Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, May 17, 2011

Antara Benda Yang Bakal Pupus Tak Lama lagi !

  Mohd Shubhi       Tuesday, May 17, 2011
Pejabat Pos akan jadi bahan antik
Menarik untuk difikirkan apakah benda-benda yang bakal menjadi kenangan melekat dalam ingatan kita tetapi akan hilang secara fizikalnya. Banyak benda -benda yang penting suatu masa dulu kini hanya menjadi bahan koleksi di muzium-muzium. Antaranya termasuklah TV hitam putih dan mesin menaip. Berikut di bawah beberapa perkara yang diramalkan akan pupus ditelan zaman:

  1. Pejabat pos - Pejabat pos di serata dunia sedang mengalami masalah kewangan yang amat teruk. Mereka sudah tidak mampu menanggung kos operasi yang tidak seimbang dengan hasil pendapatan. Email, GDEX, FEDEX, UPS, dan lain-lain yang seumpama dengannya merampas semua kerja-kerja pejabat pos. Surat-surat yang kita terima hampir semuanya sekarang hanyalah berupa saman polis, dan surat-surat yang tidak berguna.
  2. Kertas/buku cek - Britain sedang merangka langkah melupuskan penggunaan cek bermula tahun 2018. Kos memproses cek sebenarnya menelan belanja berbillion-billion ringgit. Penggunaan kad plastik dan juga pembayaran secara on-line sedang giat menggantikan buku atau kertas cek.
  3. Suratkhabar - Generasi muda mudi sudah tidak lagi membaca surat khabar. Mereka mendapatkan berita dari internet dan juga dari mobile internet atau e-reader. Dikatakan semua penerbit akhbar sedang bertungkus lumus bekerjasama dengan apple, amazon dan juga pembuat telefon bagi merangka sistem langganan berbayar.
  4. Buku - seperti juga surat khabar, lambat laun ia juga akan digantikan dengan gadget-gadget teknologi. Anda boleh mendapat bahan bacaan secara on-line dan boleh membaca dahulu sebahagian daripada tulisan sebelum membuat keputusan membelinya. Harga yang ditawarkan pula terlalu jauh lebih rendah daripada harga sebuah buku.
  5. Telefon Bertalian Tetap - Kebanyakan orang yang masih lagi menggunakannya hanyalah kerana sudah biasa dan sudah lama berada dirumah mereka. Kebanyakan orang sekarang lebih selesa menggunakan telefon bimbit. Pakage seperti panggilan percuma untuk satu keluarga bagi panggilan sesama sendiri menyebabkan harga talian tetap tidak berbaloi untuk digunakan.
  6. Musik - Para pengendali industri musik dikatakan sedang menggali kubur mereka sendiri. Musik-musik baru nampaknya terhalang dari memasuki pasaran. kebanyaknya dan boleh dikatakan hampir kesemua bahan musik merupakan musik-musik lama dari penyanyi-penyanyi lama yang dikenali oleh orang ramai. Tengok contoh radio retro sinar kat negara kita, ia adalah contoh yang menggambarkan betapa radio ini sedang membunuh kelahiran jenis musik dan irama serta penyanyi baru dari masuk ke pasaran. Dan radio ini menjadi pilihan ramai orang.
  7. Television - Banyak rangkaian TV sedang sakit. Orang ramai bertukar kepada penggunaan komputer untuk menonton tv dan movie, selain dari itu mereka dapat melakukan seribu satu kerja lain dengan benda yang sama.
  8. Bahan kepunyaan peribadi - Sebagai contoh, album gambar masih dalam simpanan kita hanya kerana memang ia telah lama ada dalam simpanan kita. Semua gambar terbaru yang kita ada disimpan dalam memori komputer. Banyak juga yang kita download dalam software percuma daripada google, microsoft dan lain-lain. Kita boleh membukannya dimana saja pada bila-bila masa saja.
  9. Privacy - Ini antara benda yang semakin hilang daripada semua manusia. CCTV, satelit, GPS dan lain-lain sentiasa memerhati anda di mana saja anda berada. Penggunaan telefon bimbit memerlukan anda mendaftar. Membeli barangan dengan kad bayaran menyebabkan maklumat anda di salin dan di simpan. Membeli dengan talian on-line, juga menyebabkan maklumat anda di simpan. Tiada lagi privacy.
Hanya satu sahaja benda yang tetap kekal dalam gemgaman kita tiada sesiapa dapat merampasnya, ia adalah kenangan. Segala kenangan tetap terpahat dalam memori. Ia hak peribadi.

Maklumat dibedal dari http://www.getnidokidos.com/
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Antara Benda Yang Bakal Pupus Tak Lama lagi !

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !