Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, June 26, 2011

Manusia Kini Boleh Load Ingatan Dari Luar Ke Dalam Otak !!!

  Mohd Shubhi       Sunday, June 26, 2011
Bagaimana kalau anda tidak pernah belajar sejarah dan tidak ingat satu faktapun dalam hal sejarah tetapi anda mahu mengetahuinya?

Senang saja sekarang ini kerana saintis sudah berjaya mencipta sejenis chip yang apabila di pasang ke otak mampu memasukkan segala apa saja ingatan atau maklumat yang anda ingini. Kajian yang dijalankan ke atas tikus telah menunjukkan kejayaan.

Nampaknya satu masa nanti semua maklumat atau apa saja kenangan boleh didapatkan di pasaran. Anda cuma perlu memilih saja apa yang anda mahu jadi, doktor, tok guru silat, penceramah handalan, pakar IT, Ulama fiqah, Penyerang Barcelona atau apa saja yang anda mahu.

Kalau jadi begitu apa yang manusia perlu buat bagi menyesuaikan diri mereka terhadap kepantasan masa dalam menguasai sesuatu kemahiran?.

Salah satu perkara yang boleh kita fikirkan adalah penyediaan keadaan fizikal yang bersesuaian dengan apa yang kita mahu jadi. Sebagai contoh kalau kita mahu menjadi pakar seni mempertahankan diri, perlulah kita menyediakan keadaan stamina serta tubuh badan yang kuat berotot. Barulah apa yang kita tahu dapat disesuaikan dengan keadaan fizikal.

Baca maklumat asal di sini.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Manusia Kini Boleh Load Ingatan Dari Luar Ke Dalam Otak !!!

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !