Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, March 31, 2011

Petua Hilangkan Getah Buah Nangka

  Mohd Shubhi       Thursday, March 31, 2011
Buah nangka memang sedap dan ramai orang yang suka memakannya. Dalam Bahasa Inggeris dipanggil Jackfruit dan nama saintifiknya adalah "Artocarpus heterophyllus". Ia banyak terdapat di bahagian Selatan Asia dan juga di Asia Tenggara. Buah nangka adalah "buah kebangsaan" bagi negara Bangladesh.

Berdasarkan penemuan arkeologi buah nangka telah dijadikan tanaman pertanian sejak 6000 tahun lalu di India. Diberitakan bahawa pemerintah terkenal India, Ashoka amat menggalakkan usaha pertanian termasuklah penanaman buah nangka.

Sekarang ini terdapat berbagai jenis buah nangka, ada yang halus isinya serta manis dan ada juga yang kasar isinya serta kurang manis. Dari segi warna pula ada dua jenis yang biasa ada di pasaran, satu kuning dan satu lagi orange. Nangka madu amat laku di pasaran sekarang dan ramai yang menjual buah yang sudah siap dikupas di tepi-tepi jalan.


Dulu di kampung, walaupun buah nangka sedap dan ada banyak pokok di belakang rumah, tapi agak sukar untuk memakannya kerana terpaksa dikupas dahulu.

Untuk kupas atau membelah buah nangka tak payah tapi yang lecehnya adalah getah yang banyak pada buah nangka akan melekat pada pisau dan juga tangan kita.

Jadi jalan mudahnya adalah tak payah ambil buah nangka dan tak payah makan walaupun sedap. Biasanya orang tualah yang sabar memetik, membelah dan mengupas buah-buah nangka untuk dimakan oleh anak-anak.

Buah nangka laku di jual sepanjang jalanpun adalah disebabkan ia sudah siap di kupas, ramai orang yang tak suka dengan getah yang ada pada buah nangka.

Tahukah anda plastik boleh digunakan sebagai tuala bagi mengelap getah nangka yang melekat pada tangan kita. Jika anda mengupas buah nagka, sediakan 2 atau 3 beg plastik kecil yang biasanya berwarna merah atau kuning yang banyak ada dalam laci dapur rumah kita.

Apabila banyak getah melekat pada anggota tangan kita hanya ambil beg tersebut dan kedapkan pada tempat yang ada getah nangka, pasti getah tersebut akan segera beralih melekat pada plastik tersebut dan anggota tangan anda akan bebas dari getah nangka.

Ketika makan buah nangka pula, kadangkala masih ada sedikit getah yang melekat pada buah. Getah tersebut akan melekat pada tanagn kita dan terasa melekit serta tidak selesa. Jika terjadi begitu, jangan risau kerana anda boleh gunakan sarung yang membalut biji nangka itu sebagai penawarnya.

Sarung yang membalut biji nangka itu biasanya berair didalamnya dan terasa seperti berminyak. Jika anda meramas sarung tersebut anda akan dapati getah yang melekit pada atau jari anda akan segera hilang. Ia sebenarnya dapat melepaskan lekatan getah nagka daripada anggota tangan atau jari anda.

Satu lagi kegunaan buah nangka ialah sebagai penawar bagi menghilangkan batuk. Saya tak pasti samada ada bukti perubatan saintifik yang menyokong petua tersebut, tapi apabila saya batuk saya akan makan buah nangka dan biasanya batuk menjadi lega dan berkurangan apabila buah nagka di makan. Cubalah!
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Petua Hilangkan Getah Buah Nangka

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !