Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, February 17, 2011

Tanjung Gila - Klang

  Mohd Shubhi       Thursday, February 17, 2011
Kawasan penempatan yang bersambung dengan pelantar memancing di
Tanjung Gila
"Tak payah la nak ambil gambar kat sini, banyak lagi tempat lain", teguran lembut seorang gadis gempal hitam manis berpakaian t-shirt biru berseluar separa lutut.

Saya berserta 2 orang lagi rakan sedang berjalan sepanjang benteng yang memisahkan antara laut dan jalan raya di Tanjung Gila. Kami berjalan menuju ke kawasan di mana ada 3 orang anak gadis sedang mengutip kayu-kayu hanyut yang terselit pada akar-akar kayu bakau ketika air surut.

Ketiga-tiga gadis itu nampaknya tidak suka dengan kehadiran kami yang barjalan sambil membawa kamera. Memang tak ada niat kami nak ambil gambar merekapun, kami sekadar berjalan melihat dan merakamkan pemandangan pagi di sekitar Tanjung Gila tersebut.


Pemandangan pelantar memancing sentia sibuk dengan kapal yang lalu-
lalang
Melihat kehadiran kami tidak disenangi, kami patah balik mahu ke kereta, tiba-tiba muncul wanita awal 60-an menyerbu dan mula bersyarah panjang kepada kami. Dia marah kerana kami membawa kamera.

"Tak payah tangkap gambar kat sini, kami orang miskin, kami tak perlu pertolongan sesiapa, kalau nak tolong  betulkan keadaan rumah kami. Ini tidak ambil gambar tulis sana tulis sini untuk kasi nama kamu naik. Kami juga yang susah." leternya

Gila memancing
"Dah berpuluh tahun kami tinggal kat sini, memang kami susah, tapi kami tak kacau orang, tengok mereka buat dinding tutup pemandangan rumah kami dari orang ramai, hina sangat kami, ganggu pemandangan" Sambung wanita itu lagi.

Dari leterannya saya faham dia amat tertekan dengan keadaan hidupnya. Mungkin dia ada sejarah pengalaman buruk dengan orang yang ambil liputan berita dengan mereka. Mereka orang susah.

Kami hanya diam sepanjang lebih 20 minit dia bersyarah. Dia ugut yang dia akan rampas kamera kami, dia tak takut pada sesiapa sebab dia sakit jantung, katanya pada kami dengan marah. Kami hanya diam dan tunggu apa lagi dia nak kata.

Melihat kami hanya diam dan kyusuk mendengar syarahannya, dia mulai kendur dan mula bercerita panjang. Tiga anak dara tadi adalah nak-anaknya, mereka cari umpun-umpun untuk dijual terangnya pada kami.

Ramai orang datang kat situ berlagak dan sombong, dan memandang mereka hina kata wanita itu. Pernah ada sekali 2 orang letak kereta depan jalan kawasan rumah mereka, keretanya besar dan mereka di serang oleh wanita itu, lalu kedua-dua orang itu berkata pada wanita tersebut "kat sini ramai orang gila, jom kita blah".

Itulah yang diulang-ulang wanita tersebut pada kami. "Nak tengok orang gila, mari malam-malam kat sana" katanya pada kami sambil menunjukkan kawasan tebing mengahadap laut. "Haaa!, situ banyak orang gila mereka lagi gila" sambungnya.

Saya faham maksudnya ialah pada mereka yang sering berkunjung ke situ untuk berasmara. Ramai yang datang buat maksiat ketika malam di kawasan itu. Memang benar, mereka itulah yang gila sebenarnya, Gila Asmara.

Anda tahu kat mana Tanjung Gila ini?, ia adalah nama tidak resmi bagi Tanjung Harapan di Muara Klang. Saya baru mendapat tahu dari kawan yang pergi bersama bahawa memang orang ramai panggil tempat tersebut sebagai Tanjung Gila.

Pemandangan kapal
Mungkin sebab ada banyak rumah orang susah seperti makcik yang serbu kami tadi, mereka panggil penduduk situ gila atau gila-gila.

Mungkin juga sebab ramai yang datang beromen berasmara macam orang gila. Atau mungkin ramai yang datang memancing, mereka ini gila memancing dan mungkin juga ada ramai orang gila main golf yang selalu datang, depan laut ada padang golf.

Mungkin juga ada ramai yang datang bawa kamera macam kami yang gila kamera, gila ambil gambar, memang patut orang namakan tempat tersebut Tanjung Gila. Ramai kategori orang gila datang ke situ.

Kerana menghormati makcik tadi kami tak jadi ambil gambar rumah dan diri mereka. Takun nanti tak pasal-pasal dia dia kena serangan jantung.

Rumah api
Pemandangan keseluruhan pelantar memancing
Gila kamera....?
Sebelah kiri jalan (tak nampak dalam gambar) adalah deretan rumah penduduk
yang ditutup dengan zink biru bagi mengawal pemcemaran pemandangan.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Tanjung Gila - Klang

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !