Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, March 4, 2011

Wordpress Kena Serang Penggodam !

  Mohd Shubhi       Friday, March 4, 2011
Sesiapa yang menggunakan wordpress sebagai tapak blog mereka semalam tentu mengalami kesukaran untuk masuk. Ini kerana wordpress dilaporkan telah diserang oleh penggodam yang membuatkan wordpress terpaksa di tutup.

Serangan itu dipanggil DDoS - Distributed Denial of Service, ia merupakan serangan permintaan untuk masuk ke dalam domain yang diserang yang biasanya hanya mampu melayan sejumlah permintaan sahaja. Apabila permintaan yang teramat besar datang, website akan dipaksa untuk ditutup.


Akses memasuki wordpress terganggu hasil dari serangan tersebut. Punca atau motif serangan masih belum diketahui. Tak pasti pulak samada mereka telah berjaya menyelesaikan serangan tersebut pada hari ini.

Apa saja manusia buat akan ada saja orang yang cuba mendengkinya dengan berbagai alasan atau kadang-kadang tanpa apa-apa alasan. Itu namanya manusia...apa saja tak pernah puas.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Wordpress Kena Serang Penggodam !

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !