 'fish-spa' tersebut yang didakwa tidak selamat. Sahih atau tak sahih elok dijauhkan sahaja sehingga dibuktikan selamat. baca salinan di bawah.



Kementerian Kesihatan UAE memberi amaran bahawa rawatan kaki/kulit alternatif/kosmetik yang menggunakan ikan seperti yang dipaparkan pada gambar di atas boleh menyebarkan penyakit bahaya.


Akhbar Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin Al Amiri, “Penggunaan ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV.”

Tambah Dr Amin, “Sesetengah orang mungkin mengalami penyakit berbahaya dan virus pada luka mereka akan mudah dipindahkan kepada orang lain melalui ikan dan air.”

Prosedur rawatan yang dibangunkan di Turki ini digunakan untuk merawat kulit termasuklah penyakit psoriasis. 

Pesakit/orang ramai dikehendaki meletakkan kaki di dalam sebuah kolam kecil yang berisi ikan kecil (ikan garra rufa atau ikan chin chin). Ikan-ikan ini akan “memakan” sel-sel kulit yang telah mati pada kulit pesakit.

Untuk makluman, rawatan kaki menggunakan teknik ini diharamkan di 14 buah negeri di Amerika Syarikat
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bahaya ! SPA Ikan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !