Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, May 20, 2011

Pulau Pinang Bandaraya Basikal !

  Mohd Shubhi       Friday, May 20, 2011
75% daripada jalanraya di pulau pinang disediakan laluan untuk penunggang basikal. Promosi sedang giat dijalankan bagi menggalakkan orangr amai menggunakan basikal di kawasan pulau. Kempen akan dikembangkan ke seberang di tanah besar selepas ini.

Bagus jika kempen ini mendapat sambutan daripada orang ramai. Jumlah kenderaan bermotor di Pulau Pinang amat menggerunkan. Memandu kereta pada waktu puncak adalah satu mimpi ngeri di kawasan pulau.

Orang kita sudah mula melupakan basikal, budak sekolahpun sekarang naik motosikal dan ada juga yang berkereta. Hanya orang Bangla sahaja yang naik basikal sekarang ini. Orang kita macam memandang basikal sebagai kenderaan martabat rendah.


Banyak faedah jika semua aktif menggunakan basikal. Untuk kesihatan tubuh badan, menjimatkan belanja, mengelakkan pencemaran alam sekitar, dan macam-macam lagi.

Walau bagaimanapun, jalan khas perlu diadakan bagi menggalakkan orang ramai menggunakan basikal. kalau tidak akan ada ramai yang mati katak dilanggar oleh pemandu gila yang memang ramai di jalan raya.

Baca maklumat mengenai acara berbasikal yang akan dianjurkan secara besar-besaran di Pulau Pinang pada bulan september tahun ini di Pulau Pinang kat sini.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Pulau Pinang Bandaraya Basikal !

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !