Jas duit

Jasduit - Just do it !

Saturday, February 12, 2011

Rumah Api Tanjung Tuan

  Mat Bihi       Saturday, February 12, 2011
Rumah Api Cape Rachado
Kembara kali ini kita ke Tanjung Tuan yang terletak di Negeri Sembilan. Sebenarnya Tanjung Tuan ini berada dalam kawasan Melaka walaupun ia dikelilingi oleh kawasan Negeri Sembilan. Nak pergi ke Tanjung Tuan ini melalui darat kena lalu Port Dickson.

Istimewa tempat ini ialah kewujudan Rumah Api yang dibina oleh Portugis sejak tahun 1529. Portugis membinanya sebagai panduan untuk kapal-kapal mereka setelah menjajah Melaka pada tahun 1511. Tempat tersebut dinamakan sebagai Cape Rachado dalam bahasa portugis yang bermaksud 'bukit pecah'.

Kalau nak masuk ke Tanjung Tuan itu, kita terpaksa melalui 'Blue Lagoon'. Jika anda dari bulatan kat Teluk Kemang, anda ambil arah nak ke Melaka dan terus sehinggalah anda terlihat signboard Blue Lagoon. Masuk ke kanan dan terus ke belakang anda akan jumpa Hutan Rekreasi Tanjung Tuan.


Dinding dibina sekeliling rumah api
Cari tempat letak kenderaan anda dan warm-up sikit sebelum masuk ke dalam hutan rekreasi itu menuju ke Rumah Api di atas bukit. Bagi mereka yang suka teropong burung, jangan lupa bawa teropong. kawasan tersebut merupakan tempat laluan penghijrahan burung-burung yang terkenal diperingkat antara bangsa. Sebanyak 2000 hingga 3000 ekor melalui kawasan atas bukit itu dalam tempoh sebulan.

Pemandangan waktu tgh hari di pantai
Tanjung Tuan
Kalau anda sakit lutut tak payahlah nak paksa diri naik ke atas tu. Bagi yang minat berkelah pula, sampai dipuncak rumah apai tersebut, anda boleh terus masuk hutan di belakangnya dan bersedia menuruni tangga yang curam untuk menuju ke pantai di bawah sana.

Hari tu saya pergi bersama keluarga sempena cuti raya cina pantai di sepanjang PD penuh dengan orang. Memang kat mana-mana kawasan PD tu pantang ada hari cuti, maka berduyun manusia menuju ke pantai. Istimewanya pantai kat Tanjung Tuan itu tak ramai yang tahu jadi hari itu lansung tak ada orang kecuali kami kat tepi pantai.

Ada wakaf kat dalam hutan sebelah
pantai.
Telaga ini dikatakan keramat dan airnya digunakan utk
menyembuhkan pelbagai penyakit. Tapi kalau anda ambil air
itu sekarang bakal mendatangkan banyak penyakit. 
Kawasan pantai dipenuhi dengan batu
Air surut. Pantai dipenuhi pasir lada.
Pasir memang kegemaran mereka!


Entah berapa lama kayu ini terendam di Pantai Tanjung Tuan
Terpaksa memanjat dalam keadaan baju basah dgn air masin. kalau telaga
keramat dipelihara baik sudah tentu memudahkan orang ramai mandi dan
membersihkan badan. Manusia memang ramai yang bersikap perosak!
Mencabar juga naik dan turun bukit sambil membawa sedikit bekal dan juga peralatan khemah. Tapi segala berbaloi dan terbayar apabila saya lena dibuai angin sejuk di dalam kemah bawah pokok selama 2 jam. Terjaga saja dari tidur kami berkemas untuk balik. Jadi rumusannya, jika anda ada masalah tak boleh tidur, boleh pi kat sana.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Rumah Api Tanjung Tuan

Previous
« Prev Post

3 comments: