Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, April 19, 2011

Kencing Manis?, Jangan Risau Ini 10 Makanan Power Untuk Kawal Diabetes !

  Mohd Shubhi       Tuesday, April 19, 2011
Baik utk diabetes
Anda dah kena kencing manis?, jangan risau sebab memang dah ramai yang kena.

Sekali kena kencing manis, tak ada ubat lagi untuk kembali normal.

Apa yang anda boleh lakukan hanyalah menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut dan membuat perubahan dalam gaya hidup agar tetap sihat.

Diabetes Type 2, boleh disimpulkan sebagai masalah kecelaruan sistem imunisasi dalam badan kita.

Tahap kepekaan yang menurun dalam badan kita terhadap insulin, iaitu hormon yang diperlukan untuk menyerap gula ke dalam sel bagi ditukarkan kepada tenaga.

Setakat ini tak ada lansung ubat mujarab bagi menyembuhkan penyakit tersebut. Tapi ada banyak makanan yang mampu mengawal keadaan kita agar sentiasa sihat seperti biasa.


Berikut 10 makanan hebat untuk pengidap diabetes.

Senarai di bawah merupakan antara makanan yang pesakit atau pengidap kencing manis boleh ambil. Kesemua makanan ini memang cukup power kerana ia membantu untuk anda kekal sihat.

  1. Kulit kayu manis - mampu menurunkan tahap gula dalam darah sebanyak 20% hingga 30% kali ganda, bergantung kepada jumlah pengambilan.
  2. Chromium - Sejenis garam yang diperlukan oleh badan yang berfungsi sebagai bahan pengaktif insulin. Boleh didapati dalam bentuk makanan suplemen. Jika kita makan nasi atau karbohidrat lain, kandungan gula dalam badan akan naik dengan banyak. Dengan mengambil chromium ia mampu mempercapatkan proses penghadaman dan menurunkan tahap gula.
  3. Cuka - Cuka mampu mengawal tahap gula dalam darah yang naik selepas kita makan nasi atau karbohidrat lain.
  4. Kopi - Mereka yang minum kopi 2 atau 3 cawan selepas makan kurang risiko menghidapi diabetes lebih dari 30% daripada mereka yang tidak melakukannya.
  5. Susu - mengandungi TPA yang mampu mengawal pembentukan diabetes. TPA tidak dapat dihasilkan oleh badan, tapi ada pada susu.
  6. Sayuran hijau - Terbukti dapat mengawal diabetes
  7. Magnesium - Makanan yang banyak garam ini dapat mengurangkan risiko kena diabetes. Ia juga mampu mengawal tahap gula dalam darah.
  8. Bijirin - Jadikan bijirin sebagai makanan rutin anda waktu pagi atau malam. Ia mampu menngwal diabetes.
  9. Beras Perang (Brown Rice) - jauh lebih baik dari beras putih biasa dalam mengelakkan diabetes atau mengawal diabetes.
  10. Berries - Macam-macam berry ada, blue berry, red berry, wild berry. Mengandungi kandungan antioksidan tinggi dan mampu mengawal banyak penyakit.
Selain dari itu rajinlah periksa kesihatan dengan berjumpa doktor. Kawal pemakanan anda dan selalu bersenam. Insyallah hidup anda kembali sihat. Selamat mencuba.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kencing Manis?, Jangan Risau Ini 10 Makanan Power Untuk Kawal Diabetes !

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Saya pengidap kencing manis ,,,, bacaan terkini 29 ......darah tinggg 196/90

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !